Isnin, Disember 01, 2008

KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ LUAR KTSN

Syabas dan Tahniah !
diucapkan kepada pihak pengurusan pentadbiran fakulti kesihatan UKM, kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama barisan ‘mpp kl + pmfskb + pmfgg + persiap + pentadbiran kolej’ kerana berjaya menguruskan masalah pengangkutan pelajar yang sekian lama tertunggak.

Apatahlagi bagi pelajar yang menetap di kolej 2,4,5, dan Plaza Rah ( kolej luar siswi ), kemudahan pengangkutan yang disediakan adalah suatu nikmat yang bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan ulang alik kolej-fakulti malahan mengurangkan risiko gangguan keselamatan.

Walaupun sejak beberapa tahun dulu, masalah pengangkutan sering diutarakan tetapi usaha penyelesaian seakan - akan ‘timbul kemudian tenggelam’ sehinggalah beberapa siri kes gangguan keselamatan berlaku baru lah fokus ‘mereka’ bertukar arah. Kebajikan mahasiswa sudah semestinya menjadi agenda penting pihak berwajib universiti untuk diperjuangkan masa kini.

Apapun yang menjadi asbab kepada perubahan ini, terima kasih kami ucapkan daripada pihak Gabungan Mahasiswa UKM.

Entri pada kali ini ingin mengupas lebih lanjut mengenai kebajikan pelajar kolej luar yang kelihatan tidak seimbang perhatiannya berbanding kolej ‘dalam’ ( kolej 1 ) KTSN.

Selain isu keselamatan di sepanjang laluan pejalan kaki kolej-fakulti, para pelajar kolej luar turut terkena bahana kesempitan wang dek pengalirannya ke akaun belanja untuk INTERNET !

Desakan keperluan internet telah memaksa kebanyakan pelajar kolej luar untuk membeli dan berkongsi modem ( broadband ) atau pakej ‘streamyx’. Bayaran internet yang tinggi ini boleh saja menyesakkan dada pelajar ditambah lagi dengan yuran penempatan kolej luar yang tidak kurang mahalnya.
Hal ini amat membebankan pelajar terutamanya bagi mereka yang mengambil PTPTN. Mujur, fakulti menyediakan kemudakan akses internet percuma. Jika tidak, sebahagian besar pelajar tentu mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan kursus masing – masing.

Namun, kesibukan menghadiri kuliah semasa di fakulti menyebabkan tempoh masa pencarian informasi berkaitan tugasan menjadi terhad. Kadang kala, kerja terpaksa diTANGGUHKAN esok..lusa….
Padahal ‘assignment’ bukan 1-1 tapi 1+1+1…pening – pening.

Teringat kata – kata ahli fikir :
~ PROCRASTINATION IS THE THIEF OF SUCCESS ~

Tentunya, pelajar kolej luar KTSN berharap semoga kemudahan akses internet turut sama dinikmati sepertimana yang dirasai oleh pelajar kolej dalam. Pastinya, jika hal ini diusahakan bersungguh – sungguh, ia mampu membantu peningkatan prestasi akademik selain memberikan pendedahan berkenaan perkembangan teknologi terkini di alam maya. Kecemerlangan prestasi mahasiswa bukan hanya bergantung pada usaha diri mahasiswa itu semata – mata tetapi turut melibatkan kerjasama para pensyarah dan pihak pengurusan universiti. Bukannya pelajar kolej luar mahu mendambakan kesenangan semata – mata tetapi bukankah lebih baik kesenangan dan kesusahan itu dikongsi bersama.

Jika pun bukan untuk generasi mahasiswa yang ada sekarang, generasi mahasiswa akan datang tentu mengimpikan kemudahan akses internet ini. Atau adakah perlu menanti sehingga Pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi Bandar ‘free internet’ kelak ?..
~ KESABARAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN ~
Segala permasalahan mungkin boleh dikongsikan dalam ‘program jelajah kolej’ bersama pengetua yang sebelum ini direncanakan tetapi telah ditangguhkan ke sem seterusnya.

Editor gm-ukm kl

Sebarang komen dan cadangan boleh diemailkan kepada : gabunganmahasiswakkl@yahoo.com.my

10 comments:

Salam sejahtera,
Saya berharap semua pelajar ktsn di Kg Baru dapat bersabar dalam saya bekerjasama dengan pihak kampus KL berusaha mengekalkan kestabilan kenderaan untuk pengangkutan yang seterusnya dapat mengurangkan masalah keselamatan.

Begitu juga mengenai isu internet, saya berharap pelajar memahami, kita menyewa, tak semua dapat dipenuhi oleh tuan punya bangunan. UKM sedang merancang memasang pemancar wifi JARING COM untuk memberikan kemudahan wifi pada semua pelajar KTSN Jln Temerluh dan Kg. Baru.

Rancangan perjumpaan pengetua dengan pelajar yang menginap di ktsn Kg baru, bukanlah program jelaja kolej seperti yang ternyata di atas, tetapi salah satu usaha kami untuk mengetahui masalah penginapan yang dihadapi oleh pelajar di samping membenteras PENGHUNI TIDAK BERDAFTAR yang berleluasa di KTSN Kg. Baru.

Program ini akan diadakan semula pada semester 2 sesi 0809.

Sekian, harap maklum.

Pengetua KTSN

Terima Kasih Bonda~ Hope that our dream come true..

pengetua pun dah komen kat cni.ini sudah bagus.nak tanya pengetua sket leh x..pengetua sokong ke pertubuhan gmkkl ni?

KALO MAHU BERCAKAP TAK PAYAH..JANJI TINGGAL JANJI SO APE2 PON..TUNGGU DAN LIHAT KALO NAK RASA JANJI MELAYU LAH....KALO SEMUA DH OK BERKAITAN DENGAN MASALAH ITU KAMI GEMBIRA TIDAK TERHINGGA KALO JANJI PENTADBIRAN KTSN HANYA TINGGAL JANJI LEBIH BAIK TAK PAYAH OK...ROGER N OUT...

KALO MAHU BERCAKAP TAK PAYAH..JANJI TINGGAL JANJI SO APE2 PON..TUNGGU DAN LIHAT KALO NAK RASA JANJI MELAYU LAH....KALO SEMUA DH OK BERKAITAN DENGAN MASALAH ITU KAMI GEMBIRA TIDAK TERHINGGA KALO JANJI PENTADBIRAN KTSN HANYA TINGGAL JANJI LEBIH BAIK TAK PAYAH OK...ROGER N OUT...

izin saya menegur tanpa nama, jangan cemar blog ini dengan kata-kata yang kurang sopan.

saya hormati pengusaha blog ini dan kumpulan ini atas dasar perjuangan kebajikan. saya memberi respons pun atas dasar memberi penjelasan apa yang sedang diusahakan oleh pihak saya dan bukan berjanji, apapun ia bergantung kepada budget yang diberi.

terima kasih
pengetua KTSN

spnjg sy jd student UKM ni, mmg ade perubhan dr masa ke masa. relaks la. sy yakin pihak pentdbiran sdg berusaha untk menyelesaikan 1 per 1 mslh plajar. kalau dulu, mane ade kemudahan wifi dkt K1 tp skrg da ade. ok la tu. perancangan mmg byk tp kadang2, semua tu bkn di bwh kawalan kite. phk pntdbiran cube memahami mslh pljr. seharusnya plajar jge prlu memahami mslh pntadbiran. pa pe pun, bgus lah blog ni, boleh jd tmpt untk meluahkan mslh dan aptah lg pengetua pun sedia memberi komen..

salam
sori mencelah.
saya merasakan bahawa tak kira sape pun yg menang Aspirasi ke...GM ke...yg wat keje tu pengetua.
pengetua yg tlg uruskan hal2 pelajar..
abes..ape peranan korang ni??
x nmpak pun hasil??
ala...same je dua2..
manifesto cam poyo je..kate nk tmbah surau kat kampus..mane weh?
bak kata pak kas (pengetua dulu)..
...sebenarnye..itu semua ialah keje PENGETUA...
luv u bonda!!!

Its not really internet that made me broke all the time during the duration of me staying in Plaza. Truthfully, its a lot cheaper to use the faculty's internet service. I surf around more than 2 hours straight weekly at the CyberStop offer cheaper alternative of RM4 for 5 hours. Its landline and faster than wireless anyway. Its quite unreliable to say that we need internet all the time since some people may use the internet as a resource for procrastination by gaming, frienster-stalking and around 1% of the time is for info seeking. Seriously, most things in the internet are really unreliable and could always lead to unavoidable plagiarism and I would recommend using library instead.$ Manual work is always beneficial.

The ONLY thing that is expensive is FOOD. Seriously, the rent is ugly enough but we had to depend on hawkers and service taxed restaurant for food and usually they charge whatever suits them. I do get to pay RM10 for a meager small portion meal of Ikan Asam Pedas + Nasi without the drinks... it gave me trauma even.... so no wonder all some of us is weirdly thin...

And about the security measures... I only had problem with motorists who refuse to stop whenever theres red light, near the junction Jalan Raja Muda + Jln Raja Abdullah + HKL. Its so dangerous since its the hospital entrance and sometimes OKU ppl uses the crossings... I know its not within the college's power but its law breaking right in front of our eyes without any acts. Is one-and-a-half (I got hit by a motorcycle once but escaped unharmed) accidents to the UKM students is not enough?

Alhamdulillah, terima kasih bonda pengetua, Allah tidak menilai hasilnya, yang penting usaha yang kita laksanakan dalam mencapai matlamat. Kami akan sentiasa meyokong usaha bonda pengetua kerana kami yakin bonda pengetua dan pihak pentadbiran pastinya inginkan yang terbaik untuk kami.

namasayaialah: Allah sebaik- baik penilai.=)

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites