Ahad, Januari 02, 2011

SYABAS MAHASISWA!!!!!!

Pada 31 Disember 2010 yang lalu, telah berlangsung acara XPDC Dakwah yang telah dijalankan di sekitar Masjid as-Syakirin dan kawasan KLCC. XPDC ini bermula sebaik sahaja tamat pertunjukan bunga api yang telah menghimpunkan hampir 600 orang mahasiswa dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak.Acara tamat pada pukul 2 pagi setelah orang ramai digesa pulang oleh pegawai polis dan pengawal keselamatan di sana.

Setelah itu, turut berlangsung adalah Perhimpunan Mahasiswa yang disertai oleh hampir 300 orang mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS seluruh negara, bertempat di padang Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) bermula pada pukul 9 pagi. Himpunan ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan acara melakar Banner "Mahasiswa Untuk Malaysia" dijayakan oleh seluruh mahasiswa dipimpin oleh wakil-wakil fornt gerakan mahasiswa.Acara ini telah berlangsung dengan jayanya dan ianya merupakan simbolik kepada mahasiswa sebagai golongan anak muda yang akan mencorakkan dan melakar pembangunan negara pada tahun ini, 2011.





Hadir pada hari itu adalah beberapa wakil front gerakan mahasiswa di Malaysia seperti presiden GAMIS, wakil dari SMM, KAMI, DEMA dan banyak lagi.Mereka telah menyempurnakan sesi pidato berangkai dengan masing-masing membawa isu yang ingin disampaikan kepada seluruh siswa dan siswi.Turut hadir adalah bekas aktivis mahasiswa, Saudara Mohd Nazree bin Yunus yang dahulunya merupakan pengerusi SMM bagi menggantikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang sepatutnya merasmikan perhimpunan itu. 



Antara objektif himpunan ini diadakan adalah untuk menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme, merangka deklarasi Mahasiswa  Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011, memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia serta untuk memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara..

Himpunan ini telah berakhir lebih kurang pukul 12.20 tengah hari dan hasil daripada perhimpunan tersebut, terdapat 3 deklarasi yang telah dipersetujui oleh seluruh mahasiswa yang hadir mewakilkan mahasiswa di seluruh negara iaitu: Mahasiswa Untuk Rakyat ; Mahasiswa Untuk Mahasiswa ; Mahasiswa Untuk Negara.

Ayuh bersama MAHASISWA MEMIMPIN TRANSFORMASI NEGARA!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites