Memaparkan catatan dengan label pengisian rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengisian rohani. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 20, 2011

Jika Ramadhan itu..

Jika Ramadhan itu seorang manusia, pasti kita peluk dan kita takkan melepaskannya.


Jika Ramadhan itu sekuntum bunga, pasti kita sirami dan bajai biar ia segar buat selamanya.


Ya, itulah suara hati kita. Terlalu kasih pada Ramadhan. Sudah pun tiba 10 hari terakhir Ramadhan dan ia membuat hati kita semakin sayu mengenangkan banyaknya dosa kita, sudahkah diampunkan Tuhan?




Kita telahpun tiba di pengakhiran Ramadhan. Pengakhiran dimana Allah menjanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Hidup kita pun jauh untuk sampai 1000 bulan. Mana lagi yang kita boleh dapat kebaikan yang berlipatganda hanya dalam satu malam melainkan Lailatulqadar. Maha Suci Allah. Dia juga Maha Pemurah dan Maha Pengampun.

Sabtu, Ogos 13, 2011

Erti Hidup Pada Memberi


Saban tahun kita sering diingatkan dengan pelbagai hukum hakam mengenai puasa. Bermula dari niat puasa, sehinggalah bacaan doa buka puasa. Namun jarang sekali kita dididik untuk menjadi seorang yang dermawan di bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah, “Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Apalah sangat dengan menjamu sehidang dua makanan kesukaan kita kepada jiran tetangga. Bukan sahaja menambah rezeki, malah turut menjalinkan hubungan silaturahim antara jiran.

Mana yang tidak pernah bercakap, sudah boleh berborak panjang.

Mana yang tak pernah nampak langsung kelibat, sudah dapat bertepuk tampar dek akrab.
 Itulah berkat Ramadhan.

Panjang-panjangkanlah tangan untuk menghulur sedikit sumbangan kepada susah. Kalau tiada masa, cukuplah dengan melakukan transaksi ‘online’ kemana-mana pertubuhan kebajikan yang ada.

Miskinkah kita dengan menghulur sepuluh atau lima puluh ringgit? Dengan ringgit itulah, tiga orang atau sepuluh orang miskin dapat mengisi perut ketika berbuka.

Memberi makanan untuk orang yang berpuasa mendapat ganjaran besar dari Allah. Besar ganjarannya sehinggakan Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (Hadith direkodkan Imam Tirmidzi)

Menjadi seorang dermawan di bulan Ramadhan menjadi titik-tolak dalam kehidpan kita untuk menjadi seorang yang ‘merasa cukup’ di atas setiap rezeki yang Allah kurniakan.

"Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (Sahih Bukhari)


Jom kita mendidik diri dengan amalan memberi!

Rabu, Disember 24, 2008

WARKAH BUAT MAHASISWI

MAHASISWI - Golongan majoriti yang terus mewarnai persada kampus tanahair dengan warna-warni perjuangan yang seindah pelangi. Kewujudan mereka menggambarkan betapa besar dan bermaknanya mereka dalam perjuangan bagi menegakkan kebenaran dan keadilan.



Percaya atau tidak, golongan mahasiswi inilah penggerak utama dalam setiap agenda mahupun secara direct atau indirect.
Pada era ini, mahasiswi perlu sedar bahawa mereka punya peranan dan tanggungjawab yang besar dalam meraih dan menguasai segala bidang baik dari segi akademik, sahsiah diri dan juga skil kepimpinan.


Hakikatnya, semua ini perlu ditunjangi dengan Iman dan Taqwa sebagai benteng paling utuh dalam mendepani cabaran. Kefahaman yang jelas dalam diri setiap individu juga penting tentang matlamat dan halatuju kewujudan mereka di kampus agar kehadiran mereka dirasai dan memberi erti bagi warga kampus khususnya dan kepada masyarakat amnya.


Ahad, November 02, 2008

Renungan minda

40 Hadis Kelebihan Ilmu- Abu Ali Al-Banjari

H.R Ibn Majah: Daripada Sahal bin Saad, Rasulullah s.aw. bersabda "Sesungguhnya kebaikan itu laksana gudang. Dan bagi gudang itu itu ada anak kuncinya. Maka untung sekali bagi seorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup kunci kejahatan. Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan,penutup bagi kebaikan."

Mudah-mudahan kita menjadi orang yang mengerjakan kebaikan dan sentiasa mengajak orang lain untuk melaksanakan kebaikan..Dengan izinNya.






Ahad, Oktober 19, 2008

Taziyatu Nafsi Mahasiswa

Hadis 40 (Karangan Imam Nawawi)

Hadis Pertama


Segala amalan bermulanya dengan niat..."Barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.."

Bismillah,bicara bermula di sini.Teranglah daripada Hadis Rasulullah,bahawa perbuatan atau amal yang sepertinya ada mempunyai dua macam keadaan: ada yang dilakukan kerana agama dan ada pula kerana dunia..contohnya, orang yang menuntut ilmu untuk mendapat kedudukan di dunia.

Niat yang baik diharapkan seiring dengan perjuangan MAHASISWA demi menjaga kebajikan warga KTSN.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites