Jumaat, Januari 09, 2009

MENARIK.....PUBLIC SPEAKING CALON PRK DI KAFE

Saat dan ketika ini mahasiswa berhimpun di kafeteria kTSN 1 sambil bersorak untuk memberi semangat kepada bakal pemimpin mereka yang berkarisma dan pandai berdikari. Bagi yang masih lena, ayuh bangun dan mari kita ciptakan 1 KEBANGKITAN...1 PERUBAHAN bersama-sama.





Sesi berkempen berlangsung di cafeteria KTSN 1 malam tadi (jumaat,9.30 malam) dengan aksi-aksi hebat daripada calon-calon YB kita, sehingga membutkan para penonton terpukau dan teruja dengan semangat dan kesungguhan yang mereka tonjolkan.


SYABAS! Kepada pengetua dan JAKSA kerana berjaya menganjurkan ruangan speaker corner, cuma kami barisan pimpinan GMUKMKL mengharapkan lebih ramai lagi warga kolej akan turun padang menyaksikan kredibiliti dan karisma bakal pemimpin kita.


Kepada aktivis dan penggerak kebangkitan MAHASISWA khususnya UKM, teruskan perjuangan walau dikritik hebat! Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat memperjuangkan SUARA MAHASISWA ke peringkat atasan. Kita inginkan mahasiswa yang mempunyai jati diri yang tinggi untuk memimpin dan mampu berdikari walau hanya dengan kapasiti sebagai MAHASISWA yang mana kita tak punya kuasa mahupun wang yang banyak.


Sejarah bakal terlakar di UKM. Ayuh gegarkan UKM dengan suara mahasiswa...STUDENT POWER....!!! Kita berhak menentukan masa depan kita sendiri, bangkit dan kehadapan bersama-sama kami. Nantikan kehadiran kami berkempen di fakulti anda. =)


HIDUP MAHASISWA!! we hope, we change....

3 comments:

kempen kempen gak.study jgn lupa.

Tolong jelaskan "we hope, we change..." sbb saya dok dengar semua YB bercakap, tak nampak camne mereka boleh bersama pentadbir kolej terutamanya dekan fakulti memperjuangkan kebajikan kita di KKL ni

insyaAllah, kami akan berusaha membawa harapan Mahasiswa dan melaksanakan tugas sebaik mungkin dengan kerjasama sahabat semua, mahasiswa boleh melakukan perubahan dalam hidup mereka dan kami mengharap mahasiwa berfikir mengikut arus semasa yang semakin mencabar.
kami akan berusaha berbincang dengan pihak pentadbiran berkenaan masalah kebajikan kita semua dan harapan kami adalah mahasiswa dapat mengajukan suara dan masalah tersebut.insyaAllah , kami akan berusaha.

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites