Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih lagi diberi kekuatan untuk menjalankan segala tugasan dan tanggungjawab yang diberikan. Ribuan maaf kerana sudah sekian lama tidak memaklumkan tentang perkembangan semasa berkenaan isu kebajikan pelajar kampus UKM Kuala Lumpur.
Kebajikan anda menjadi keutamaan kami sebagai MPP mahsiswa. Pada “Pertemuan Pemangkin Persefahaman”, MPP mahasiswa telah berbincang beberapa perkara dengan pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur. (http://ilimppfskb.blogspot.com/search/label/pertemuan%20ringkas).
Sehubungan dengan itu, pertemuan kedua telah diadakan pada cuti semester yang lepas sebagai tindakan susulan bagi membincangkan lebih serius berkaitan dengan kebajikan warga Kampus Kula Lumpur serta mengetahui tindakan lanjutan pihak pentadbiran.
Antara aduan yang dibincangkan pada pertemuan kedua adalah kemudahan pembelajaran, kafeteria dan kemudahan pengangkutan. Ikuti laporan lengkap di http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/06/pertemuan-pemangkin-persefahaman-2.html.
Selain itu, berkaitan dengan isu mesin ATM yang menjadi masalah utama pelajar kampus Kuala Lumpur, pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur telah memberi penjelasan dan telah membuat tindakan melalui surat yang telah kami terima. Berikut adalah isi kandungan surat berkenaan:
Dengan itu, amatlah diharapkan bahawa semua warga kampus Kuala Lumpur dapat bersabar kerana pihak pentadbiran kampus Kuala Lumpur sedang melakukan yang terbaik agar masalah ini dapat diatasi. Jika terdapat sebarang permasalahan, pihak kami sentiasa mengalu-alukan pandangan,kritikan dan aduan anda.Terima kasih:)
Kebajikan Anda Keutamaan Kami
0 comments:
Catat Ulasan