Memaparkan catatan dengan label isu mahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu mahasiswa. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 25, 2012

Pihak Universiti wajar segera umum tarikh PRK.


Pihak Universiti wajar segera umum tarikh PRK

Petaling Jaya : Pro-Mahasiswa Nasional melahirkan rasa kekecewaan dengan sikap beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak bersikap adil kepada penuntutnya.

Biarpun penggal Majlis Perwakilan Pelajar yang lalu kian menghampiri tempoh tamatnya, segelintir pentadbiran   di beberapa buah kampus masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengumumkan tarikh sebenar pilihanraya kampus akan dijalankan.

Pentadbiran jangan pilih kasih

Menurut jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar), beliau kecewa dengan pentadbiran universiti yang hanya berpihak di sebelah pihak tertentu sahaja.

“Saya gesa pentadbiran jangan bersikap pilih kasih dan hanya pentingkan pihak tertentu.

“Kerana kami di peringkat Pro-M Nasional dapat aduan beberapa IPTA masih belum menetapkan atau mungkin ‘berdegil’ untuk memaklumkan tarikh sebenar PRK kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.

“Berbanding pihak lawan yang sudah lama tahu bilakah tarikh ‘peperangan’ itu berlangsung.”, dakwa beliau.


“Sikap ini sudah sekian lama berlanjutan sehinggakan persediaan yang dibuat pihak Pro-M sebelum ini sedikit terganggu dan terjejas dek kerana sikap pilih kasih yang berlaku.”

Namun tambah siswa tahun dua Universiti Malaya itu lagi, sikap sedemikian tetap membuatkan barisan jentera Pro-Mahasiswa akan lebih bersemangat dan berani untuk menghadapi apa sahaja tekanan dalam memastikan misi dan visi tercapai.

Untuk rekod, kampus yang belum mengumumkan tarikh rasmi pilihan raya kampus adalah Universiti Malaya, UPM, UKM, UniMAS, UMS dan UUM.

Turut gesa mahasiswa daftar mengundi

Edikoup dalam pada itu turut menggesa dan menyeru agar mahasiswa yang sudah layak untuk mengundi tahun ini segera mendaftar.

“Saya seru mahasiswa dan anak muda segera mengesahkan diri anda sebagai daftar pemilih yang sah bagi tunaikan tanggungjawab kita dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang”,  tambahnya.

Sumber:GMUKM

Khamis, Disember 15, 2011

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS).


Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)
Jawatankuasa Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersetuju untuk meletakkan dua prinsip utama yang menjadi asas kepada gerakan kebebasan akademik, iaitu :
1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum
2. Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib
Jawatankuasa BEBAS juga menyenaraikan 6 tuntutan utama gerakan, iaitu :


1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174
BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :

a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia
b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa

2) Bebaskan ilmuan berakademik
BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :
a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.
c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut:
a.   Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.
c.  Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka
4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
BEBAS menuntut supaya :
a.  Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.
b.  Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.
5)      Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
BEBAS menuntut supaya :
a.  Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.
b.  Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.
c.   Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.
6)      Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :
a.   Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.
b.   Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.
c.   Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.
d.  Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

Muhammad Safwan Anang@Talib

Pengerusi,
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)
Timb. Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)


Khamis, November 10, 2011

Hak Mahasiswa.

Oleh: Ezham Mohd Noh


Dalam sesebuah negara, kerajaan merupakan pentadbir yang sering kali dipandang tinggi oleh rakyat.  Dalam negara demokrasi seperti Malaysia, kerajaan adalah pilihan rakyat dan kerajaan harus menjaga hak rakyat.  Namun demikian, situasi kini memperlihatkan hak rakyat dinafikan.

Kerajaan kini, dilihat bukan hanya takut kepada kepada gelombang kebangkitan rakyat yang dibawa oleh pembangkang, malahan, kebangkitan mahasiswa, telah menjadi sesuatu yang menggusarkan buat kerajaan seolah-olah mereka takut dengan bayang-bayang sendiri.

Seperti yang diketahui umum, mahasiswa merupakan golongan intelektual.  Golongan ini jugalah yang bakal menjadi peneraju negara seperti yang selalu disebut-sebut dalam pepatah Melayu, "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".

Perkataan mahasiswa itu sendiri jika kita rungkai kembali ianya membawa satu makna yang besar dan berat untuk digalas oleh mahasiswa itu sendiri.  Perkataan "maha" membawa erti agung, besar, hebat.  Manakala, "siswa" pula bererti golongan bijak pandai yang lahir dari universiti.  Yang menjadi tanda tanya, apakah kerajaan takut dengan istilah ini, ataupun kerajaan sebenarnya takut kepada idealisme, intelektual, gelombang pembaharuan, kesedaran, dan keberanian menyatakan hak yang bakal dibawa oleh golongan ini?

Pelbagai cara dilakukan kerajaan dalam menyekat kebangkitan rakyat bersuara.  Jika ISA suatu masa dahulu telah diwujudkan untuk menyekat suara dan kebangkitan rakyat, AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti pula diwujudkan bagi menyekat dan menghalang hak-hak mahasiswa di mana mereka tidak bebas untuk bersuara.  Kalau sudah mereka ini diikat hidung seperti lembu, apa makna title "maha" yang telah diberikan kepada mereka.  Lagi menyedihkan, AUKU ini dilihat seakan tidak mengalakkan budaya ilmu, atau intelektual dalam kalangan mahasiswa.

Penahanan UKM4 semasa PRK Hulu Selangor
Kes penahanan empat pelajar jurusan sains politik dari UKM melihatkan lagi sikap paranoia kerajaan terhadap mahasiswa.  Sesuatu yang melucukan jika sekumpulan pelajar Sains Politik ditangkap ketika turun kelapangan pilihanraya.  Sebagai pelajar jurusan sains politik, sudah tentulah lapangan bagi mereka mengukuhkan lagi pemahaman teori mereka di kawasan pilihanraya.  Takkanlah pelajar ini menjalankan kajian sains politik mereka di hospital besar?

Mereka ditahan dalam satu sekatan jalanraya yang mana pada waktu itu mereka berada dalam kereta seorang aktivis.  Insiden tersebut menyebabkan mereka dituduh berkempen walhal mereka cuma didapati menumpang kereta.

Sebagai golongan yang faham dan terdidik, hal-hal sedemikian sudah tentulah boleh mereka fikirkan sendiri.  Kalau sudah tidak dibenarkan buat apa mereka mahu berkempen.  Tambahan pula, berkempen untuk parti pembangkang.  Perbuatan tersebut umpama meletakkan tali di tengkuk mereka sendiri.  Hanya menanti seseorang menarik tali tersebut.

Mahasiswa dan politik


Mental mahasiswa negara kita diserongkan dengan sejenis doktrin sehingga "politik" dilihat sebagai sesuatu yang taboo buat mereka.  Mengikut sekseyen 15(5)(a) AUKU mahasiswa dilarang untuk mengikuti politik kepartian.  Hal ini menyebabkan mahasiswa seakan tidak punya apa-apa hak terhadap negara, jika kita renung kembali syarat daftar mengundi bagi negara kita.

Sudah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.  Jika begitu, tidak gunalah disaran supaya daftar mengundi sedangkan mahasiswa itu sendiri tidak dibenarkan berpolitik.

Sekatan mahasiswa untuk terlibat dalam politik ini sekaligus menindas hak mahasiswa.  Sebagai seorang golongan yang terdidik, mereka juga punya suara, mereka juga punya hak dalam negara.  Golongan mahasiswa merupakan anak muda yang sudah pasti mempunyai banyak idealisma yang boleh diketengahkan.

Dalam dunia serba canggih kini, pepatah "banyak makan garam" tidak boleh digunapakai lagi.  Larangan berpolitik dalam kalangan mahasiswa telah membuatkan mereka endah tak endah terhadap perkembangan politik dan pemerintahan negara.  Hal ini sangat bahaya jika tidak dibendung.  Bayangkan jika selamanya, mereka tidak endah tentang politik negara.  Siapa yang bakal menjadi menjadi pengundi sekaligus penentu masa depan Negara?  Sudah tentu kita tidak mahu pendatang asing yang "melambak" di negara kita ini yang menentukan nasib masa depan negara kita.

Hapuskan AUKU

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, beliau sedia berunding dengan semua pihak termasuk wakil mahasiswa bagi membincangkan isu larangan mahasiswa berpolitik ini.  Katanya lagi, akta ini harus dilonggarkan kerana ianya seakan mengekang mahasiswa untuk menyatakan pendapat mereka.

Suara mahasiswa tidak boleh dipandang enteng.  Lihatlah bagaimana suatu masa dahulu walaupun AUKU tidak diwujudkan, negara telah ramai melahirkan pemimpin tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.  Hal ini kerana mereka begitu aktif berpersatuan dan berpolitik ketika mereka masih di menara gading.

Tidakkah kita mahu, negara kita melahirkan pemimpin yang lebih berkualiti dari yang sedia ada?  Untuk itu, kerajaan haruslah bijak dalam menerapkan nilai demokrasi yang sihat dalam kalangan mahasiswa ini.  Untuk itu kerajaan haruslah memberikan hak kepada mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kerana ia sebahagian latihan dan membantu memberi kefahaman buat mereka setelah berada di luar kelak.

Konklusinya, perjuangan untuk menghapuskan AUKU merupakan perjuangan yang murni dan berani.  Dalam apa jua keadaan, mahasiswa mahupun pihak kerajaan haruslah bijak mengatur strategi dalam menyelesaikan masalah ini.  Pihak kerajaan haruslah berfikir jauh demi masa depan negara dan anak muda.  Mahasiswa pula, jika telah dibenarkan berpolitik, jangan sesekali mengabaikan pelajaran dengan asyik berpolitik.  Harus diingat, lahirnya universiti adalah untuk melahirkan bijak pandai, bukannya ahli politik.

"Anak muda mesti berani".

*Ezham Mohd Noh ialah penulis bebas.

Jumaat, November 07, 2008

PRO-MAHASISWA NASIONAL

Isnin, Oktober 20, 2008

LAGI TAKTIK KOTOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI!! 3

Jadinya, kami di pihak mahasisiwa menuntut kebenaran, ketelusan dan keadilan dari pihak pentadbiran dan KPT dalam pilihan raya kampus kami. KPT dan HEP perlu menjawab beberapa persoalan di bawah demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.


1) Kenapa PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) menyatakan, “hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama 1 tahun sahaja”. Kenapa KPT cakap tak serupa bikin?


# Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan “HENDAKLAH” membawa maksud “MANDATORI”.kalau tak faham lagi, nak ataupun tak nak, tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal mereka cukup 1 tahun.


2) Kenapa KPT begitu takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Bukankah sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa yakni golongan cerdik pandai, terpelajar dan bakal menjadi pewaris pimpinan negara pada masa akan datang, menjadi perhatian media dan masyarakat.


# Dan bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat untuk mendengar suara mereka? Bukankah KPT juga mahu mahasiswa menjadi JURUBICARA UMMAH? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan dan menternak ‘mahasiswa itik gambol-gembol’, tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?


3) Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru terutamanya melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang disarankan selama ini?


# Mahasiswa hari ini pasti bahawa KPT tidak lebih HANYA mempunyai visi dan misi “MENTERNAK” dan MEMPERBODOHKAN mahasiswa dengan idea-idea ‘canggih ‘ yang layak dilakukan YAHUDI ke atas pemuda-pemudi.


4) Kenapa KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor hanya baru mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera? Ironinya, dalam masa sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasi dalam isu-isu yang lebih RELEVAN.


# Hakikatnya semua orang tahu apa yang terjadi kepada MRSM dan Kolej Matrikulasi. Cuma disebabkan pendapat memberikan kuota itu keluar dari mulut MB Selangor pihak pembangkang , kecoh 1 dunia lagaknya. Dan hakikatnya, KPT begitu arif jumlah sebenar mahasiswa bukan bumiputera di USM dan UPM. Ia bukan RAHSIA lagi! Tetapi KPT “buat-buat pekak!” .Peningkatan mahasiswa bukan bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah “double standard” wahai KPT. Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!!


5) Kenapa KPT begitu menekan mahasiswa UIAM sedangkan mereka juga ada hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon ASPIRASI-pro UMNO? Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan-bulan lamanya semata-mata mereka tidak condong kepada ASPIRASI. Berlakulah ADIL kepada semua mahasiswa. Jangan peralatkan mahasiswa untuk KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT KPT sahaja.


# Senario buruk yang telah dan masih banyak lagi belum didedahkan WAJIB dihapuskan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada bakal pimpinan negara sekiranya KPT masih lagi meneruskan polisi dan ’strategi’ yang bakal MEROSAKKAN PEMIKIRAN dan SIKAP anak bangsa sendiri. Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama PAKATAN RAKYAT untuk menumbangkan kerajaan BN-UMNO. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari KEZALIMAN KPT.


Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites