Sabtu, Disember 27, 2008

SALAM TAKZIAH KEPADA SAHABAT KITA...



Kami barisan pimpinan GMUKM KL mewakili seluruh mahasiswa/i UKM mengucapkan SALAM TAKZIAH kepada sahabat kita Zalifahtul Husna binti Zulkifli, Mahasiswa Forensik, tahun3.....seorang NYDP PMFSKB (Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu) .


Untuk makluman sahabat-sahabat, beliau yang kita sayangi ini telah terlibat dengan kemalangan pada pagi Sabtu, 27 Disember 2008...amat menyedihkan pula kemalangan itu berlaku ketika beliau sedang menunggang motor lantaran mengalami kecederaan yang parah dan serius di anggotanya..dan ketika ini sedang terlantar di Hospital Manjong, Perak..


Justeru, kami barisan pimpinan GMUKM KL mengambil inisiatif untuk membuat kutipan derma kilat dan menghantar rombongan hampir 3 buah kereta yang bertolak pada pagi Ahad, 28 Disember dari Kuala Lumpur..


Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan kepada sahabat-sahabat yang ingin memberi sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan terus ke Bendahari PMFSKB, Siti aswati bt. Tugiman di talian: 014-5007528...


Untuk makluman semua, sahabat yang dikasihi kita ini seorang yang amat peramah dan mudah mesra dengan semua orang, pendek kata mudah didekati dan senang untuk diajak berbual walaupun dengan orang yang tidak dikenali..... juga seorang yang amat aktif dalam berpersatuan sehingga berjaya dinobatkan dan terpilih untuk menjawat sebagai NYDP PMFSKB.. dalam keluarganya beliau seorang kakak yang amat prihatin dan bersifat penyayang terhadap adik-adiknya...dalam bergerak kerja pula, dia amat komited dan tekun melaksanakan tugasannya dengan bersungguh-sungguh.


Sama-samalah kita mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti sediakala. Amin.

2 comments:

sesungguhnya segala yang berlaku penuh dengan hikmah dari NYA...

salam takziah...Innalillah...setiap yang berlaku ada hikmahnya..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...bg sy yang penah mengalami kecederaan serius seperti beliau ,sokongan keluarga dan sahabat2x amat penting bagi memastikan beliau dapat menempuh hari yang mendatang dengan penuh kesabaran...

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites