Sabtu, Jun 04, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2010-2011


Keputusan Peperiksaan Semester II Sesi Akademik 2010-2011 akan diumumkan tidak lama lagi. Sila klik link berikut untuk maklumat lanjut:




Pastinya sahabat- sahabat mahasiswa sekalian berdebar menanti keputusan peperiksaan yang bakal keluar. Apa- apa pun, letaklah sepenuhnya pergantungan harapan kepada Allah. Kejayaan itu hak milik mutlak Dia, maka sujudlah memohon kepadanya. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah terhadap hamba- hambaNya yang mentaatiNya..Insyaallah.

Apa jua keputusan yang bakal diterima, terimalah dengan hati yang redha dan syukur. Jika berjaya dengan cemerlang, mungkin Dia ingin menguji sejauh mana kesyukuran kita terhadapNya. Jika kurang cemerlang, pasti Dia ingin menguji kesabaran kita serta sejauh mana kita redha dengan ketetapanNya. Dan kita mesti ingat, apa jua yang Allah tetapkan buat kita pasti ada hikmahnya yang kita perlu lihat dengan neraca iman. Yakinlah dengan Allah, Dia tidak akan menganiayakan hamba- hambanya. Semua ketetapanNya adalah yang terbaik untuk kita. Insyaallah. Amin.

Semoga kita terus tabah dan kuat meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba didunia ini. Semoga dipelihara iman kita serta ketaatan kita kepadanya sehingga nyawa bercerai dari jasad. Amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites