Ahad, Ogos 12, 2012

SEDEKAH itu memBAHAGIAkan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Hanya Bagi Tuhan Sekalian Alam.
Selawat dan Salam atas Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat-sahabat baginda yang diredhai Allah.

Subhanallah, syukur masih diberi ruang dan peluang untuk berada pada hari ke-24 Ramadhan. Dalam kelalaian kita mentaatiNya, masih juga Dia mengizinkan kita untuk terus beramal dalam baki hari-hari dalam Ramadhan, bulan yang barakah ini.

23 Ramadhan, Masjid Ar-Ridhwan Ulu Kelang.

Sedekah. Semalam ada RM10 ditangan. Allahurobbi, memang tu saja duit untuk 'survive' di hutan batu Kuala Lumpur ini.
Semasa kuliah Ustaz Azhar Idrus,  pelajar- pelajar tahfiz bergerak di antara hadirin dengan membawa uncang besar untuk kutipan derma. Tergeraklah di hati untuk mengorbankan RM10 yang berada di tangan. Namun dalam hati, saya berdoa.

" Ya Allah, andai RM10 ini akan memberi aku manfaat besar di akhirat kelak, maka izinkanlah aku untuk menyedekahkannya pada jalanMu. Amin"

Nampaknya, Allah tidak mengizinkan untuk saya bersedekah waktu itu. Pelajar tahfiz yang datang mengutip derma tidak melalui tempat saya duduk. Seganlah pula untuk memanggilnya.

Rupa-rupanya duit RM10 tu, Allah takdirkan untuk saya beli makanan berbuka puasa dan bayar duit minyak kereta seorang teman yang menumpangkan saya dan kawan-kawan balik ke kolej.

credit to: Habibaty Zulkifli

Terlintas di hati; "Untunglah orang yang banyak duit, boleh sedekah buat pahala banyak-banyak."

24 Ramadhan, FSK, UKM Kampus KL.
Saya mengeluarkan wang dari mesin ATM. Wang yang seorang teman kirimkan untuk membeli labcoat. Dan baki wang yang ada dalam akaun tidak lebih RM10. 

Allahurobbi, sekali lagi telintas dalam hati; "Untunglah orang yang banyak duit, boleh sedekah buat pahala banyak-banyak."Dan jauh di sudut hati merasa rugi sekali tidak dapat melakukan ibadah sedekah sebanyak-banyaknya.

Nak diceritakan, balik ke kolej, tangan terus mencapai buku Hadis 40 karangan Imam Nawawi yang dicetak dalam bentuk ringkas dan menarik. Subhanallah. Allah yang telah menggerakkan tangan ini untuk mengambilnya ketika selesai tarawih di surau D.


Dan ketika membelek buku tersebut, terebukalah pada muka surat 117,Hadis 25: Bersedekah Bukan Sahaja Dengan Harta.

Daripada Abu Dzar r.a berkata, sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

" Wahai Rasulullah, orang-orang kaya pergi emmbawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan hartanya. Nabi S.A.W bersabda: 'Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Sesungguhnya setiap kali tasbih adalah sedekah, setiap kali tahmid adalah sedekah, setiap kali tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan jimaknya salah seorang diantara kamu jugaadalah sedekah.' Mereka bertanya:'Wahai Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi hajat syahwatnya berpahala?' Rasulullah S.A.W menjawab:' Menurutmu, bukankah jika dia menyalurkan syahwatnya pada yang haram, maka dia berdosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, dia mendapat pahala"

[Riwayat Ahmad no.21483 dan Muslim no. 1006]

Nikmat Allah mana lagi yang hendak kita dustakan apabila Dia menjawab terus persoalan hati kita yang seolah-olah menafikan sifatNya Yang Maha Adil.

Subhanallah. Sedekah itu Membahagiakan. Jika sedekah harta itu memberi kita kebahagian, maka sudah pastilah tasbih, tahmid, takbir dan zikir-zikir kita memberi kebahagian yang sama.

Perkara yang ingin saya tekankan:

1) Sentiasalah menghubungkan hati kita dengan Allah, agar disebalik apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita, mata hati kita melihat Allah disebaliknya. Kita melihat Allah yang merancang segalanya. Kita melihat begitu cantik sekali aturan yang Allah tetapkan untuk kita. Dan kita merasa bahagia kerana kita sentiasa merasa keberadaan Allah dalam hidup kita.

2) Apabila dikurniakan rezeki, keluarkanlah sebahagian daripadanya tanda syukur kita kerana nabi berpesan,Allah akan menarik nikmat hambaNya yang tidak tahu bersyukur. Tidak kira nikmat itu dari sudut harta atau kecemerlangan dalam akademik atau sebagainya. Dan sedekah itu juga tidak kira samada dengan harta, atau dengan zikir dan amal kebaikan yang kita lakukan.

4) Perhatikan niat kita. Untuk apakita bersedekah. Untuk dilihat sebagai orang yang dermawankah? Atau untuk dilihat Allah sebagai orang yang bersyukur. Pilihlah yang mana yang lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.

3) Sama-samalah kita mengamalkan doa yang diajarkan nabi kepada Muadz (kalau tak silap):

" Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati dan menyebut namaMu, bantulah kami untuk mensyukuri nikmatMu, dan bantulah kami untuk memperbaiki amal ibadah kami kepadaMu.Amin"

Ambillah sebanyak mana peluang yang ada selagi kita masih bernafas di buminya untuk bersedekah. Sungguh, SEDEKAH itu memBAHAGIAkan!

Wallahua'lam.


sumber:Salahuddin Al Ayoubi

Jumaat, Ogos 03, 2012

'Janji Ditepati'


KUALA LUMPUR - Lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini, kata penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub.

Beliau berkata lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites