Selasa, Julai 14, 2009

MPP FPER : BENGKEL SOLAT KETIKA SAKIT



Bengkel yang dianjurkan oleh saudara Wan Nuruddin Wan Syah, MPP Fakulti Perubatan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i dan yuran yang dikenakan sebanyak RM5.00 bagi 50 peserta pertama. Jika peserta melebihi 50 orang, perlu berdaftar dengan menggunakan borang yang diedarkan melalui agen-agen rasmi PMUKM Fakulti Perubatan.

Antara slot yang menarik iaitu slot "exploruksah" yang berbentuk explore race, dengan objektifnya untuk mendidik mahasiswa/i mengenai topik rukhsah dan beribadah di hospital bagi pesakit.

Bengkel ini akan diadakan dua kali,iaitu pada 23-24 Jun dan 11-12 Julai. Dijemput hadir.




"Bengkel solat ketika sakit" memberikan pendedahan kepada bakal-bakal doktor Muslim dalam mengaplikasikan konsep dakwah dalam kerjaya.



Penerangan oleh ustaz dengan kerjasama JAWI (Jabatan Agama Wilayah Persekutuan) sangat bermanfaat supaya mahasiswa/i tidak leka tugas sebagai seorang dai'e kepada mad'u nya.

Sumber : Blog MPP Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Wan Syah

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites