Memaparkan catatan dengan label isu kampus kl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu kampus kl. Papar semua catatan

Ahad, September 11, 2011

Ahlan Wa Sahlan

Pihak GMUKM KL mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar tahun 1 kerana telah terpilih untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi tercinta UKM.


Kami mengalu-alukan kehadiran adik-adik yang pastinya mempunyai pelbagai bakat dan kelebihan untuk disumbang kepada universiti. Kehadiran adik-adik sangat bermakna buat kami, juga pentadbiran universiti mahupun kolej kerana kalianlah yang bakal menjadi pelapis yang akan mengharumkan nama kolej mahupun universiti.

Nasihat kami buat adik- adik, proses pembelajaran di universiti bukanlah sepertimana kita belajar di matrikulasi ataupun sekolah. Maka adik-adik perlu menyediakan mental da fizikal dalam menempuhi proses pembelajaran di universiti. Apa yang boleh adik-adik lakukan, banyak bertanya. Sentiasa bertanya dengan kakak-kakak atau abang-abang, mahupun dengan pensyarah berkenaan pembelajaran di universiti. Bagaimana cara belajar yang efektif? Bagaimana menguruskan masa dengan baik? Bagaimana pengiraan pointer? Bagaimana sistem peperiksaan di universiti? Dapatkan tips- tips daripada senior terutamanya yang berada di tahun akhir kerana pengalaman mereka lebih banyak untuk dikongsi. Sedikit sebanyak, pertanyaan adik-adik dan jawapan yang adik-adik perolehi, itulah yang akan menyediakan minda adik-adik serta mematangkan adik-adik.

Sebarang masalah berkenaan bilik atau kursus atau kewangan maklumkanlah pada JAKSA atau BADAR atau mana-mana senior. Kalian kini telah menjadi sebahagian daripada kami. Mungkin adik-adik berada jauh dengan keluarga namun disini adik- adik mempunyai sebuah keluarga yang besar yang pastinya adik-adik tidak akan keseorangan.

Akhir kata pihak GMUKM mendoakan agar adik- adik dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini dan dapat meneruskan pelajaran dengan tekun. Semoga adik-adik sentiasa senyum, gembira dan sentiasa dalam rahmat petrunjuk kasih sayang Allah. Amin.

Isnin, Disember 01, 2008

KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ LUAR KTSN

Syabas dan Tahniah !
diucapkan kepada pihak pengurusan pentadbiran fakulti kesihatan UKM, kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama barisan ‘mpp kl + pmfskb + pmfgg + persiap + pentadbiran kolej’ kerana berjaya menguruskan masalah pengangkutan pelajar yang sekian lama tertunggak.

Apatahlagi bagi pelajar yang menetap di kolej 2,4,5, dan Plaza Rah ( kolej luar siswi ), kemudahan pengangkutan yang disediakan adalah suatu nikmat yang bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan ulang alik kolej-fakulti malahan mengurangkan risiko gangguan keselamatan.

Walaupun sejak beberapa tahun dulu, masalah pengangkutan sering diutarakan tetapi usaha penyelesaian seakan - akan ‘timbul kemudian tenggelam’ sehinggalah beberapa siri kes gangguan keselamatan berlaku baru lah fokus ‘mereka’ bertukar arah. Kebajikan mahasiswa sudah semestinya menjadi agenda penting pihak berwajib universiti untuk diperjuangkan masa kini.

Apapun yang menjadi asbab kepada perubahan ini, terima kasih kami ucapkan daripada pihak Gabungan Mahasiswa UKM.

Entri pada kali ini ingin mengupas lebih lanjut mengenai kebajikan pelajar kolej luar yang kelihatan tidak seimbang perhatiannya berbanding kolej ‘dalam’ ( kolej 1 ) KTSN.

Selain isu keselamatan di sepanjang laluan pejalan kaki kolej-fakulti, para pelajar kolej luar turut terkena bahana kesempitan wang dek pengalirannya ke akaun belanja untuk INTERNET !

Desakan keperluan internet telah memaksa kebanyakan pelajar kolej luar untuk membeli dan berkongsi modem ( broadband ) atau pakej ‘streamyx’. Bayaran internet yang tinggi ini boleh saja menyesakkan dada pelajar ditambah lagi dengan yuran penempatan kolej luar yang tidak kurang mahalnya.
Hal ini amat membebankan pelajar terutamanya bagi mereka yang mengambil PTPTN. Mujur, fakulti menyediakan kemudakan akses internet percuma. Jika tidak, sebahagian besar pelajar tentu mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan kursus masing – masing.

Namun, kesibukan menghadiri kuliah semasa di fakulti menyebabkan tempoh masa pencarian informasi berkaitan tugasan menjadi terhad. Kadang kala, kerja terpaksa diTANGGUHKAN esok..lusa….
Padahal ‘assignment’ bukan 1-1 tapi 1+1+1…pening – pening.

Teringat kata – kata ahli fikir :
~ PROCRASTINATION IS THE THIEF OF SUCCESS ~

Tentunya, pelajar kolej luar KTSN berharap semoga kemudahan akses internet turut sama dinikmati sepertimana yang dirasai oleh pelajar kolej dalam. Pastinya, jika hal ini diusahakan bersungguh – sungguh, ia mampu membantu peningkatan prestasi akademik selain memberikan pendedahan berkenaan perkembangan teknologi terkini di alam maya. Kecemerlangan prestasi mahasiswa bukan hanya bergantung pada usaha diri mahasiswa itu semata – mata tetapi turut melibatkan kerjasama para pensyarah dan pihak pengurusan universiti. Bukannya pelajar kolej luar mahu mendambakan kesenangan semata – mata tetapi bukankah lebih baik kesenangan dan kesusahan itu dikongsi bersama.

Jika pun bukan untuk generasi mahasiswa yang ada sekarang, generasi mahasiswa akan datang tentu mengimpikan kemudahan akses internet ini. Atau adakah perlu menanti sehingga Pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi Bandar ‘free internet’ kelak ?..
~ KESABARAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN ~
Segala permasalahan mungkin boleh dikongsikan dalam ‘program jelajah kolej’ bersama pengetua yang sebelum ini direncanakan tetapi telah ditangguhkan ke sem seterusnya.

Editor gm-ukm kl

Sebarang komen dan cadangan boleh diemailkan kepada : gabunganmahasiswakkl@yahoo.com.my

Jumaat, November 07, 2008

GABUNGAN MAHASISWA terus menyengat !!!



SEMANGAT GABUNGAN MAHASISWA UKM KL TERUS MENYENGAT ..!!!


memintas masa yang lagaknya umpama pedang bukanlah hal yang mudah..
enteng-enteng untuk difikirkan !!!
merempuh bulan peperiksaan bukanlah penghalang untuk penggerak dan pendokong GM UKM untuk berhenti rehat dari berbakti dan terus menjaga kebajikan mahasiswa..




keseriusan kami dalam melaksanakan visi dan misi universiti untuk kebajikan mahasiswa akan semakin terserlah lagi dengan sokongan para penyokong GM-UKM.


POWER OF GM-UKM
STRIVE FOR YOUR WELFARE !!!



Sabtu, November 01, 2008

" MOOD EXAM "


SEMOGA BERJAYA BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG
KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UKM KOLEJ TUN SYED NASIR

DON'T TRY THIS DURING EXAM !!!



Jumaat, Oktober 31, 2008

PANAS PANAS PANAS..!!PENGETUA TURUN PADANG

Pengetua ktsn khabarnya ingin mengunjungi setiap kolej luar ktsn untuk mengadakan dialog bersama mahasiswa yang tinggal di kolej. Jadual turun padang sudah ditampal.

Maka, GMUKMKL menggesa semua mahasiswa turun beramai-ramai bertemu dengan pengetua dan berdialog. Lontarkan segala ketidakpuasan hati anda kepada pengetua. Isu yuran kolej yang mahal, tahap keselamatan yang tidak memuaskan, kes kecurian dan yang terbaru tangkapan basah melibatkan mahasiswa ukmkl yang berlaku di plaza rah!!

Kenapakah segala kejadian ini berlaku??
Apakah puncanya??
Apakah silapnya??
Adakah pihak pmukmkl aspirasi hanya berdiam diri??


Dimana suara anda..dimana anda wahai barisan pemimpin pmukmkl..
oohh terlupa..anda memang kaki tidur, lena dibuai mimpi yang indah.
Anda senang dengan elaun anda, senang dengan yuran kolej yang percuma. Biarkan sahaja warga kolej menderita membayar yuran kolej yang mahal, keselamatan yang tidak terjamin, hilang hanphone dicuri oleh pencuri samaran, hilang kasut di kaki lima bilik. Bayangkan warga plaza rah terpaksa membayar lebih RM1000 untuk menginap selama satu semester di sana. Apakah yang tinggal untuk mereka..duduk di kl yang segalanya mahal..mana nak cukup duit yang tinggal.

pmukm aspirasi,pmukm aspirasi..teruslah tidur dengan lena..anda memang terdidik dengan mentor anda di luar sana..kenyang tidor lena,biarkan rakyat(mahasiswa) menderita,asalkan aku(pmukm aspirasi) gembira.cukup segala,terlebih cukup rasanya!!

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites