Selamat datang FRU ke UKM! Selamat datang untuk menangkap "penjenayah".


30 Jan, Sabtu - Sikap TNC HEP dan pentadbir UKM memanggil pihak polis dan FRU masuk ke UKM telah memburukkan imej dan nama UKM sendiri. Sikap tidak profesional dan tidak matang ini tidak wajar dizahirkan oleh pihak pentadbiran dalam menguruskan masalah mahasiswa. (baca sini)
Demontrasi menuntut keadilan dalam keputusan Pilihanraya Kampus bagi dua Fakulti yang sepatutnya dimenangi oleh Pro-Mahasiswa tidaklah membawa sebarang bentuk ancaman nyawa yang boleh dianggap sebagai satu perbuatan jenayah.
Keadaan sedikit berbeza di Universiti Malaya (UM), dimana lebih 200 Mahasiswa berdemontrasi dihadapan pejabat Naib Canselor dan akhir berjaya mendesak NC, Ghauth Jasmon keluar untuk mengadakan rundingan dengan wakil mereka.

Walaupun tegang, namun satu pujian kepada tindakan NC UM yang ternyata berani dan sudi untuk berbincang dengan wakil mahasiswa. Ini sama sekali tidak berlaku di UKM kerana pihak pengurusan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis dan FRU untuk menyelesaikan masalah mereka. (baca sini)
Adakah ini tindakan bijak pihak pentadbir UKM, golongan berilmu yang boleh dijadikan contoh? Adakah benar Malaysia adalah negara polis?