Jumaat, November 21, 2008

dunia mahasiswa




Menjadi lumrah dalam dunia mahasiswa apabila tamat sahaja peperiksaan semester, kebanyakan pelajar mempunyai perancangan tersendiri untuk mengisi masa yang terluang. Ada yang terus pulang ke kampung atau rumah bagi yang tinggal berdekatan Kuala Lumpur. Namun, ada yang suka menghabiskan masa dengan teman – teman dahulu sebelum balik bercuti.

Selalunya, habis saja kertas peperiksaan terakhir, mahasiswa berduyun-duyun keluar kolej/kampus bagi menghilangkan tekanan. Mungkin ingin membalas dendam setelah sekian lama ‘berkurung’ untuk exam. Bagi pasangan yang hangat bercinta pula, minggu exam bagaikan sangkar bagi mereka. Jadi, peluang yang ada tidak patut dilepaskan begitu saja.

Memang benar, fitrah jiwa serta otak yang perlukan rehat setelah berpenat lelah ketika minggu peperiksaan. Tapi, adakah wajar, jiwa serta otak itu diberikan manisan berupa perbuatan yang sia – sia ataupun maksiat kepada ALLAH setelah sekian lama ia berkhidmat buat jasad bagi menagih segulung ijazah..?

Pastinya, mahasiswa/i FSKB bijak mengisi masa dengan aktiviti – aktiviti yang berfaedah. Sesungguhnya, nikmat masa sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Semoga kita menjadi insan yang mantap peribadi dan ilmu.


Sesungguhnya setiap apa yang Tuhan kurniakan itu pasti ada hikmahnya dan oleh sebab betapa hebatnya rahsia hikmah itu maka ia kekadang tidak dapat dicapai serta difahami oleh pemikiran insan.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites