Isnin, Mac 21, 2011

SYABAS UKM!!

   Semalam pada 20 Mac 2011 telah berlangsung Karnival Kesenian Islam anjuran Kolej Ungku Omar dengan kerjasama iluvislam bertempat di Panggung Seni UKM Bangi.Pada waktu pagi telah berlangsung forum "di mana Dia di hatiku" dengan panel jemputan Ust Pahrol Juoi dan Ust Syed Abd.Kadir bersama moderator kak Wardina Safiyah.Selain itu beberapa pertandingan telah diadakan seperti pertandingan khat, pidato dan sebagainya.




   Justeru, GMUKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Mazlan atas kejayaan beliau yang telah mendapat johan dalam pertandingan Khat dalam Karnival ini. tidak lupa juga kepada adik Nur Athirah, pelajar Fakulti Sains Kesihatan jurusan Sains Kesihatan Persekitaran (EVH) tahun 1 atas kejayaan beliau mendapat gelaran naib johan dalam pertandingan tersebut dengan tajuk pidatonya "Kesenian Islam Pencetus Ummah Berakhlak".  Isi-isi yang dibawa dalam pidato beliau jelas membincangkan bagaimana ciri-ciri kesenian Islam yang sepatutnya demi mencetus ummah dan komuniti yang berakhlak.

   Antaranya, kesenian Islam perlulah bersifat "Amar Makruf dan Nahi Mungkar" iaitu bersifat menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.Selain itu, seni yang dihasilkan juga seharusnya bersifat "Seni untuk Allah" bermaksud seni yang dihasilkan haruslah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Kita berharap, selepas ini lebih banyak penyertaan-penyertaan seperti ini daripada Mahasiswa UKM agar dapat melahirkan mahasiswa yang bersifat produktif!!

~MAHASISWA UNTUK MALAYSIA!~

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites