Isnin, Julai 05, 2010

Kes rompakan di Plaza Rah

Kemasukan pelajar tahun 2 Fakulti Perubatan UKM sesi 2010/2011 digemparkan dengan kejadian rompakan dan ugutan parang yang berlaku di Plaza Rah, kediaman mahasiswi. Ketika kejadian rompakan itu berlaku, mahasiswi tersebut sedang berseorangan di dalam rumahnya di tingkat 11. Kejadian berlaku sekitar 7 pagi pada hari Ahad, 13 Jun 2010.
 
Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan pejabat Kolej Tun Syed Nasir serta telah mendapat perhatian pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib. Turut turun padang ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak dan juga Presiden PMUKM, Hamzah.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai MPP Mahasiswa menyeru kepada mahasiswa/i sekalian agar sangat menitikberatkan soal keselamatan. Antara langkah keselamatan pencegahan yang dicadangkan berhubung dengan perkara yang tidak diingini berlaku ialah:-
1-  
1. 1. Mahasiswa/i amat digalakkan untuk tidak tinggal bersendirian di rumah(Plaza Rah).
2- 2. Mengunci bilik, pintu rumah dan tingkap sebelum keluar dari rumah.
3- 3. Mengunci bilik dan pintu menjadi amalan ketika di rumah
4- 4. Mempunyai nombor telefon pihak polis, serta pegawai keselamatan. Buat rujukan semua, berikut merupakan nombor yang berkenaan:

a. No tel. Pejabat Polis Dang Wangi – 03-20702222
b. No tel. pegawai keselamatan – 012-3007164

Sekiranya perkara ini berlaku juga, na’uzubillah, saya mohon kepada siswa/i untuk maklumkan kepada saya dengan kadar segera. Ini kerana saya dapat membantu bersama dalam melaporkan kepada pihak berwajib seperti pihak polis dan pihak pengurusan kolej. Langkah seterusnya yang akan saya usahakan adalah memohon sumbangan untuk mangsa sama ada secara kutipan derma dan mahupun melalui Tabung Kebajikan Pelajar. Untuk makluman semua, tabung ini memang khas disediakan oleh pihak pentadbiran UKM, untuk mereka yang mengalami kes-kes tertentu yang dikhususkan. Permohonan bantuan dari tabung ini bolehlah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di tingkat 5, Blok E.

Sememangnya keselamatan ialah aspek yang amat penting. Justeru, saya ingin menyeru kepada mahasiswa/i sekalian untuk bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang isu keselamatan diri dan juga rakan-rakan yang lain sesuai dengan Kempen Mahasiswa Prihatin anjuran Gabungan Mahasiwa. Usahlah kita ambil sikap tidak cakna dan menjadi seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bersatulah dan saling membantu. Terapkan amalan berhati-hati dan waspada sepanjang masa. Semoga Allah memelihara kita dari sebarang kecelakaan.

Berikutan itu, saya amatlah berharap agar kita semua dapat bahu-membahu menjaga keselamatan supaya keselamatan setiap seorang daripada kita akan terpelihara, insyaAllah.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites