Jumaat, Januari 14, 2011

KESEDARAN BERPOLITIK DALAM KAMPUS

MAHASISWA adalah aset penting bagi negara. Kesedaran politik  perlu ada.Kegiatan berpersatuan di kampus adalah persiapan awal terhadap membina kesedaran pentingnya kepimpinan berkesan di luar kampus.Sebagai institusi pengajian tinggi,  universiti harus diberikan kebebasan akademik dan perkembangan intelektual yang sihat supaya ia mampu membina scholar atau tradisi keilmuan yang tinggi.Kekuatan sesebuah universiti bergantung kepada keupayaannya melahirkan tradisi berbincang yang sihat di kalangan warganya, tradisi penyelidikan yang mampu dibanggakan dan tradisi berbeza fikiran yang menyuburkan semangat muzakarah.

Pada masa yang sama memerlukan MAHASISWA yang memiliki idealisme. Tetapi idealisme mestilah berasaskan realiti.Idealisme saja diibaratkan seperti bunga kiambang, yang tidak jejak di atas realiti, mereka mudah hanyut dibawa arus kerana kiambang akarnya tidak berjejak di bumi.

MAHASISWA digalakkan untuk mencapai perubahan berkesan. Pertama, MAHASISWA mestilah memiliki kesedaran yang tinggi dalam apa keadaan sekalipun.Kedua, kesedaran itu mesti diikuti dengan mengupayakan diri berasaskan kekuatan ilmu, keterampilan dan pengalaman yang berguna (high level of empowerment) dan Ketiga, kesedaran dan pengupayaan perlu diikuti dengan daya pelaksanaan yang bijaksana kerana realiti Malaysia yang bersifat majmuk.

 Perlu diingat bahawa MAHASISWA adalah aset kepada negara dan merupakan kelompok berpotensi generasi penerus yang perlu dibina, dimatangkan daya persepsi serta analisisnya.
Dikesempatan ini GM FPI menyeru  MAHASISWA khusus di FPI sendiri cakna dengan kesedaran ini dalam mengerakkan bukan sahaja politik, bahkan dalam didikan dakwah dalam FPI.

AYUH LAKUKAN PERUBAHAN..  


Ber-GM Lebih Baik!


0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites