Isnin, Januari 12, 2009


HEBAT! Semua calon umum dari Bangi turun padang......saksikan....


Rombongan yang didatangkan khas dari Bangi ini awal-awal pagi lagi sudah berada di perkarangan pintu pagar KTSN (Kolej Tun Syed Nasir). Sebelum mereka berkempen di dalam kolej, sempat juga YB-YB kita ni singgah di gerai-gerai di Taman Tasik Titiwangsa yang kebetulannya berlangsung progrm "Untukmu Palestin" anjuran JAKSA KTSN (Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi Kolej Tun Syed Nasir)






Tiga agenda dalam manifesto yang akan di bawa oleh CALON MAHASISWA iaitu berkenaan Falsafah Universiti, keintelektualan dan Kebajikan. Kempen ini diihat berjaya untuk menarik perhatian Mahasiswa yang hadir. Respon yang diterima daripada mahasiswa UKM sangat baik dan kebanyakannya teruja untuk mengikuti siri-siri kempen yang seterusnya.

GABUNGAN MAHASISWA berterima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mendengar serta turut menyokong bakal pemimpin anda..dan sekali lagi tahniah kepada pengetua dan JAKSA kerana berjaya mengadakan speaker corner buat kali ke-2 versi Bahasa Inggeris...


Cuma kami berasa kesal dengan komen dan aduan daripada rombongan calon MAHASISWA (calon umum) dan pengiring-pengiringnya dari bangi nak masuk KTSN disoal siasat macam-macam pula oleh pengawal keselamatn, dan selepas itu ditetapkan hanya calon sahaja yang boleh masuk..harapnya selepas ini perkara begini tidak berulang lagi.


Laungan DEMOKRASI di Negara tercinta kita ini perlu dihormati, jadi sepatutnya hak dan layanan kepada semua calon-calon yang bertanding perlulah SAMA dan ADIL.

13 comments:

alahai gmukmkl...tu lh modal anda.slhkn phk kslmtn ukm.kslmtn ganas lh,tak bertmbg rasa lh.ini kh perubhn pmkrn MAHASISWA yg ingin dibawa.Anti-establishment dan bercorak pelampau.Jgn skdr 'bertuankn' Falsafah U,Kebajikn & Keilmuan.Pihak kslmtn sntiasa b'usaha mnjaga kslmtn & keharmonian p'ghuni KTSN.Ayuh warga UKMKL.Bersama2 kita tolak cln2 GMUKMKL.GMUKMKL sggup menggadaikn keharmonian anda semata2 unt bawa msk cln2 & p'nykong mereka dr Bangi.GMUKMKL HIPOKRIT,TAK BERADAB,PEMUTAR BELIT.sama mcm idola mereka.

ape salahnye? yelaa..sume yg salah GmUKM, yg buruk sume GM UKM.. pihak lain sume mulia.. Macamlah pihak aspirasi yg dr bangi x dtg smlm... siap dtg satu bas g.. Gm dtg nek kete sendiri je..betapa berdikarinya...ape salhnye, bukannye yg dtg tuh x pkai kad matrik.. diorag dak ukm gak..tgklaa..inila yg dibangga2 kan sgt.. ape yg bezanya ukm kl ngan ukm bangi..kite satu UKM gak kan..

mngaku diri bukan pnykg aspirasi@GM.. mewar2kn diri sbg neutral & x berpihak.. tp apa yg dikatakan x pn neutral..propaganda murahan.. trdesak nk dpt sokongan ke..?

rombongan calon umum dan pengiring2 nye dr bangi nk masuk ktsn disoal siasat mcm2 oleh pak guard, dah tu ditetapkan hnye calon shj yg leh msuk
tp bile aku lalu depan jaxa ktsn tengok2 berduyun2 puak2 ASPIRASI bangi n calon-calon diorang dalam jaxa, pe hal? knape perlu diskriminasi...
kepada pihak yg berkenaan, harap2 pas ni tak jd lg kejadian cam semalam, negar kite kn demokrasi, sepatutnye kedua-dua pihak diberi hak yang sama...

ssgguhnye semua manusia itu sama di sis Allah SWT , yg membezakannya adalah darjat ketaqwaan seseorg itu...hope sesame kte muhasabah..

bg pihak sy yg turut hadir ke ktsn utk kempen..

ble mse plak pihak apirasi dtg 1 bas?? kami pn naik kereta sndri. ko yg xtaw pape cbe la tnye dlu.. ade ke nmpk kami naik bas?? bas ape ktorg naik?? bas ukm?? bas skola?? bas kilang??

kami nk msk ktsn pak guard tnye jugak mcm2 kt ktorg.. pak guard tu jz mnjlnkn tanggungjawab dorg. korg xde hak nk mmpersoalkn pertnyaan2 pak guard sblm mmasuki ktsn. dh mmg keje die.. kte sume bayar gaji die kot. huhh..

Bersyukurlah saya benarkan anda semua dari Bangi (Aspirasi dan GM) masuk ke kawasan kolej saya.

Anggota keselamatan di pintu masuk KTSN hanya menjalankan tugas mereka, juga atas arahan saya.

Harap maklum
Pengetua KTSN

Saya mewakili mahasiswa dari UKM Bangi ucapkan terima kasih atas penjelasan pihak Pengetua KTSN atas tomahan² yg dilemparkan terhadap Pegawai Keselamatan yg bertugas di kampus KL..

dengan penjelasan Pengetua itu,saya harap semua sudah maklum tentang tugas yg diamanatkan dan dijalankan oleh staf² UKM..

di sini saya amat kecewa dan musykil dengan apa yang dipertikaikan oleh mahasiswa yg masih tidak faham tentang peraturan yg telah lama ada..

kita renung kembali,sebelum ini,mereka berkempen utk mempertingkatkan keselamatan mahasiswa UKM..tetapi apabila pegawai keselamatan menjalankan tugas mereka,ini pula yg terjadi..mereka difitnah...dituduh menghalang demokrasi kononnya...

andai kata mereka membiarkan orang keluar masuk...siapa tahu itu mahasiswa ukm atau penceroboh??karang kalau jadi satu kecurian atau kemalangan di kampus KL,anda juga menyalahkan aspirasi...

sedangkan apabila pegawai keselamatan menjalankan tugas mereka,anda mempertikaikan...betullah kata pengarang artikel dari blog aspirasi..(www.aspirasi-ukm.blogspot.com)...pegawai keselamatan salah...peraturan salah...semua salah...GM saja yg betul...

fikir2 kan..renung2 kan...

kepada terkilan..

sape yg jemput anda kesana???org yg jemput anda ke sana tu tak layan anda ke??jumpa la yg menjemput anda tu...yg nak salahkan org lain nape??

kepada pengundi MPP UKMKL....

ko ni buat malu bangsa sendiri jerk...ko nampak x pak guard buat pe kat geng GMUKM???? Klu setakat bising2 xpe lg, tapi kalau dah main tolak, ape kes!!!!!! Ko ni ckp mcm pandai, tapi same je dengan KATAK bawah tempurung... Amcm?????

Kepada pengetua KTSN,

saya ucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Prof kerana memberi peluang kepada pelajar2 KTSN untuk menghadiri GMUKM dan ASPIRASI..TAHNIAH dan SYABAS...
tetapi amat sedih sekali peristiwa2 yang berlaku di UKM Bangi apabila mahasiswa (tahun satu) tidak dibenarkan berjumpa dengan calon2 GM khususnya di KIY dan semestinya di KBH...
Kenapa hendak takut kepada kami???? Kami bukan penjenayah tetapi hanya nak menyatakan pendapat kami...Masih segar di ingatan saya bagaimana sahabat kami (pelajar FKEJ) dibelasah oleh geng ASPIRASI KBH pada PRK yang lalu....Kita dapat lihat juga peranan pihak keselamatan yang berat sebelah dan tidak mengiktiraf calon2 GM... Apakah pihak keselamatan (lebih mesra dengan panggilan Pak Guard dan Mak Guard) pun turut dipaksa oleh HEP mcm pelajar tahu satu???? Minta pak guard komen....

KTSN da bagi peluang..
korang tunjuk side korang je ke?
ape kes la dak2 GM ni..
calon UMUM dari bangi y lain datang pon smart2 juga..
lagi hensem adela..
haha
pakai smart..muka selekeh..pecah2 je sume..
cakap BI dua2 side pon sama..
xde la fluent mana sgt..
dak2 KTSN x suke cara GM..
gila kuasa.. GM= Gila kuasa n Mabuk kuasa

kpd hantusoleh, pengetua KTSN dan lain-lain..

Bukan menyalahkan pihak jaga yg menjalankan tugas, tapi yg disesalkan ialah kenapa mesti ada diskriminasi dan jurang perbezaan antara layanan yg diterima oleh calon GM dan calon aspirasi? Pelbagai alasan tak munasabah diberikan setiap kali isu ketidak telusan prk dibentangkan oleh golongan mahasiswa.. meskipun setelah bukti-bukti dikemukakan.. come on.. we are all educated community.. mahasiswa tidak buta. 12 kerusi sebagai permulaan..

Alhamdulillah, tahniah buat GM.. teruskan membela mahasiswa UKM, buktikan kemampuan anda, insyaAllah, tahun depan GM akan tawan UKM.

perjuangkan "educated community". sepatutnya semua tingkahlaku perlu mencerminkan identiti tersebut tak kira aspirasi atau GM.

tapi apa yang diperhatikan, semua bertindak ikut emosi, hilang sudah pegangan perjuangan masing-masing.

Ikhlas,
Pemerhati dari jauh di sebalik tembok putih KTSN

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites