Kibarkan Jalur Gemilang!
Semarakkan jiwamu!
Tanah airku MERDEKA bukan dengan tangan kosong tanpa PENGORBANAN!!!
Telusurilah sejarah mu...
Karana kamu...
Adalah anak MERDEKA...
MAHASISWA berjiwa BEBAS,
Berpendirian TEGAS!!!
Bukan mudah digoyangkan, mahupun ditumbangkan.
Cintailah negara,
Bangkitkanlah agama.
Tanpa agama menjadi tonggak utama negara,
Sia-sialah negara.
Transformasi tidak membawa erti,
Perpaduan hanya tinggal sepi.
Ayuh!
DIRIMU MAHASISWA!!!
PENERAJU BANGSA DAN NEGARA!!!
PENEGAK AGAMA, PEMBELA MARUAH!
Bangkitkan jiwamu wahai anak muda...
Jangan lesu bagai pahat dan penukul.
Sekali diketuk, sekali bergerak.
Cakna dan prihatinlah sekelilingmu...
Kerana,
Ramai berharap padamu,
Menantikan kepimpinanmu...
PIDATO UKM 45
9 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan