GMUKM mengucapkan takziah buat keluarga ALMARHUMAH NURUL IMAN BT AB ALIM atas musibah yang menimpa mahasiswi Perubatan Iskandariah, Almarhumah Nurul Iman Bt Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu.
Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi di Hospital Salamah setelah dikejarkan ke hospital tersebut. Pihak hospital juga telah mengesahkan bahawa almarhumah mengalami keracunan gas(Carbon Monoxide Poisoning) berpunca daripada kebocoran gas pemanas air.
"Kes kebocoran gas pemanas air di Mesir kerap berlaku dan ianya pernah meragut nyawa mahasiswi Singapura sebelum ini", ulas Naib Presiden III PMRAM Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Saudara Mohd Farkhan B Md Zain.
Semoga almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah..amin..
0 comments:
Catat Ulasan