PERUTUSAN BERSAMA AIDILFITRI 1431H
بسم الله الرحمن الرحيم
لله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد

Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah S.A.W yang telah menyempurnakan misi da’wah ke atas manusia agar kembali kepada fitrah mereka.
Rakan-rakan mahasiswa sekalian,
Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh (30) hari hidup ini menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang menuntut fitrah suci dan nafsu yang menuntut agar hidup seolah tidak bertuhan. Kita percaya ramai di kalangan kita bersungguh untuk menjayakan tarbiyyah ini, namun seharusnya rasa kehambaan ini tidak bermusim. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W;
"اتق الله حيث ما كنت"
Maksudnya: Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada.Rakan-rakan mahasiswa sekalian,
Ingin dipesani, bukti kejayaan tarbiyyah Ramadhaniyyah yang telah dilalui, kita tidak akan menjadi golongan Ramadhaniy yang hanya merasa dirinya hamba ketika di bulan Ramadhan sahaja. Namun malangnya selepas berlalu bulan itu, rasa hamba tersebut hilang dan kembali menjadi manusia yang lupa Penciptanya. Jadilah kita antara golongan yang komited terhadap cara hidup Islam, disebut sebagai golongan Rabbaniy. Dengan semangat berkhidmat untuk agama tidak bermusim, bahkan hidup sebagai hamba perlu diatur persembahannya untuk Allah S.W.T agar hari ini lebih baik dari hari semalam.
Jika dahulu Allah menurunkan wahyu kepada para nabi dan rasul demi peringatan untuk manusia terhadap dosa noda yang telah mereka lakukan, namun setelah ketiadaan para utusan Allah, adakah mesej peringatan tersebut terus terhenti? Umum mengetahui kini ummat manusia menghadapi pelbagai bala bencana. Sebagai tanda soal buat kita, adakah itu bukan mesej peringatan dari Allah? Pelbagai penyakit diturunkan sebagai contoh mudah, bukankah itu ‘bahasa’ Allah untuk mengingatkan kita betapa jauh kedudukan manusia umumnya dan orang-orang Islam khususnya dari kehidupan Rabbaniy acuan Nabi? Kita percaya semua di kalangan kita tahu erti bala di dalam Islam. Ia bukan sekadar bencana alam atau rencatan sistem kehidupan , sebaliknya ia adalah peringatan dari Allah atas perilaku manusia. Semakin jauh manusia dari cara hidup ajaran agama, semakin berat misi perjuangan yang perlu dipikul.

Sahabat seperjuangan GMUKM sekalian,
Apabila disebut tanggungjawab perjuangan, ia merupakan topik serius yang memerlukan perhatian yang serius kita bersama. Imam Hasan al-Banna menyebutkan di dalam karangan-karangan beliau, sesungguhnya hidup ini sifatnya berkorban bukan hanya menadah tangan dan berserah nasib. Itulah sifat pejuang dan penda’wah yang menjulang panji ketuanan agama. Mereka mempunyai daya tahan dan jati diri yang tinggi, bersedia untuk berdikari dan memberi.
Dalam pada itu golongan penda’wah juga disebut sebagai ejen penyatu ummat berdasarkan firman Allah;

“واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم”
(Surah Ali Imran 103) Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan jangan berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di zaman jahiliyyah) berpecah belah, kemudian Allah satukan hati-hati kamu.
Sesungguhnya penyatuan hati hanya dapat dicapai dengan kesungguhan kita berpegang sepenuhnya dengan ajaran agama yang sebenar. Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dari awal penubuhannya, sehingga kini dan dengan izin-Nya akan selamanya berusaha membawa arus gelombang mahasiswa-mahasiswi dengan acuan Islam.
Namun diingatkan bukanlah apabila dikatakan kita inginkan membawa acuan Islam, maka semua mahasiswa akan terus dipaksa menerima Islam sepenuhnya. Ingin ditekankan di sini Islam menganjurkan manusia saling bertolak ansur dan bekerjasama di samping tidak tergesa-gesa melakukan perubahan. Setiap isu di kampus atau peringkat nasional boleh kita perhalusi untuk dibincangkan. Justeru Gabungan Mahasiswa UKM mengambil sikap terbuka dalam menerima sebarang komen dan cadangan penambahbaikan daripada mana-mana pihak.
GMUKM bukanlah seperti yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak bahawa hanya dimonopoli mahasiswa Melayu Islam, tetapi kita turut mempunyai ‘front’ bagi bukan Islam yang menuntut mahasiswa-mahasiswa bukan Islam untuk sama-sama kita memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa kampus UKM seperti DEMA dan JKMI yang pernah suatu masa dahulu turut menggemilangkan Gabungan Mahasiswa.
Sungguhpun pelbagai tribulasi yang telah dilalui, kini kita tetap masih mampu melangkah ke hadapan membawa agenda kebajikan sejagat dengan gemblengan tenaga baru seperti daripada Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU), Kumpulan Aktivis Independen (KAMI) dan Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS). Ini membuktikan kesatuan hati kita guna untuk menyahut seruan Allah melalui ayat berikutnya;

"ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر"
(Ali Imran 104) Maksudnya : Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan menegah dari yang mungkar.
Rakan-rakan mahasiswa UKM sekalian, Samada mahu ataupun tidak mahu, kita perlu menyedari harapan ummat terhadap golongan terpelajar seperti kita amat tinggi. Masyarakat tidak mengharap agar kita membawa balik karung emas lambang kemegahan ataupun pakaian ilmu yang si pemakainya buruk akhlak. Sebaliknya apa yang diharapkan semata-mata agar kita mampu menjadi ejen perubah masyarakat supaya kembali kepada fitrah asal kejadian manusia yang bertuhan dan sedar diri bahawa dirinya hamba.
Teman-teman mahasiswa yang dikasihi sekalian, Di musim ini, kita ditarbiyyah oleh Allah dalam keadaan senang. Ramadhan dihampar ketenangan beribadah, juadah berbuka yang mudah diperolehi dan pelbagai. Menyambut Syawal dengan debaran gembira dapat menyucikan diri kembali kepada fitrah.
Bandingkanlah antara nasib kita dan nasib saudara-saudara kita yang ditindas. Tanah air mereka diceroboh dan hidup mereka hancur disebabkan keghairahan penguasa dunia yang lagaknya seperti tuhan. Bumi tertindas Palestin, Chechnya, Afghanistan serta Gaza dan banyak lagi bumi umat Islam tertindas yang belum diperhati dunia. Jadikanlah memori hidup mereka sebagai memori hidup kita.
Tarbiyah Ramadhan mengajar kita untuk mengingati saudara-saudara kita di sana. Janganlah kita hanya sekadar ditarbiyah tetapi kesedaran itu masih belum timbul. Lakukanlah tindakan yang membuktiukan bahawa kita menyedari akan keadaan tersebut. Sebagai membuktikan kesungguhan, GMUKM dengan tanggungjawab kebajikan atas nama Islam sehingga kini meneruskan usaha membantu mereka semampu mungkin. tulah kekuatan yang ada hasil daripada kesatuan hati yang kita pupuk selama ini.

Ber-GM Lebih Baik! Semoga slogan ini akan terus kita jayakan di setiap peringkat kerana kita adalah GMUKM. Tiada yang mustahil untuk kita capai sekiranya kita bersatu mengembleng tenaga. Sempena hari lebaran ini sama-samalah kita mengenang nasib ummat Islam yang tertindas, moga-moga dengan kesedaran tersebut meledakkan semangat kita agar terus istiqamah dalam jalan da’wah ini demi melihat kalimah LAILAHAILLAH tertegak dan dijulang tinggi.
Siru ala barakatillah…
Perutusan Bersama MT & MPP Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)
Pengerusi GMUKM : Mohd Hafiz Bin Abd. RazakPresiden MAMPU : Ahmad Firdaus Bin Ahmad Azam
Presiden KAMI : Muhammad Hilman Bin Idham
Presiden GMLN : Mohd Fadhlan Bin Sugiman
Presiden AKSIS : Nabilah Binti Mohd Maiyidin
MPP Umum -
Muhamad Faiz b Ismail
Muhammad Syafiq b Abdul Aziz
Nabilah bt Mohamad Maiyidin
Alia Suzana bt Asri
MPP Fakulti -
FUU : Ou Yong Koh Beng
FFar : Mariah bt Zakaria
FPer ½ : Nasiha bt Omar
FPer 3/4/5 : Farih Najihah bt Hashim
FPI ½ : Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin
FPI 3 : Nik Ahmad Syafie b Raja Daud
FPend ½ : Wan Ahmad Fahmi b Wan Abdul Hamid
FPend ¾ : Khairul Anuar b Mat Lazim
FKAB ¾ : Sarzliana bt Soaidin
FSKB ¾ : Nur Ili bt Mohamad Tarmizi
Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan