Rabu, Januari 19, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)

Pilihanraya Kampus ataupun singkatannya PRK kini telah hangat diperkatakan di kampus. Ia merupakan suatu acara penting dalam memanifestasikan sistem demokrasi di Malaysia. Bahkan, ia merupakan satu wasilah kepada masyarakat untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan, bukan sahaja di peringkat kampus. Oleh itu, kesedaran politik adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan persoalan sejauh mana masyarakat peka dan sensitif dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka.

Keterlibatan golongan masyarakat khususnya anak muda bakal memberi impak besar terhadap masa depan Malaysia. Ini kerana, lakaran masa depan negara berada di tangan generasi muda hari ini. Mengimbau kekuatan mahasiswa lama dahulu, suara mereka sangat memberi kesan sehingga mampu menumbangkan tampuk pemerintahan di sesebuah negara. Tapi, hari ini apa yang kita dapat lihat mahasiswa semakin takut untuk terlibat dalam hal sebegini dengan alasan AUKU, pelajaran dan sebagainya. Tidak salah untuk terlibat dalam gerakan mahasiswa kerana kita yakin bahawa mahasiswa hari ini lah pemimpin masa hadapan. Lihat saja pemimpin kita hari ini, mereka juga merupakan mahasiswa suatu masa dahulu. Oleh itu, kami berpendapat tidak salah untuk terus cakna mengenai isu-isu ini.



PRK seharusnya berpaksi kepada demokrasi yang sebenar iaitu memperjuangkan isu mahasiswa, masyarakat dan nasional. Berpaksikan kepihatinan dan keadilan maka setiap mahasiswa haruslah menilai bahawa pilihanraya kampus bukanlah satu permainan tanpa wacana ilmu tetapi sebuah medan meningkatkan intelektual dan juga menggilap bakat kepemimpinan negara pada masa akan datang. Semua pihak haruslah berperanan sama meningkatkan keprihatianan dalam kelemahan kesedaran terhadap pendemokrasian kampus ini, ini kerana jika kita tidak serius, mahasiswa yang bakal lahir tidak lebih dari “robot-robot manusia” yang langsung tidak mengerti matlamat hidup dan makna perjuangan serta jiwa nurani menjadi keras dan gersang.

Mahasiswa seharusnya sedar bahawa PRK bukanlah hanya satu wadah memperjuangkan nasib mahasiswa, tetapi merupakan taman ilmu 'garden of knowledge' yang menghubungkan antara idealisme, realisme, aktivisme dan intelektualisme peringkat mahasiswa. Mahasiswa seharusnya menilai diri masing-masing dan mencabar diri supaya lebih berdaya saing dan berilmu yang bukan hanya di lapangan kuliah tetapi di persada mahasiswa dan masyarakat. Jika kita dapat menggilap bakat mahasiswa pada hari ini supaya menjadi 'the good leader of student' tidak mustahil untuk menjadi pemimpin negara yang hebat dan berintegriti pada masa hadapan. Maka wadah pilihanraya inilah perlu diambil peluang oleh mahasiswa untuk terus ke hadapan. 

Inilah yang kita katakan 'softskill' yang tidak hanya cemerlang di atas kertas peperiksaan sahaja tetapi juga di alam realiti iaitu di medan perjuangan di dunia luar yang lebih bersifat praktikal dan realistik.

KATAKAN YA! KEPADA GMUKM!

::ber-GM lebih baik::






0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites