Jumaat, Februari 25, 2011

SERTAI MPP KAMI DI FACEBOOK!


Dijemput semua mahasiswa untuk menyertai MPP kami di Facebook!



sila "Like" di sini: MPM 2010/2011.

Sebarang cadangan, aduan dan masalah kebajikan yang ingin diutarakan bolehlah diletakkan dalam group ini. insya Allah MPP kami akan cuba untuk menghuraikan permasalahan anda! Jangan kunci mulut anda! Suara anda keutamaan kami!  


ber-GM kan lebih baik...

Rabu, Februari 23, 2011

KENYATAAN BERSAMA MPM-GMUKM 2010/2011 : Bersama Merealisasi Varsiti



KENYATAAN BERSAMA MPM-GMUKM 2010/2011
" Bersama Merealisasi Varsiti "

Tanggal 22 Februari 2011 menjadi hari yang penuh bersejarah buat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya buat pencinta-pencinta demokrasi kampus. Seakan signifikannya 22 Februari itu dengan kemenangan 22 orang calon Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), menjadikan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kini dipegang kembali oleh MPP yang pro-mahasiswa.

Di sini kami seramai 22 orang MPM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan mahasiswa di atas kepercayaan dan mandat yang kalian berikan sehingga memenangkan Gabungan Mahasiswa dalam PRK sesi kali ini. Kami begitu terkesan dengan titik peluh dan sokongan padu daripada rakan-rakan di atas nawaitu ingin mengembalikan suara mahasiswa di tempat yang sepatutnya.

Justeru itu, kami dengan kekuatan 22 orang MPM yang mendapat mandat rasmi daripada rakan-rakan kini bersedia membawakan suara kalian ke saluran pihak-pihak yang berkenaan. Adalah dimaklumkan bahawa blog rasmi kami adalah di http://pm-ukm.blogspot.com dan Facebook : MPM UKM 2010/2011

Akhir kalam, kami memohon agar rakan-rakan bersama-sama kami seramai 22 orang MPMUKM pada sesi penggal 2010-2011 ini dalam melaksanakan agenda-agendaKebajikan, Keilmuan dan Penghayatan Falsafah UKM.  

Bersama Merealisasi Varsiti! 




KENYATAAN BERSAMA :
U2.26 Umum 1/2 NORAINI BINTI JUMAHIR
U2.26 Umum 1/2 NURAZIDAH BINTI MASHAN
U3.33 Umum 3/4 MUSLIMAH BINTI MARSI
U3.33 Umum 3/4 MUHAMMAD HARITH BIN ABDUL KADIR
U3.33 Umum 3/4 AIDA RAHAYU BINTI MOHD BADRI
U3.33 Umum 3/4 WAN AHMAD FAHMI BIN WAN ABDUL HAMED
U3.33 Umum 3/4 MOHD ABDULLAH BIN MOHAMED YUSOFF
F2.1 FSSK 1/2 MOHAMAD EZUAN BIN MOHD SAAD
F2.4 FPer 1/2 KAMARUL HATEM BIN MUHAMMAD
F3.5 FPer 3/5 MOHAMAD IDRUL BIN MOHAMAD DAUD
F3.7 FEP 3/4 AHMAD MUZZAMMIL BIN MUHD HAIRI
F2.8 FPI 1/2 MUHAMMAD IKRAM BIN DARUS
F3.9 FPI 3/4 MOHD ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
F3.12 FST 3/4 NOR AMALINA BINTI SAZALI
F3.12 FST 3/4 NURUL MARDHIAH BINTI KAMARUDDIN
F0.14 FPend MOHD IZZUDDIN BIN MOHD PISOL
F0.15 FUU PHANG SIEW CHIN
F3.17 FKAB 3/4 MOHD FAIZAL BIN AHMAD
F0.22 FFar NURUL AKMA BINTI ZULKIEFLI
F0.23 PPS NORIAH BINTI ABDUL RAHMAN
F0.23 PPS ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL
F0.23 PPS MOHD ARIF BIN MISROL

Isnin, Februari 21, 2011

Keputusan TERKINI PRK: GMUKM menang majoriti!!!


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) setelah 7 tahun berada di bawah pemerintahan pihak Aspirasi.

Keputusan ini telah diumumkan lebih kurang pukul 12 tengah malam di Dewan Gemilang, UKM Bangi.sila semak keputusan Pilihan Raya di sini.


Secara keseluruhannya, GMUKM telah memenangi majoriti 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.

Untuk kerusi Umum 1/2, GMUKM telah memenangi 2 daripada 7 kerusi manakala bagi kerusi Umum 3/4, GMUKM telah membolot semua 5 kerusi yang dipertandingkan. Bagi kerusi fakulti di UKM Kampus KL pula, kita telah memenangi kerusi untuk Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan Tahun 1 & 2 serta Tahun 3 & 4. 

Tahniah dan takziah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.Apa yang paling penting adalah untuk kita mengisi kemenangan ini, bukanlah semata-mata untuk mengecapi kemenangan sahaja.Diharapkan kepada semua, barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru untuk sesi 2010/2011 dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.Lunaskan dan tunaikan manifesto-manifesto yang dilaung-laungkan dan jadilah wakil serta contoh yang baik kepada Mahasiswa UKM terutama di UKM Kampus KL.

~ber-GM lebih baik~





Ahad, Februari 20, 2011

Jom UNDI!!

Ayuh, seluruh MAHASISWA!! kita tunaikan tanggungjawab kita dengan turun mengundi pada hari ini!
Kaunter membuang undi akan dibuka bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang hari ini...

Anda sudah tahu tempat anda mengundi?? semakan tempat mengundi boleh dibuat di alamat ini. https://smp.ukm.my/mpp/index.cfm
Undilah calon pilihan anda! Di bawah kami sertakan tatacara pengundian:

1. Barang yang perlu dibawa masuk ke dalam dewan adalah KAD MATRIK/KAD PELAJAR.


2. Anda akan diberikan dua keping kertas undi/borang.Satu adalah untuk calon fakulti dan satu lagi adalah untuk calon umum.Untuk calon FAKULTI, anda harus memangkah (X) SALAH SATU kotak yang ada manakala untuk calon UMUM, anda dikehendaki untuk memangkah TUJUH kotak sahaja.JANGAN LEBIH dan JANGAN KURANG kerana kalau anda berbuat demikian, ianya akan dikira sebagai UNDI ROSAK.


3.PANGKAH di atas kertas undi. JANGAN buat tanda 'right' atau memangkah keluar daripada kotak.


Jadi, apa tunggu lagi?? MAHASISWA PRIHATIN, Jom turun mengundi!! ELAKKAN UNDI ROSAK!!

~ber-GM lebih baik~


Sabtu, Februari 19, 2011

Kenyataan MPP Mahasiswa UKM KL Sesi 2009/2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum wbt ddan Salam Sejahtera
                Alhamdulillah PRK untuk pemilihan MPP UKM bagi sesi 2010/2011 sedang berlangsung. Dari pihak kami, mantan MPP Mahasiswa UKM KL, kami telah memenangi 3 kerusi dari 5 kerusi di UKM KL pada sesi lepas. Sekarang kami kedengaran pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang kami memegang jawatan ini. Justeru itu, kami ingin membuat beberapa kenyataan untuk menjelaskan semula isu yang diutarakan.

1.                  Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang peraturan yang melarang mahasiswi untuk turun ke kafe selepas pukul 8 malam.

2.        Kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang melarang mahasiswa/i makan di kafe dan hanya boleh membeli makanan dan bungkus sahaja.

3.                 Isu ATM juga hangat dipersoalkan. Oleh itu, bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah ziarah http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/12/mesin-atm-bakal-dibina-di-ukm-kl.html atau http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/12/perkembangan-mesin-atm.html  . Ringkasan yang kami peroleh dari sini:

·           2 mesin ATM akan dibina BIMB dan CIMB

·          Pengubahsuaian di sebelah surau TIBE adalah untuk memindahkan Jabatan Bendahari dari tingkat 5 ke tingkat 1 dan seterusnya menempatkanBIMB di sebelah Jabatan Bendahari tersebut.

·        Bank ATM masih belum dibina dan hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk pemasangan.

4.        Isu pengangkutan ke BYS. Alhamdulillah MPP ILI telah berjaya mengusahakan perjalanan bas ke bangunan tersebut bagi kemudahan pelajar yang belajar di sana.

5.        Kami juga telah berjaya melunaskan hampir 99% manifesto kami.

6.        Kami membawa suara-suara mahasiswa/i ke pihak atasan sehinggalah ke Naib Canselor. Misalnya isu HE dan HX, kami telah mengedarkan borang kajian dan setelah membuat analisa kami telah menyampaikan suara-suara atau masalah-masalah yang mahasiswa/i hadapi di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti bertarikh 14/10/2010, di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselor,i UKM. dan bersyukur ke hadrat Ilahi, pihak atasan mengambil prihatin isu ini.

7.        Isu kafeteria fakulti telah diberi perhatian pihak Pengurusan UKM KL dan mereka telah membuka sebutharga baru untuk mana-mana pengurus kafeteria baru menguruskan kafe fakulti.

8.        Kami juga tidak menyekat kebebasan mahasiswa/i. Setiap idea dan kreatviti siswa/i dalam melaksanakan program, kami tidak pernah membantah.

9.      Kami memperjuangkan hak dan isu kebajikan anda. Kami tidak pernah memperlekehkan walau sekecil-kecil aduan yang kami terima.


Ini adalah di antara isu-isu yang kami dengar dikeluarkan dari pihak yang tidak bertangungjawab. Untuk mengetahui perkembangan lanjut gerak kerja kami bolehlah layari blog-blog kami iaitu http://ilimppfskb.blogspot.com/,

Anda adalah keutamaan kami. Kerana anda mengundi kami, maka terlantiklah kami menjadi wakil anda. Justeru itu, tiada hak kami untuk menghalang kebebasan bersuara anda. Malahan kami mewakili anda menyuarakan suara anda ke pihak atasan. Percayalah, anda keutamaan kami.  Oleh itu, kami mohon, sekiranya masih ada kekeliruan atau suara-suara yang tidak pasti kesahihan sumbernya, silalah rujuk kami bertiga. Kami bersedia menjawab setiap pertanyaan. InsyaAllah.

Jawatan itu amanah. Amanah itu tangungjawab. Tanggungjawab itu bakal dipersoalkan saat berhadapan denganNYA.
Saat dipersoalkan, pilihan hanya 2, syurga atau neraka. Tiada yang ketiga. justeru itu bijaklah memilih dan mengundi.

oleh
Mariah bt Zakaria -MPP fakulti farmasi
Nasiha bt Omar- MPP fakulti perubatan
Nur Ili bt Mohamad Tarmizi- MPP FSKB

Cerita Kami: HARI PENAMAAN CALON

Pada 17 Feb 2011, Khamis telah berlangsung Hari Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 bagi Pilihan Raya Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia. Acara ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dengan menyaksikan perarakan yang penuh semangat daripada barisan calon serta penyokong-penyokong dengan aura UNGU bermula dari foyer Dewan Kuliah 1 hingga ke TIBE.


Bersedia untuk ke TIBE

                                            



Barisan Calon Mahasiswa

Penyokong Calon Fakulti Perubatan

Selesai penamaan, seramai 9 orang calon telah disenarai pendek sebagai layak untuk bertanding dalam sesi pemilihan kali ini dengan setiap fakulti diwakili oleh dua orang calon kecuali Fakulti Pergigian (FGG) yang menang tanpa bertanding. Tinggal lagi 8 orang calon yang perlu berjuang habis-habisan untuk bertanding bagi memenangi kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 1 & 2, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 3 & 4, Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan Tahun 1 & 2

Sebagai mahasiswa bijak, buatlah penilaian yang tepat, bukan melihat pada paras rupa sahaja tetapi juga mengambil kira aspek kepimpinan, tanggungjawab, amanah, dan beberapa aspek lain lagi. Pilihlah calon yang mempunyai matlamat yang jelas dalam isu yang mereka perjuangkan.

MAHASISWA hari ini PEMIMPIN masa hadapan. Undilah calon MAHASISWA untuk UKM!!

Ber-GM lebih baik!!!


Sabtu, Februari 12, 2011

BARANGAN GMUKM UNTUK ANDA!!!!!!!!!!

Dapatkan barangan GMUKM sekarang!!!
Barangan menarik, Harga berpatutan, jangan ketinggalan!!


ber-GM lebih baik!!!!!
lawati kami di Facebook: Gmukm kkl

Jumaat, Februari 11, 2011

Akhirnya Hosni Mubarak Mengalah!!!

Kejayaan besar buat seluruh rakyat Mesir kerana pemerintah zalim yang telah memerintah dengan kuku besi selama 30 tahun akhirnya meletak jawatan! 




Berita perletakan jawatan itu disambut mereiah oleh seluruh rakyat Mesir  yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.


Ternyata, suara dan kesatuan rakyat yang ditunjukkan melalui perhimpunan selama 18 hari tersebut membuahkan kejayaan yang terbesar buat mereka.



Namun, apa yang pasti bukan rakyat Mesir sahaja yang bergembira dengan berita ini, tetapi kita rakyat Malaysia juga turut bangga dan teruja dengan berita perletakan jawatan ini! 
Syabas buat mereka!!!

Rabu, Februari 09, 2011

Isu Mesir

Gabungan Mahasiswa UKM Kampus KL mengucapkan takziah atas apa yang menimpa pelajar-pelajar dan rakyat Mesir berikutan rusuhan yang berlaku di sana. Kebangkitan rakyat Mesir itu merupakan amaran keras kepada pemimpin yang tanpa rasa segan menceroboh hak dan sistem politik negara!



Kita maklum kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Mesir pada awal-awal rusuhan ini dengan semua talian komunikasi telah disekat menyebabkan masalah untuk berhubung dengan negara luar.Syukurlah rakyat Malaysia yang berada di Mesir telah dihantar pulang semula ke Malaysia.


Namun begitu, bagaimana dengan nasib pelajar-pelajar kita yang menuntut di sana? Kita tidak tahu sampai bila baru rusuhan ini akan berakhir. Oleh itu kita berharap semoga kerajaan negara Malaysia mampu memberikan pilihan @ peluang untuk membantu pelajar-pelajar mengambil jalan yang terbaik berkenaan pengajian mereka.

ber-GM lebih baik!

Pelancaran Kempen Anti Zina

Dijemput hadir ke Pelancaran Kempen Anti Zina, Gempur Valentine yang bakal diadakan pada 13 Februari 2011 bertempat di Dataran Shah Alam pada pukul 2.00 petang.

Mahasiswa Bijak Jauhi Zina! Say NO to Valentine!!

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites