Ahad, September 11, 2011

Ahlan Wa Sahlan

Pihak GMUKM KL mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar tahun 1 kerana telah terpilih untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi tercinta UKM.



Kami mengalu-alukan kehadiran adik-adik yang pastinya mempunyai pelbagai bakat dan kelebihan untuk disumbang kepada universiti. Kehadiran adik-adik sangat bermakna buat kami, juga pentadbiran universiti mahupun kolej kerana kalianlah yang bakal menjadi pelapis yang akan mengharumkan nama kolej mahupun universiti.

Nasihat kami buat adik- adik, proses pembelajaran di universiti bukanlah sepertimana kita belajar di matrikulasi ataupun sekolah. Maka adik-adik perlu menyediakan mental da fizikal dalam menempuhi proses pembelajaran di universiti. Apa yang boleh adik-adik lakukan, banyak bertanya. Sentiasa bertanya dengan kakak-kakak atau abang-abang, mahupun dengan pensyarah berkenaan pembelajaran di universiti. Bagaimana cara belajar yang efektif? Bagaimana menguruskan masa dengan baik? Bagaimana pengiraan pointer? Bagaimana sistem peperiksaan di universiti? Dapatkan tips- tips daripada senior terutamanya yang berada di tahun akhir kerana pengalaman mereka lebih banyak untuk dikongsi. Sedikit sebanyak, pertanyaan adik-adik dan jawapan yang adik-adik perolehi, itulah yang akan menyediakan minda adik-adik serta mematangkan adik-adik.

Sebarang masalah berkenaan bilik atau kursus atau kewangan maklumkanlah pada JAKSA atau BADAR atau mana-mana senior. Kalian kini telah menjadi sebahagian daripada kami. Mungkin adik-adik berada jauh dengan keluarga namun disini adik- adik mempunyai sebuah keluarga yang besar yang pastinya adik-adik tidak akan keseorangan.

Akhir kata pihak GMUKM mendoakan agar adik- adik dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini dan dapat meneruskan pelajaran dengan tekun. Semoga adik-adik sentiasa senyum, gembira dan sentiasa dalam rahmat petrunjuk kasih sayang Allah. Amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites