Rabu, Julai 29, 2009

Anjur forum: GMUKM minta penjelasan


Bangi, 30 Julai 02:53a.m Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Hisyamuddin Che Ali memohon penjelasan daripada pihak pentadbiran UKM di atas penganjuran forum yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Forum yang bertajuk “Mengangkat Martabat Bangsa” tersebut mencetuskan tanda tanya apabila ianya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang dan menggunakan dewan yang mulia, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

GMUKM menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung penganjuran program tersebut yang dilihat tidak professional dan berat sebelah.

KPT terutamanya perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah kerana secara terang-terangan menghadiri program yang bersifat politik sedangkan dalam masa yang sama beliau merupakan Naib Canselor UiTM.

Didakwa hal tersebut bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti di bawah KPT sendiri, yang melarang kakitangan universiti daripada menyertai mana-mana pergerakan politik di Malaysia.

Beliau sendiri sudah beberapa kali terlibat secara langsung dalam program anjuran UMNO Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut maklumat yang diterima, hebahan mengenai program ini bukan sahaja berlaku di luar kampus malah aktiviti hebahan juga rancak berlaku di dalam kampus melalui risalah dan poster yang ditampal di merata-rata tempat di sekitar kampus berkenaan.

Parti politik tersebut juga didakwa bukan sahaja memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, malah turut mengheret mahasiswa dan kakitangan universiti untuk menyokong ideologi parti politik tersebut.

Dipercayai pertikaian timbul apabila program ini bukanlah anjuran mahasiswa sebaliknya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang sedangkan sebelum ini satu forum pernah dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri di Fakulti Sains dan Teknologi yang membariskan pemimpin kerajaan dan pembangkang tetapi telah diganggu oleh pihak pentadbiran universiti.

Hisyamuddin menyatakan, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menghalang mahasiswa daripada turun untuk menyertai himpunan membantah akta zalim ISA yang akan diadakan pada tarikh yang sama.

Dalam pada itu, hebahan yang dilakukan secara meluas di dalam kampus yang menjemput semua mahasiswa mahasiswi untuk hadir ke program tersebut.

Flyers yang diedarkan dari bilik ke bilik di kolej-kolej kediaman juga ditemui.

Gabungan mahasiswa tersebut menasihati pihak kementerian dan pentadbiran universiti sewajarnya bertindak lebih profesional dan tidak bias terhadap ideologi politik UMNO semata-mata dan tidak menjadikan universiti sebagai instrumen politik mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa Pakatan Rakyat juga seharusnya diberikan ruang yang sama rata supaya pemikiran mahasiswa lebih terbuka dan mampu membuat penilaian sendiri yang dirasakan terbaik untuk diri mereka.-mahasiswakini

5 comments:

UMNO boleh, pmbgkg x bolh. Inilh first class punya minda

salam.. klu benarlah seperti yg dikata, mmg nampk dgn terang dn nyata berat sebelah..

nie la dikatakan 3 kali bengong!!!!!!!!!!!!!!!!!!

blah ar wei.cbuk2 dtg ukm wkpe.dk bwk h1n1 je

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites