Ahad, Julai 19, 2009

MPP FPER : TURUN PADANG

19 Julai, Ahad : Program Hari Interaksi Fakulti Perubatan yang diadakan di Dewan Kuliah 1, UKM Kampus Kuala Lumpur, anjuran PERSIAP (Persatuan Fakulti Perubatan) telah dihadiri oleh semua mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun 1 dan Tahun 2.

Bermula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa bagi memberkati majlis, program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Shahrir Bin Mohamed Said, Penasihat 2 PERSIAP merangkap pensyarah Fakulti Perubatan.



Majlis ini juga dihadiri oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar UKM Fakulti Perubatan, saudara Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan. Beliau yang kelihatan sentiasa ceria, telah sudi meluangkan masa turun padang bersama-sama adik-adik di Kampus Kuala Lumpur.



Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia oleh saudara Mursyid, Perubatan Tahun 2, Exco Multimedia bagi Hari Interaksi ini.

Objektif yang digariskan dalam program tersebut adalah :

1. Meraikan mahasiswa/i Tahun 1 Fakulti Perubatan UKM.

2. Memperkenalkan dan memperkukuhkan sistem "buddy".

3. Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa Fakulti Perubatan terutamanya antara mahasiswa tahun klinikal (tahun 3, 4 dan 5) dengan pra-klinikal (tahun 1 dan 2).



Bersama dengan Ketua BBA (Badan Bertindak Akademik) Tahun 2 merangkap sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan.

2 comments:

kenapa 1st year pakai baju kolej. pakailah baju persiap atau fper

Salam sejahtera.
Untuk makluman, baju persiap masih belum siap ketika program dilaksanakan.
Persoalan yang ingin saya tujukan : salahkah memakai baju kolej yang telah dibeli oleh pelajar untuk tujuan keseragaman?
Maafkan saya jika soalan saya menyinggung hati saudara/i.
Terima kasih.

p/s : saya jawab bagi pihak PERSIAP, bukan bagi pihak GM.

YDP PERSIAP

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites