Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-timbalan Naib Canselor (TNC) dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) supaya tidak mengadakan pilihan raya kampus (PKR) serentak-(rujuk surat khabar Berita Harian Bahagian Pendidikan muka surat 16, 13 Oktober 2008), sebaliknya ditetapkan pada tarikh yang berbeza-beza kononnya kerana kekangan yang dihadapi beberapa IPTA termasuk pelajar berdepan minggu peperiksaan dan ulang kaji.
Logikkah alasan ini? Jika begitu kenapa perkara ini tidak timbul pada pilihan raya kampus yang lepas? Adakah kerana takut dengan TSUNAMI politik negara dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu akan membawa kebangkitan mahasiswa? Sudah tentu pelbagai persoalan akan dibangkitkan samada daripada media, masyarakat dan mahasiswa, mengapakah pihak KPT membuat arahan sedemikian dengan alasan yang tidak kukuh?
Anda mahu tahu sebenarnya apa yang berlaku? Sila baca lagi…
Satu perjumpaan sulit diatur, dihadiri Timbalan Pengajian Tinggi, Dato’ Idris Harun, Prof Madya Dr Muhammad Hussin(UKM), Prof Azli (TNC UPM yang mendapat kepercayaan KPT), dan sebahagian TTNC dan Dekan-dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.Pertemuan terakhir berjalan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, 6 Oktober. Ia dipengerusikan oleh Idris. Antara arahan yang dikeluarkan ialah melarang wartawan memasuki kawasan kampus semasa PRK. Mereka merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa yang tidak menyokong BN-UMNO.
Jemputan mesyuarat sulit ini hanya dibuat melalui SMS dan diadakan hanya 3 kali berbanding tahun-tahun lain sebanyak 9 kali. Sebenarnya perjumpaan sehingga jam 2 pagi ini mendapat tentangan sebahagian besar TTNC dan Dekan HEP (dah pulak..) kerana segala strategi KPT didalangi Mat Hussin yang membuat ‘comeback’ selepas Dato’ Mustapa Mohamed bertukar ke Kementerian Pertanian. Kelibat Mat Hussin sahaja mengundang rasa mual dan jelik TTNC dan Dekan HEP. Sejarah mereka diarah-arah bagaikan “diketuk ketampi” Mat Hussin, ngerinya!
Di antara keputusan yang dipersetujui dalam perjumpaan sulit ini ialah mengadakan PRK tidak secara serentak seperti tahun-tahun sebelum ini. Alasan utama- untuk mengelak daripada PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa akibat TSUNAMI POLITIK negara baru-baru ini.
Sepatah kata Idris ‘Kalau boleh buatlah PRK senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media’. Inikah wahai sahabat-sahabat, STANDARD pemikiran seorang Timbalan Menteri kita? Beberapa strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar sungguh hendak dipercayai kerana seperti kata, Dr. Siddiq Fadhil,” umpama seorang ayah merancang untuk MENCATATKAN anaknya sendiri!!”.
0 comments:
Catat Ulasan