Selasa, Mei 31, 2011

Taqdir: Siapa yang boleh mengelak?

Innalillahiwainnailaihiraji'un






Kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat baru-baru ini amat mengejutkan kita semua. Tiada siapa yang tahu perkara seperti itu berlaku dan tiada yang dapat menghalang bila Allah telah menetapkannya begitu. Pertama- tamanya sama- samalah kita pasrah dengan Qada' Allah. Dia yang berkuasa atas segala- segalanya dan apa jua yang Allah tetapkan pasti ada sebab, pasti ada hikmah yang ingin disampaikan buat manusia yang tinggal.


Dalam surah Baqarah ayat 216, Allah s.w.t berfirman:
"diwajibkan atasmu berperang, padahal itu tidak menyenangkanmu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"





Dalam kekalutan beberapa pihak yang sibuk menghulurkan bantuan kepada mangsa, timbul isu yang bahawa asrama tersebut adalah tidak berdaftar dibawah kementeriannya. Adakah itu menimbulkan masalah? Pada pandangan kami, isu itu tidaklah terlalu penting untuk dibahaskan. Perkara telah berlaku, telah ditetapkan Allah untuk menimpa anak- anak yantim asrama tersebut. Yang penting adalah hulurkan bantuan samada material atau sokongan moral kepada mangsa serta keluarga mangsa yang terlibat.


Mungkin apa yang terjadi, itulah yang terbaik dalam pengetahuan Allah bagi  semua 16 mangsa yang terkorban. Allah itu maha mengetahui.


"tidak ada sesuatu musibah yang menimpa sesorang kecuali dengan izin Allah;barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah mengetahui segala sesuatu" surah At-Taghabun:11


Sama-samalah kita memanjatkan doa kepada Allah agar merahmati ruh anak- anak yang telah pergi menemuinya dan semoga mereka ditempatkan ditempat yang terbaik disisi Allah taala.


...AL FATIHAH...

Buat manusia yang tertinggal, haruslah kita mengambil pelajaran. Biarlah apa yang telah terjadi itu mengingatkan kita bahawa kita pasti pulang mengahdapNya. Tidak perlu tunggu usia mencecah 40 tahun baru ingin menjejakkan kaki ke masjid kerana mati itu tidak mengenal usia. Persiapkan bekalan menujunya kerana kehidupan diakhirat itu abadi, tiada masa untuk berpatah balik ke dunia. Semoga Allah mengampunkan dosa kami, kalian serta seluruh umat islam. Astaghfirullahalazim..
gmkkl9.29p.m

1 comments:

al-Fatihah, takziah buat arwah dan keluarga.

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites