Isnin, Disember 27, 2010

MAKLUMAN BERKENAAN BIASISWA JPA SEM II

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keluhan pelajar-pelajar UKM telah sampai ke telinga pihak media GMUKM mengenai "biasiswa JPA lambat masuk" ke dalam akaun pelajar.Pada mulanya,ada khabar angin yang mengatakan bahawa pembayaran akan dibuat antara 23-25 Disember.Namun, kekecewaan pula yang menyelubungi mahasiswa.Oleh itu, atas dasar keprihatinan, pihak GMUKM telah berurusan dengan pihak bendahari dan telah mendapat jawapan dari mereka.

"Makluman untuk semua pemegang biasiswa JPA, pihak JPA telah melakukan proses pembayaran biasiswa secara berperingkat dengan menyelesaikan bayaran kepada semua pelajar-pelajar tahun 1 & 2 dahulu, dan akan disusuli bayaran kepada pelajar-pelajar tajaan biasiswa tahun 3 dan 4 secara berperingkat. Diharap kepada semua rakan-rakan pelajar agar dapat bersabar. Insyaallah proses pembayaran akan selesai tidak lama lagi".- Pegawai Bendahari UKM

Kami berharap agar semua mahasiswa dapat bersabar atas masalah ini dan wang yang diterima nanti dapat digunakan dan dibelanjakan pada jalan yang betul.

~MPP Mahasiswa :: ber-GM lebih baik!~

Sabtu, Disember 25, 2010

Jom Mahasiswa utk MALAYSIA!!!


Menurut pengarah program terbabit, Mohd Ezuan Saad, himpunan yang disertai lebih 50 institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta itu diharap dapat dapat membawa mahasiswa turun ke lapangan masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.

"Himpunan ini diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa di seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih dinamik pada tahun baru 2011.

"Maka kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang dominan di dalam masyarakat serta politik dalam negara kita," katanya ketika sidang media di Gazebo berdekatan Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.

Selasa, Disember 21, 2010

KURSUS KAHWIN ANJURAN MPP MAHASISWA



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Dikahwini wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".


Selalu dengar dialog ini?

1. Perlu ke aku pergi kursus kahwin sekarang, nak kahwin lambat lagi kot....??

 - "Ape salahnya belajar ilmu persediaan sblm kahwin awal2. Takde salahnya dan takde haramnye."

2. Ish malulah nak pergi...da la kursus kahwin, nanti ape org kata...??

 - "Jgn malu...kursus ini adalah untuk kita menimba ilmu yang akan kita guna di alam perkahwinan nanti. Tidak salah menimba ilmu dan jgn dihirau ape yg org kate sbb perkahwinan adelah benda yang baik dan normal."

3. Ala takde calon lagi la. lagipun nak blaja lagi, nak kerja lagi, ish entah bila nak kahwin...??

 - "Jgn risau, sijil kursus kawin ni sah seumur hidup,ikut la nk kawen bila2 n berapa2,mgkn harga bayaran kursus akan meningkat lg mengikut penredaran masa.Jd,APA TUNGU LG,MAI PAKAT RAMAI2 KITA DAFTAR''

WELCOME BACK!!


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.Apa khabar?
Lumrah hidup seorang yang bergelar pelajar @ mahasiswa untuk kembali ke kampus kerana perjalanan masih panjang.Menuntut imu itu seumur hidup.Betul tak? 

Oleh itu, Gabungan Mahasiswa Kampus Kuala Lumpur (GMKKL) ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar dan mahasiswa.Semoga semester ini lebih baik dari yang sebelumnya!


Di sini kami sertakan makluman mengenai minggu daftar dan gugur kursus adalah pada 20 Disember 2010 sehingga 2 Januari 2011 di Sistem Maklumat Pelajar (SMPWEB).

Khamis, Disember 09, 2010

JOM SERTAI KAMI!!!


Semua mahasiswa dan orang ramai dijemput untuk mengikuti himpunan aman sebagai tanda protes kenaikan harga minyak & gula! Jom! Sertai kami esok!

Isnin, Disember 06, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

GMUKM mengucapkan selamat menyambut maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat.Semoga dengan bermulanya tahun baru Islam ke-1432 H ini, kita dapat membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Ayuh berubah! Bersama GMUKM membawa transformasi.


Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah
sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus 
kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih 
besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya
kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” [Surah an-Nahl : ayat 41-42]





Sabtu, Disember 04, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010/2011

Makluman kepada pelajar-pelajar UKM Kampus KL.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010-
2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi
gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:
UKM RESULT<No Matrik>< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888
Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh
diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar
yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20
Disember 2010.



rujukan~http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/122010/bul_031210-2.pdf

Jumaat, Disember 03, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM




GMUKM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua calon SPM dan STPM tahun ini.
Di sini kami sertakan tips-tips untuk anda, mudah-mudahan dapat membantu!
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Sebelum peperiksaan...

i) Kuatkan usaha untuk terus membaca nota dan mengingat!
ii) Jangan abaikan kesihatan diri anda!
iii)Pastikan tidur mencukupi
iv) Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Pada hari peperiksaan....

i) Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

Selepas peperiksaan...

Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

SELAMAT BERJAYA!!!


::Ikhlas dari GMUKM::

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites