Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.
"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"
Kebajikan adalah isu yang fundamental di kalangan mahasiswa. Seorang siswi daripada Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, pelajar jurusan pemakanan tahun 1 iaitu Nurul Shafiqah Binti Awang telah dimasukkan ke dalam wad sejak hampir sebulan yang lalu. Beliau telah didiagnos sebagai menghidap intrathoracic cystic hygroma. Dalam tempoh tersebut, dua kali pembedahan telah dijalankan ke atas beliau iaitu yang pertama bertujuan untuk membuang ketumbuhan (cyst) di leher dan toraks manakala pembedahan yang kedua bertujuan untuk membuang darah beku di toraks.
Setelah itu, beliau dimasukkan pula ke wad “Intensive Care Unit” (ICU) sebanyak 3 kali setelah pembedahan pertama selesai. Kali kedua beliau dimasukkan ke dalam wad ICU disebabkan beliau telah mengalami paru-paru berair manakala kali ketiga beliau dimasukkan adalah selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku.
Nun jauh disitu,
Kita masih ada,
Kita masih ada masa untuk membantu
Kita masih ada harta dan tenaga
Serta doa dalam kerinduan
Agar dirimu sihat dan sembuh
Supaya kita bersama-sama
Meneruskan kehidupan sebagai Mahasiswa
Bersama kita realisasi varsiti
Kebajikan merentas fakulti
Di peringkat kami Gabungan Mahasiswa Kampus Kuala Lumpur, kewangan dan motivasi adalah keperluan yang penting bagi membantu untuk meringankan keperitan dan beban kos rawatan dan hospital yang terpaksa ditanggung. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari semua mahasiswa Kampus KL untuk membantu sahabat kita yang telah diuji.
Sumbangan bolehlah diberikan melalui bank islam Nurul Shafiqah Awang di nombor akaun: 06037020293256 atau menyerahkan secara langsung kepada wakil kami saudara Kamarul Hatem, MPM Fakulti Perubatan dan saudari Nurul Akma Zulkiefli, MPM Fakulti Farmasi.
Satu temubual ringkas bersama MPM Fakulti Perubatan dan MPM Fakulti Farmasi telah dijalankan berkenaan isu ini. Menurut saudara Kamarul Hatem,
“ tanggungjawab mahasiswa kepada mahasiswa lain adalah satu keperluan dalam diri mahasiswa walaupun kita bukan dari fakulti yang sama. Isu kebajikan merentas fakulti khususnya dari hal kewangan adalah titik pemula kekuatan perhubungan dan keakraban sesama kita. Ayuh, kita bersama membantu saudara kita, Nurul Shafiqah Awang”
Dari sudut pandangan MPM Farmasi, Nurul Akma pula:
“Walaupun adik Nurul Shafiqah Awang merupakan pelajar FSKB namun tidak bermakna kita hanya berdiam diri. Kita mesti menjadi mahasiswa yang cakna dan saling bantu-membantu antara kita. Sebagai wakil fakulti farmasi, saya berharap mahasiswa dari fakulti farmasi, mahupun perubatan seta pergigian dapat mengambil bahagian dalam memberi sumbangan kepada adik Shafiqah. Yang paling penting adalah doa agar Nurul Shafiqah cepat sembuh dan dapat kembali menjalani kehidupan sebagai mahasiswa”
Justeru, kami berharap agar semua mahasiswa mengambil bahagian masing-masing dalam usaha untuk membantu sahabat kita dan meringankan bebannya. Moga-moga usaha kita bersama dirahmati Allah.
Mahasiswa perihatin!
~Kebajikan anda keutamaan kami~
ber-GM lebih baik!
0 comments:
Catat Ulasan