Sabtu, Julai 25, 2009

LAPORAN KEBAJIKAN : ADUAN PENGINAPAN


Jumaat, 24 Julai - Penyerahan surat aduan kebajikan mengenai penginapan kolej telah diserahkan kepada YDP JAKSA (Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/siswi) , saudara Mohamed Ilyas bin Hasan oleh saudari Na'imah, Setiausaha Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan.


Berhubung tindakbalas daripada pihak sana, saya akan memaklumi selepas ini. Diharapkan segala bentuk cadangan, pendapat ataupun idea bolehlah disalurkan ke laman blog ini ataupun hubungi saya terus di talian 013-3268894.

Di sini, saya turut lampirkan surat aduan tersebut sebagai rujukan bersama. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.



Sekian, terima kasih.






"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"
"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI"



Yang ikhlas,

NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN.
Setiausaha,
Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan,
UKM Kampus Kuala Lumpur.




........................................................................................................................................................................


Rujukan UKM : 3.31/pmukm/fper/kckl/01
Tarikh : 19 Julai 2009

Saudara Mohamed Ilyas Bin Hasan,
Yang DiPertua,
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JAKSA) KTSN.


Wakil Pengurus Kolej,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.



Saudara/encik/puan,

ADUAN KEBAJIKAN

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Wakil Fakulti Perubatan bagi Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menjalankan pungutan suara semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan Tahun 2.untuk aduan kebajikan kolej.

Berikut adalah butiran aduan kebajikan mahasiswa/i:

1. Perabot yang disediakan kurang memuaskan (almari kanvas sahaja)
2. Haiwan terbiar (kucing) berkeliaran dan membuang najis merata-rata menyebabkan kawasan penginapan kotor dan tidak selesa.
3. Harta benda pelajar (pakaian) dicuri kemungkinan pekerja yang mengambilnya sebab ketika itu semua pelajar berada di fakulti
4. Ada pekerja yang tidur di dalam surau, bermain handset di tepi tangga dan ada juga duduk melepak sambil membuka lagu yang kuat ketika waktu bekerja,di asrama perempuan hingga menimbulkan pencemaran bunyi.
5. Teksi tidak dibenarkan masuk menyusahkan pelajar terutamanya apabila membawa banyak barang
6. Pihak pengurusan kolej lambat mengambil tindakan dalam urusan pertukaran bilik sehingga menyusahkan pelajar yang terpaksa berkongsi bilik.
7. Pengurusan merit pelajar sangat tidak munasabah dan banyak kecuaian, serta tidak telus.
8. Tandas di sesetengah aras sangat kotor kerana tidak kerap dibersihkan
9. Banyak paip di dalam tandas tersekat dan tidak boleh berfungsi. Juga tandas tersumbat. Tiada pembaikan, dari 2 semester lepas juga masih sama.
*Cadangan supaya pekerja yang membersihkan tandas agar supaya terus mencatit aduan kerosakan dengan segera kerana pelajar agak sibuk dan jadual kelas yang penuh.
10. Pembaik pulihan tandas sangat lambat menimbulkan keadaan yang tidak selesa
11. Pelajar tidak ditempatkan mengikut jurusan menyebabkan kesukaran untuk berbincang dan belajar. *Cadangan supaya menyusun penginapan pelajar secara teratur mengikut jurusan yang diambil dan pilihan serta kewangan pelajar tersebut pada masa akan datang.
12. Pelajar yang menginap di kolej luar tidak dikumpulkan di satu aras boleh membahayakan.
13. Kemudahan wifi di kolej luar kurang memuaskan dan ada kolej yang tiada kemudahan wifi tetapi masih perlu membayar mahal
14. Keselamatan pelajar yang tinggal di aras bawah KTSN 1 tidak terjamin
15. Yuran tidak dinyatakan dengan terperinci.
16. Yuran tidak berpatutan dengan apa yang telah diubahsuai.





- Plaza Rah :
1. Keadaan rumah yang sangat tidak memuaskan dimana kawasan bilik yang sempit.
2. Perabot (meja belajar) sangat kecil
3. Tempat basuh baju kecil, dan tidak ada paip.
4. Yuran terlalu mahal, tidak diperincikan dan tidak berbaloi.

Dengan itu, kami menyambut sebarang kerjasama dari pihak saudara/i yang dapat mewujudkan hubungan sinergistik dan sudi berkerjasama dengan kami.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan saya, 013-3268894. Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”Ke Arah Fakulti Berintegriti”


Yang benar,




………………........................................
(NUR NA’IMAH BTE AMARUDIN)
Sekretariat,
Wakil Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia

1 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites