Selasa, Januari 19, 2010

SPEAKER CORNER BUKAN CERAMAH HARAM : JANGAN BERALASAN

Sudah terang lagi bersuluh rentetan kenyataan dan peringatan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa pentadbiran universiti tidak boleh menghalang kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato dengan menetapkan pelbagai syarat ataupun sekatan bagi mahasiswa yang ingin bersuara. (baca sini)


Kebebasan Bersuara


1. Pihak GMUKM amat kesal dengan sesetengah pihak seperti lagaknya melebihi pihak pentadbiran UKM melabel 'haram' usaha gigih GMUKM demi menyahut seruan KPT untuk mewujudkan suasana intelek melalui sudut pidato atau forum.


Terbaru sudut pidato GMUKM, "SPKG : apa kata mahasiswa?" di bangunan pusanika pada 12 Januari yang lepas, dilabel sebagai ceramah haram dan dipandang negatif akan tujuan penganjuran. Menjelaskan, GMUKM telah berusaha menampilkan ahli-ahli panel untuk memberi pandangan dari sisi pendapat individu masing-masing supaya mahasiswa yang mendengar dapat menimbang tara baik buruk, setuju ataupun tidak akan hujah mereka mengenai SPKG. Terpulang pada mahasiswa membuat penilaian dan tiada paksaan dikenakan.

Di sinilah suasana intelek disuburkan!


Jika yang hadir tidak membuat bising dan meneliti setiap hujah, sepatutnya lebih celik mata akan setiap kritikan berfakta, hujah berisi sekaligus cadangan membina dari GMUKM agar SPKG ini dinilai semula oleh pihak pentadbiran UKM.


2. GMUKM, senada dengan pihak KPT menegaskan bahawa sudut pidato, forum ilmiah dan diskusi intelek akan dihidupkan kembali dan disuburkan di bumi UKM walaupun masih ada pihak berhasad buruk mentohmah kata-kata nista ke atas tubuh GMUKM.


Alasannya cukup mudah sama ada 'takut', malu, tiada yang berkobolehan dan sentiasa berprasangka buruk dengan setiap tindak tanduk atau pendekatan intelek dari GMUKM. Namun bagi pihak GMUKM, kami sedaya upaya memberikan yang terbaik dan berpositif bahawa tidak ada salahnya jika pandangan mahasiswa berbeza kerana universiti adalah tempat mengeluarkan idea bernas dengan syarat secara berhemah.


3. Nampaknya pada kali ini, GMUKM melihat dan bersyukur kerana KPT lebih bertoleransi dan terbuka dalam menguruskan 'tsunami' kebangkitan mahasiswa yang semakin menunjukkan taringnya rata-rata di setiap IPTA dan IPTS. Maka, pihak pentadbiran universiti (UKM) terutamanya pengetua kolej, kakitangan universiti dan HEP yang paling dikecam hebat oleh mahasiswa kerana seringkali masuk campur urusan mahasiswa dan tidak bersikap adil, sewajarnya akur dengan arahan tertinggi dan melayan mahasiswa secara profesional. Ini adalah pendapat kami seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Mahasiswa mahukan PERUBAHAN!



4. GMUKM menyeru kepada pihak lawan dan kawan agar kita bersaing secara sihat dalam segenap penjuru. Agenda utama pihak KPT kali ini amat menguntungkan jika mahasiswa UKM melaksanakannya di segenap peringkat sama ada di kolej dan fakulti. Tidak perlu 'lesen', kertas kerja atau permohonan jika peringkat paling tertinggi sudah beri 'green light'. Cukup mudah! Tidak perlu bersifat 'pondan' dengan menggunakan alasan kebudak-budakkan jika tiada berkemampuan.


Apa perlu ditunggu sahabat mahasiswa? Mari kita berpencak secara kemahasiswaan berintelek menjunjung Falsafah Universiti mengharumkan varsiti tercinta!

Nantikan gelombang arus perubahan dan intelektualisme GMUKM dari Bangi ke KTSN dan KTDI! Moga semua pihak bertindak secara baik dan profesional.


"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN"


4 comments:

salam...

saya nak tanye,kalau nak buat sebarang perhimpunan,bukankah kene minta kebenaran?tak kira pd peringkat UKM mahupun di luar UKM?bukankah HARUS minta kebenaran bertulis?

saya tahu sudut pidato tak salah,tapi yg haram itu adalah perhimpunan...itu dikira program haram kerana disitu adanya perhimpunan yg tiada kebenaran bertulis!!

ini bukan alasan..tp ini peraturan...atau mungkin kalian tidak menghadiri sesi Minggu Mesra Pelajar dimana disitu telah menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan di UKM...haruslah diingati,nak bercakap tiada masalah,anda cakaplah sebanyak mana anda suke..tp jika ia melibatkan sebarang perhimpunan,bukankah ia jd haram jika tiada kebenaran?atau mungkin kalian sibuk dgn study sehingga lupa akan peraturan di UKM?

utk pengetahuan kalian,di UKM bangi,di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,telah diwujudkan Teras Eko Niaga dimana disitu adanya pentas sudut pidato...oleh itu,bila² saje ada masa terluang,boleh lah anda bercakap sebanyak mana anda mahu...kerana disitulah ada nya sudut pidato..

satu lg pesan saya,di peringkat KPT,mmg telah ada AUKU dan sebagainya..tp haruslah diingat,peraturan UKM juga perlu diikut..harap anda semua dpt membuka balik buku² peraturan..

trimas..sekian...

salam...

pe ke bengong ko ni hantu soleh..kalo org tengah berpidato mesti laah de org berhimpun nk dengar...tmie tuu bleeh laah puak ass dan puak Gm berhimpun mendengar pidato2 dr 2 pihak..mmg smlm dah buat kat teras eco..puak ass takde dtg plak...takut ke bro??

ari tu nak tgk sejauh mane propaganda korg..hehehe...
mmg la..kalo itu secara org dtg mendengar takpe la...
ni da memang RANCANG utk berkumpul...
ape la susah benar cik siti ni nak faham konsep...

back to basic ye...

so bgs la kalo da buat kat teras eko niaga tuh...takder paper masalah pon kan...perlu ke nak dtg ramai²..
kalo korg nak berpidato,pidato je la kat situ...
takder sape nak halang...
janji jgn buat kecoh sudah...
kan...:D

de kami buat kecoh??xde bro..kami just nak naikkan semngat brader2 yg berucap tuuh..standrd ahh stakat STUDENT POWER...HANCUR HANCUR ASSPIRASI..HANCUR HANCUR CALON SISTEM...baru laah beridea skeet..tak aah pengecut mcm puak2 ass

bak kata pepatah
bagai kerbau dicucuk hidunglah korang niih
pe pentadbiran cakap..korang ikut je,padahal yg untung of course lah korang..yg merana student tau

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites