Selasa, September 01, 2009

EDAR BUBUR LAMBUK, BENDERA SEMPENA KEMERDEKAAN DAN RAMADHAN






28 Ogos, Jumaat - Program yang juga buat julung-julung kalinya diadakan di Kampus Kuala Lumpur telah dimeriahkan dengan hubungan simbiosis antara pihak pengurusan universiti dengan pihak GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM). Mengambil kesempatan yang ada, kami menekankan dan membawa konsep ikatan silaturrahim antara mahasiswa dengan semua kakitangan UKM.





Sebelum program ini dijalankan, 2 perjumpaan telah diadakan demi mencapai kata sepakat antara kami dengan pihak universiti. Masalah dan cadangan diutarakan dan disambut dengan baik sekali.





Mengimbau sejarah aktivis mahasiswa berkerjasama dengan pihak universiti dalam membangunkan dan memartabatkan warga dan universiti itu sendiri.


Cuma di pihak kami, kami mencadangkan agar pihak pentadbiran fakulti dan kolej supaya bekerjasama mengadakan program sebegini bersama-sama. Hal ini kerana,bagi menjimatkan kos dan masa. Tidak perlulah melakukan perkara yang sama tetapi berbeza masa. Fakulti lain. kolej lain.
Inilah impian mahasiswa mahukan kebajikan amal jariah dikongsi bersama agar segala tenaga pengeluaran dapat dijimatkan untuk perkara yang lebih penting.
Begitu juga majlis berbuka puasa (iftar) yang bakal diadakan di fakulti dan kolej tidak lama lagi. Seperti tahun lepas, kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak fakulti akibat bajet yang tidak cukup mengikut keperluan. Mohon dipertimbangkan.








mahasiswa juga turut membantu mengedarkan bubur lambuk, bendera, kurma dan air mineral




6 comments:

moga usaha IKHLAS kalian di bulan berkat ini diberkati ALLAH...

baguslah gmukm kali ini.....MANTAP! aku x kisah dah korang ni dicop pembangkang ke kerajaan ke. janji korang buat kerja dgn bagus!

inilah yg dikatakan POLITIK NILAI. aku harap gm bangi ikut gm kampus kl ikut cara korang yang lebih profesional , bukan politik kosong yg diperjuangkan.

sesape yg allergic dgn istilah politik, meh aku ajar sikit. politk ni maksudnye mengurus dan mentadbir.

kite sume meluat bile dgr istilah politik sebab politik luar kampus, yg diuruskan oleh org yang tidak bertanggungjwb..rasuah..zalim dan menindas!

patut r lama x update, slalooo gak ak jengah. gupe2nye ade projek besar mu! huhuuuuuu......sapo yang wat keje molek2 neh? gm ko? baguih...wat amal jariah bulan pose neh

tak ada pula orang minta kolej bekerjasama dengan kolej ya. cuma minta sumbangan je..

nk buat pembetulan di sini...projek ini adalah program rasmi kampus dan pihak pentadbiran tidak menganjurkan program ini bersama-sama dgn GMUKM@ MANA2 PERSATUAN DI UKM KKL ATAU DLM MUKA BUMI INI...penyertaan pelajar adalah dibuat utk menyediakan bahan pameran bahan kemerdekaan sahaja pada ketika program dan nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat promosi tertentu bagi tujuan tertentu(rasa2nya faham kot)...harap maklum yer adik-adik...mohon utk betulkan tafsiran kalian di atas perkara ini...tiada perbezaannya antara pihak pentadbiran kolej dan fakulti kerana kedua-duanya adalah pihak pentadbiran universiti...satu naib canselor...pelajar dan kakitangan umumnya di dalam program ini merupakan TETAMU di dalam program ini atau pun mana-mana program yang dianjurkan pihak pentadbiran unversiti tidak kiralah ianya dilaksanakan di kolej ataupun fakulti kerana TETAMUNYA adalah kalian juga PELAJAR UKM KKL DAN KAKITANGAN DI MANA ANDA BELAJAR DAN TINGGAL DI KOLEJ DAN FAKULTI YG SAMA...X DE ISTILAH KOLEJ DAN FAKULTI BERBEZA!!!!

salam..kami sebagai sekretariat MPP GMUKM PERUBATAN yang bekerjasama dgn pihak pentdbiran utk program ni. 3, 4 kali kami meeting dgn mereka. memang kami x sumbangkan duit, mereka sendiri minta kami tolong mereka dari segi tenaga. jadi dengan kerjasama ini, kami terlibat secara langsung mengikut planning awal di dalam meeting dengan pihak pentadbiran iaitu :

1. pembungkusan bubur, kurma dan bendera
2. persembahan nasyid (tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir)
3. penampalan poster dan promosi program, dll

hem...harap anda baca semula ape yg admin tuliskan sebanyak 10 kali, mungkin anda faham. mana ada dia bezakan kolej dengan fakulti. kemungkinan besar anda ni bukan student ktsn sebab nampak jahil sangat dengan situsi semasa.

kalau nak tahu, pihak fakulti dengan kolej ada membuat pengedaran bubur lambuk. tapi berbeza tarikh. penulis kata dia cadangkan pd masa depan pihak fakulti dan kolej bergabung dengan membuat pengedaran bubur lambuk ini pada masa yg sama dan 1 tempat saja. utk jmatkan tenaga dan masa.

ADA PAHAMMMMMMM?????????? apelah

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites