Sumber : Blog Rasmi PMUKM
Dimaklumkan Bahagian Pengurusan Akademik telah mengeluarkan Pekeliling No.31/2011 berkenaan Pendaftaran Kursus Awal Semester 2 dan Penilaian Pengajaran Kursus Semester 1, Sesi Akademik 2011-2012.
Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2011-2012 akan diadakan pada12 Disember 2011 - 8 Januari 2012 (4 minggu) melalui laman web http://ukm.my/smpweb.
Sebelum Pendaftaran Awal dibuat, rakan-rakan disyaratkan;
a) membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web http://smp.ukm.my/sppk
b) menjelaskan bayaran semua yuran/hutang tertunggak. Sebarang masalah, sila berjumpa dengan Bahagian Kewangan Pelajar.
Maklumat lanjut, sila rujuk lampiran berikut.
e-Aduan : Medium pusat aduan mahasiswa
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melancarkan Borang Aduan dalam-talian (online) atau ringkasnya e-Aduan untuk memberi rakan-rakan mahasiswa peluang menyampaikan sebarang aduan terus kepada PMUKM.
e-Aduan yang ditubuhkan oleh Biro Informasi & Penerangan dengan kerjasama Biro Kebajikan & Aduan PMUKM bertujuan untuk mengumpul segala aduan daripada rakan-rakan mahasiswa yang mengalami sebarang masalah semasa berada di dalam kampus UKM induk Bangi, Cheras mahupun Kuala Lumpur.
Di samping itu, fungsi lain e-Aduan ini juga bertujuan menyelaraskan beberapa aduan yang didapati bertindih sebelum ini.
Borang e-Aduan ini boleh dilayari di capaian berikut.
Borang aduan ini biarpun kelihatan ringkas, tetapi dijamin akan diberi perhatian yang serius oleh PMUKM khususnya di peringkat Majlis Tertinggi dan Biro Kebajikan dan Aduan.Justeru itu, diharapkan rakan-rakan akan memberikan kerjasama, membantu dan terus menyokong kepimpinan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang menerajui PMUKM sesi kali ini.
0 comments:
Catat Ulasan