Khamis, September 23, 2010

Ayuh Turun ke "Himpunan Bebaskan Mahasiswa"!




Solidariti Mahasiswa Malaysia menyeru mahasiswa/i seluruh Malaysia agar sama-sama turun ke Mahkamah Majistret Jenayah 2, Tingkat 4, Mahkamah Jalan Duta pada 24 September 2010 jam 8.30 pagi untuk memberi sokongan kepada sahabat-sahabat seperjuangan kita yang telah tertuduh.

Berikut merupakan petikan yang diambil dari http://mygamis.blogspot.com/2010/09/smm-seru-mahasiswa-turun-ke-himpunan.html :

"Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi mahkamah di Malaysia.

Ridzuan dalam kenyataannya kepada mygamis.blogspot, berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", ujarnya.
Presiden GAMIS, Mohd Idris Yusoff turut menyeru seluruh ahli-ahli GAMIS menyertai himpunan tersebut sebagai tanda sokongan.
 "Sejak dahulu lagi mahasiswa sering dihimpit dengan tekanan demi tekanan. Tiada ruang untuk bersuara. Keputusan kes ini sebagai penentu masa depan gerakan mahasiswa dan Malaysia" katanya lagi.
SMM juga menyeru seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut. "




Sedikit rentetan peristiwa buat renungan bersama :

Kes ini telah bermula di mahkamah sejak Julai yang lalu. Mahasiswa tersebut dituduh dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.


Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2)

1 JULAI 2009
OKT 1 dan 2 (Mohamad Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahrul Deen) dituduh ke mahkamah kali yang pertama dan mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pertuduhan dibaca di Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2) dan Mahkamah Majistret Jenayah 4 (MMJ4). Tarikh mula perbicaraan di MSJ2 ditetapkan pada 7 Disember 2009 bagi Seksyen 427,436/511 Kanun Keseksaan dan 447 manakala di MMJ4 bagi Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan pada 24 & 25 Jun 2010.

7 DISEMBER 2009
OKT 3, 4 dan 5 (Mohd Syazni Munir, Mohd Aizat & Muhd Saufi) dibacakan pertuduhan. Kesemua mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Perbicaraan bagi OKT 1 dan 2 terpaksa ditangguhkan kerana pihak forensik masih belum menyediakan laporan kimia sepertimana yang dikehendaki

Perbicaraan ditunda pada 15 Jun 2010.

15 Jun 2010
Saksi Pendakwaan (SP) pertama mengesahkan bahawa tiada sebarang bahan hidrokarbon meruap (petrol) dikesan dan tiada sebarang cap jari.


Mahkamah Majestret Jenayah 4 (MMJ4)

12 Julai 2010
Hakim MMJ4 memutuskan OKT 1 dibebaskan tanpa bela diri.


Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2)

28 Julai 2010
SP ke-17 iaitu pakar forensik multimedia mengesahkan laporan forensik terhadap simkad dan telefon bimbit OKT 1 dan 2 adalah negatif.

30 Julai 2010
SP ke-19 iaitu Pegawai Penyiasat kes, mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan saksi-saksi lain.

6 Ogos 2010
Kemenangan OKT 1 dalam perbicaraan di MMJ4 ditarik semula.Pihak pendakwaraya mengemukakan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi/Rayuan.

12 Ogos 2010
Rayuan diterima.

13 Ogos 2010
SP-19 (Pegawai Penyiasat) dipanggil memberi keterangan semula, beliau mengakui sepanjang penyiasatan wujud beberapa campurtangan dari Speacial Branch (SB) dan unit D7 ketika soal siasat dilakukan. Beliau juga mengakui beberapa arahan penangkapan OKT 3 dan 4 bukan dikeluarkan oleh beliau

1 September 2010 (Sesi Penghujahan)
Barisan penguambela menyatakan pihak pendakwaraya gagal mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan dan apa yang cuba dibuktikan hanya satu anggapan semata-mata tanpa ada sebarang bukti fizikal mahu pun laporan forensik yang menyokong andaian tersebut.
Hakim menetapkan 24 September ini sebagai tarikh menetapkan keputusan.



PERTUDUHAN:
1) Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum denda maksimum RM300

2)Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang membawa hukuman dua tahun penjara.
- mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

3)Seksyen 436/511 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api mengakibatkan maksimum 10 tahun penjara
- ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

4) Seksyen 447 iaitu kesalahan melakukan pencerobohan jenayah membawa hukuman 6 bulan penjara
- mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama


Ayuh gerakkan mahasiswa! Berikan sokongan anda! GEGARKAN SUARA ANDA!

sumber : http://ridzuan1706.wordpress.com/, http://www.harakahdaily.net/v2/ dan http://mygamis.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites