Selasa, September 01, 2009

ISU : LIPAS DALAM MAKANAN

24 Ogos, Isnin - Sepanjang bulan Ogos ini, pelbagai aduan dan luahan ketidakpuasan mahasiswa mengenai kebersihan dan pencemaran makanan di kafetaria fakulti. Kami di peringkat perwakilan mahasiswa membawa suara mahasiswa ini ke pihak atasan.



Selain itu, masalah ini telah kami rundingkan bersama wakil pihak pengurusan kafetaria fakulti selain memberi notis amaran kali kedua, setelah berkali-kali pantauan berkala dilaksanakan.


Alhamdulillah, walaupun isu lipas ini agak sukar diselesaikan oleh pihak pengurusan kafetaria, kami mengucapkan tahniah dengan usaha bersungguh-sungguh mereka dalam memperbaiki segala kekurangan.



Pelbagai notis yang ditampal sebagai peringatan kepada mahasiswa agar turut sama menjaga kebersihan kafetaria











Dalam masa yang sama, aduan mengenai kuah lauk yang cair, sayur tidak dimasak dengan betul, pinggan dan sudu kotor akan dipantau secara berterusan.

Dengan itu, kami mengharapkan agar mahasiswa yang ingin memberikan aduan agar sertakan sekali gambar sebagai bukti.



(contoh) gambar lipas di dalam kuah diambil oleh seorang mahasiswa

# Berikut adalah surat yang telah pihak kami sampaikan kepada pihak pengurusan kafetaria sebagai rujukan bersama.









Rujukan UKM : 3.31/pmukm/fper/kckl/05
Tarikh : 25 Julai 2009

Wakil Pengurusan Kafetaria Fakulti,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.



Encik/puan,

NOTIS AMARAN KEDUA : KEKOTORAN DAN PENCEMARAN KAFETARIA FAKULTI

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa Wakil Fakulti Perubatan bagi Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menerima pelbagai aduan daripada mahasiswa berhubung kekotoran alatan makanan dan pencemaran makanan di kafetaria encik/puan.

1. Sebelum langkah tegas yang bakal diambil oleh pihak PMUKM Fakulti Perubatan ke pihak lebih tertinggi, kami menyanjung tinggi perubahan dan kerjasama pihak tuan/puan supaya memandang serius masalah ini. Kita semua tidak mahu timbul isu mahasiswa keracunan makanan dan kafetaria ini ditutup.

2. Sebagai sebuah Kampus Kesihatan UKM sepatutnya, pihak pengusaha kafetaria lebih berwaspada dan mengambil langkah kebersihan di tahap maksima selain ia mencerminkan nama dan watak UKM itu sendiri di mata masyarakat sekitar.


Dengan itu, sekali lagi kami tegaskan akan membawa isu ini di pihak lebih tertinggi sama ada Jabatan Kesihatan Malaysia atau seumpamanya jika tiada langkah drastik yang diambil oleh pihak pengurusan kafetaria.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan saya, Nabihah di 019-3357064. Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


”Ke Arah Fakulti Berintegriti”


Yang benar,




………………........................................
(NABIHAH BINTI MOHD ABDUL SHANI ALHAD)
Sekretariat,
Wakil Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

1 comments:

eeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiii gelinyerrrr aku..wekkk!!!!!!!

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites