Jumaat, Januari 14, 2011

DIALOG KEBAJIKAN-PENTADBIRAN DAN PELAJAR

Baru-baru ini pada 13 Januari 2011 telah berlangsung dialog kebajikan antara pihak pentadbiran dan kolej luar bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di dataran Kolej Tun Syed Nasir 5. Antara tujuan dan motif perjumpaan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar kolej luar bagi menyuarakan masalah dan pertanyaan yang ingin ditanya kepada pihak pentadbiran. Beberapa isu telah dikemukakan pada malam itu yang melibatkan kebajikan pelajar dan infrastruktur kolej.

Beberapa orang pelajar telah tampil bercakap bagi menyuarakan permasalahan yang dihadapi. Contohnya adalah masalah Wi-Fi di KTSN 5, Isu Yuran yang tidak menentu, masalah infrastuktur kolej dan beberapa masalah lagi.Persoalan-persoalan tersebut telah dijawab oleh barisan pihak pentadbiran seperti pengetua, P.M Dr Ruzita, dan beberapa orang kanan kolej.

Acara tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan bagi pihak pentadbiran dan pelajar-pelajar.

Diharapkan agar mahasiswa supaya hadir dan lebih peka terhadap program-program seperti ini supaya dapat melontarkan segalam masalah yang dihadapi.

Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, PM Dr Ruzita

Barisan pihak pentadbiran




Pelajar yang hadir



~KAMI MAHASISWA PRIHATIN~


0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites