Ahad, Mei 15, 2011

Selamat Hari Belia Negara 2011

Salam Satu Akidah.



Menjelang 15 Mei, apakah yang terlintas dalam fikiran sahabat-sahabat semua?

Hari Belia?

Hari Guru yang bakal berlansung keesokan harinya?

Hari Ibu yang baru sahaja diraikan pada hujung minggu yang lalu?

Ataupun Hari Nakbah?



Apa yang berlaku sempena Hari Nakbah?



Mungkin ada yang lebih mengetahui tentang pengisian-pengisian Hari Belia Negara iaitu seperti biasa; mini konsert, perutusan pemimpin-pemimpin negara, persembahan tarian dan sebagainya berbanding kisah duka di sebalik peristiwa Hari Nakbah.

Saat ini, mungkin ramai para pejuang di bumi syaheed itu sedang menempah tiket ke tempat paling diimpi-impikan oleh sekalian manusia iaitu syurga...

Saat ini juga, mungkin ramai insan di tanah airku yang sedang lupa tempat yang paling kita tidak mahu mendekatinya iaitu neraka...

Ketika sang manusia berhati binatang memperkosa bumi bertuah itu...

Mereka di sana berjuang mempertahankan tanah air mereka...

Tapi...

Kita di sini sibuk mem'pertahan'kan idea bernas kita yang hanya retorik semata...
Saat mereka melindungi kita...

Kita pula membunuh mereka dengan peluru-peluru yang kita beli untuk memuaskan nafsu makan kita...

Bila mana media-media di negara-negara yang prihatin memaparkan nasib para pejuang itu...

Media-media di negaraku sedang ghairah mempromosi pasukan-pasukan yang akan ber'juang' di padang africa itu...



Malam mereka di bumi bertuah itu dihiasi tangisan rindu pada janji-NYA...

Malam kita diulit mimpi-mimpi indah yang direka-reka syaitan untuk melekakan kita...



Ya Rabb....

Moga para pejuang-Mu di sana terus tegar mempertahankan agamamu di bumi Palestin itu...

Moga para pejuang-Mu di sini tetap istiqomah menyebarkan ajaran kekasih-Mu di bumi Malaysia ini...

Perkenankan Ya Allah...





Mari kita menyoroti sedikti sejarah di sebalik Hari Nakbah ini. http://zainurrashid.com/?p=103



NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Kami tinggalkan sahabat-sahabat dengan beberapa soalan di sini.

Soalan yang perlu dijawab bukan dengan lisan mahupun tulisan tetapi dengan tindakan.

Adakah kita belia berfikiran glokal ataupun belia berfikiran global?

Adakah kita pemuda yang mencintai dunia ataupun pemuda mencintai akhirat?

Adakah kita pemimpin beragenda kecil ataupun pemimping beragenda besar?

Siapa kita? Peristiwa apa yang lebih kita utamakan?

Semoga kita sedar bahawa hidup kita bukan sekadar unutk bahagia di dunia sahaja tetapi untuk bahagia di dunia dan akhirat serta turut membantu ‘membahagiakan’ hidup insan lain juga.

Selamat Hari Belia.



I would like to be a flower which blossoms to full glory and dies,
than being a tree that never blossoms.

I would like to be a spark that burns with a brilliant blaze for a moment,
than being a light which cannot show the path to anyone.

I would like to be a superb meteor which carries a magnificent glow,
than being a sleepy and permanent planet.

I shall not waste my days in trying to prolong them.

I shall use them.

I am born to live, not to exist.

To exist is a chore,

To live is a choice.





VS


        

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites