Sabtu, Ogos 01, 2009

ISU : UKM BONEKA UMNO



Masihkah anda ingat? Sejarah penodaan UMNO ke atas varsiti tercinta kita?


1. Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Murah Sungai Ramal Luar itu dijadualkan akan diadakan pada 13 Julai 2008, bermula jam 7.30 pagi di Gelanggang Terbuka UKM iaitu berhampiran Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Rahim Kajai, UKM.


2. Selain itu, pada 15 Julai 2007, Puteri Umno Serdang dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Kompleks Bestari (sekarang dikenali sebagai Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh).




3. Selepas itu, pada 29 Julai pula Umno Serdang dibenarkan membuat program yang sama iaitu Mesyuarat Agong Tahunan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) dan dirasmikan Dr Khir Toyo, Menteri Besar ketika itu. Bendera Umno kelihatan telah dari luar pintu masuk utama UKM hingga ke hadapan Dectar sewaktu mesyuarat agung tersebut.

Manakala program melibatkan kerajaan negeri disekat walaupun berstatus kerajaan negeri. Ini dapat dilihat apabila pertemuan mahasiswa Kedah bersama Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam satu majlis Makan Malam Darul Aman 2008 (MDA08) dihalang dan Perasmi Majlis makan malam tersebut terpaksa digantikan oleh bekas Penasihat Agama Islam Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Dr Abdul Hamid Othman.
-untuk maklumat selanjutnya anda boleh layari laman utama gmukm (klik) -

Rabu, Julai 29, 2009

Anjur forum: GMUKM minta penjelasan


Bangi, 30 Julai 02:53a.m Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Hisyamuddin Che Ali memohon penjelasan daripada pihak pentadbiran UKM di atas penganjuran forum yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Forum yang bertajuk “Mengangkat Martabat Bangsa” tersebut mencetuskan tanda tanya apabila ianya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang dan menggunakan dewan yang mulia, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

GMUKM menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung penganjuran program tersebut yang dilihat tidak professional dan berat sebelah.

KPT terutamanya perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah kerana secara terang-terangan menghadiri program yang bersifat politik sedangkan dalam masa yang sama beliau merupakan Naib Canselor UiTM.

Didakwa hal tersebut bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti di bawah KPT sendiri, yang melarang kakitangan universiti daripada menyertai mana-mana pergerakan politik di Malaysia.

Beliau sendiri sudah beberapa kali terlibat secara langsung dalam program anjuran UMNO Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut maklumat yang diterima, hebahan mengenai program ini bukan sahaja berlaku di luar kampus malah aktiviti hebahan juga rancak berlaku di dalam kampus melalui risalah dan poster yang ditampal di merata-rata tempat di sekitar kampus berkenaan.

Parti politik tersebut juga didakwa bukan sahaja memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, malah turut mengheret mahasiswa dan kakitangan universiti untuk menyokong ideologi parti politik tersebut.

Dipercayai pertikaian timbul apabila program ini bukanlah anjuran mahasiswa sebaliknya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang sedangkan sebelum ini satu forum pernah dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri di Fakulti Sains dan Teknologi yang membariskan pemimpin kerajaan dan pembangkang tetapi telah diganggu oleh pihak pentadbiran universiti.

Hisyamuddin menyatakan, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menghalang mahasiswa daripada turun untuk menyertai himpunan membantah akta zalim ISA yang akan diadakan pada tarikh yang sama.

Dalam pada itu, hebahan yang dilakukan secara meluas di dalam kampus yang menjemput semua mahasiswa mahasiswi untuk hadir ke program tersebut.

Flyers yang diedarkan dari bilik ke bilik di kolej-kolej kediaman juga ditemui.

Gabungan mahasiswa tersebut menasihati pihak kementerian dan pentadbiran universiti sewajarnya bertindak lebih profesional dan tidak bias terhadap ideologi politik UMNO semata-mata dan tidak menjadikan universiti sebagai instrumen politik mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa Pakatan Rakyat juga seharusnya diberikan ruang yang sama rata supaya pemikiran mahasiswa lebih terbuka dan mampu membuat penilaian sendiri yang dirasakan terbaik untuk diri mereka.-mahasiswakini

BERITA : MAHASISWA UKM KL DIBENARKAN PULANG





29 Julai, Rabu - Selepas sesi ceramah penjagaan kebersihan diri dan perjumpaan bersama pengetua KTSN (Kolej Tun Syed Nasir), Prof Madya Dr Ruzita Talib pada pukul 5.30 petang, semua mahasiswa UKM Kampus Kuala Lumpur kini dibenarkan pulang, tetapi hanya untuk mereka yang bebas dari sebarang simptom virus H1N1 ini.



Namun, bagi mereka yang masih ada simptom-simptom wabak tersebut, masih diisolasikan di Blok 6, KTSN.



Dengan ini, diharapkan semua warga UKM khususnya, dan masyarakat setempat amnya untuk sama-sama teruskan bermunajat memohon perlindungan kepada Si Pencipta virus ini. Solat hajat berjemaah dan bacaan Yasin sekali sahaja tidak cukup, malah lebih afdhal berpuasa sunat dan menambah amalan di Bulan Syaaban yang mulia ini.



Juga tidak lupa, saling memuhasabahkan diri atas kealpaan kita terhadap gejala sosial yang sudah banyak berlaku di hadapan mata kita yang mendatangkan teguran daripadaNya. Masalah aurat, "couple", hiburan, tarian, ketidakadilan dan kebejatan pihak-pihak tertentu perlu diperbaiki.


Perlu diingat, bukan warga UKM Kampus Kuala Lumpur sahaja yang menimpa musibah ini, malah berurutan diikuti kampus-kampus universiti lain. Moga peringatan dan teguran diberikanNya khas untuk kita, dapat dijadikan iktibar.






"H1N1 : antara teguran dan peringatan daripadaNya"




UPSI dan USM juga ditutup. Takziah mangsa H1N1 (klik)

Selasa, Julai 28, 2009

BERITA : LAGI KES SISWA MATI JATUH BANGUNAN

KES 1


KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini. (sambungan)


KES 2


Lembah Pantai 28 Julai 09:15a.m Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) dilaporkan jatuh dari bangunan flat rumah sewa dipercayai awal pagi semalam.

Mayat siswa tersebut yang dikenali sebagai Tan dipercayai hancur dan bersepai kerana jatuh dari tingkat 16 flat perumahan Vista, dekat sini. (sambungan)






Tidak sampai sebulan! Kejadian mahasiswa/i mati disebabkan "terjun" dari bangunan tinggi semakin menjadi-jadi pula bukan sekali, dua kali tetapi sudah banyak kali. Malah, punca sebenar kejadian pula masih tidak dapat dikenalpasti.


Kami, Barisan Pimpinan GMUKM, sebagai golongan yang prihatin dan sentiasa 'alert' dengan kebajikan mahasiswa memberikan cadangan supaya pihak berwajib agar segera menubuhkan satu Suruhanjaya Khas bagi menyiasat kes seumpama ini.


Kami tidak mahu ia menjadi satu "trend" baru yang bakal memburukkan nama M.A.H.A.S.I.S.W.A di mata masyarakat. Pelbagai tuduhan yang tidak senang didengar seperti bunuh diri, stress, putus cinta, hilang akal dan sebagainya tidak sepatutnya dilabelkan kepada tubuh badan M.A.H.A.S.I.S.W.A yang mana golongan intelektual inilah menjadi harapan masyarakat menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.



"Bersama Mahasiswa, Menerajui Negara"




Ahad, Julai 26, 2009

PENGUMUMAN : EDARAN SEGERA

EDARAN SEGERA : KAD NAMA MPP MAHASISWA UKM KAMPUS KUALA LUMPUR




1 ) FAKULTI PERUBATAN




2) FAKULTI FARMASI









LAPORAN : HARI MPPK

27 Julai, Isnin - Hari MPPK (Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab) di UKM Kampus Kuala Lumpur telah pun melabuhkan tirainya semalam. Pelbagai reaksi dan aneka ragam setiap mahasiswa dalam menguruskan hal mereka masing-masing sama ada mendaftar sebagai ahli ataupun mempromosikan kelab mereka.


Lantaran itu, walaupun dihujani "tsunami" kesibukan dunia klinikal, kesudian MPP Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan turun padang menziarahi adik-adik di UKM Kampus Kuala Lumpur amat dihargai.


Kelihatan saudara Wan (MPP Fakulti Perubatan) dan Amin (MPP Fakulti Farmasi) sibuk melakukan tugas masing-masing.



Ziarah adik-adik Tahun 1 dan Tahun 2 di Booth Fakulti Perubatan.




Bergambar bersama sahabat BADAR di Booth Persatuan Badan Dakwah dan Rohani UKM.



Objektif bagi aktiviti turun padang dan ziarah seumpama ini bukanlah aktiviti yang tiada nilainya seperti buang masa, tunjuk muka semata, dan berlagak lebih seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu yang tidak arif mengenai perkara sebegini.


Malah aktiviti dan perkara paling asas sebagai seorang pemimpin ini amat penting dalam membina ikatan hati dan silaturrahim dengan masyarakat sekitar. Bukan mudah untuk seseorang itu hendak menceritakan dan memberitahu permasalahan mereka jika pemimpin itu sendiri jarang bertegur sapa, apatah lagi jika tidak pernah menjengukkan dirinya di tanah lapang.


Dakyah negatif bagi mereka yang berfikiran sempit harus disemai dengan hujah yang professional selari dengan slogan kami "Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan".



"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"

BERITA : GEMPAR! KTSN DITUTUP

Semua mahasiswa di Fakulti diarahkan balik ke kolej untuk dikuarantin di sana dahulu dan mendengar taklimat mengenai wabak H1N1 ini.



Kawalan masuk di pintu pagar utama Kolej Tun Syed Nasir


27 Julai, Kolej Tun Syed Nasir - Bermula kira-kira pukul 6 pagi, pengumuman arahan penutupan KTSN (Kolej Tun Syed Nasir) UKM Kampus Kuala Lumpur disebabkan penularan simptom-simptom wabak Influenza Like Illness di kalangan mahasiswa telah bertambah angkanya melebihi 50 orang.




Menurut Puan Rosnah, Pembantu Am Pejabat Kanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghantar notis arahan supaya KTSN ditutup.





Bermula dari tarikh 24 Julai 2009 telah didapati simptom wabak ini di kalangan mahasiswa KTSN UKM Kampus Kuala Lumpur sehinggalah 27 Julai 2009 yang mana telah melibatkan 50 orang mahasiswa.





Notis arahan penutupan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutun.


Kini, memandangkan bilangan mahasiswa yang dijangkiti semakin meningkat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat keputusan agar kolej ini ditutup selama seminggu bermula 26 Julai sehingga 2 Ogos 2009, sebagai langkah pencegahan penularan wabak ini, walaupun ujian pengesahan makmal belum diterima.

Ikuti kami untuk berita selanjutnya.




HINI : antara peringatan dan teguran daripada Tuhan





Suspek H1N1 diarahkan pulang ke kampung segera untuk dikuarantin.



Mahasiswa yang memakai topeng muka adalah suspek H1N1 yang mempunyai simptom seperti demam, selesema, batuk, sakit tekak dan seumpamanya.

Sabtu, Julai 25, 2009

LAPORAN KEBAJIKAN : ADUAN PENGINAPAN


Jumaat, 24 Julai - Penyerahan surat aduan kebajikan mengenai penginapan kolej telah diserahkan kepada YDP JAKSA (Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/siswi) , saudara Mohamed Ilyas bin Hasan oleh saudari Na'imah, Setiausaha Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan.


Berhubung tindakbalas daripada pihak sana, saya akan memaklumi selepas ini. Diharapkan segala bentuk cadangan, pendapat ataupun idea bolehlah disalurkan ke laman blog ini ataupun hubungi saya terus di talian 013-3268894.

Di sini, saya turut lampirkan surat aduan tersebut sebagai rujukan bersama. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.



Sekian, terima kasih.






"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"
"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI"



Yang ikhlas,

NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN.
Setiausaha,
Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan,
UKM Kampus Kuala Lumpur.




........................................................................................................................................................................


Rujukan UKM : 3.31/pmukm/fper/kckl/01
Tarikh : 19 Julai 2009

Saudara Mohamed Ilyas Bin Hasan,
Yang DiPertua,
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JAKSA) KTSN.


Wakil Pengurus Kolej,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.



Saudara/encik/puan,

ADUAN KEBAJIKAN

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Wakil Fakulti Perubatan bagi Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menjalankan pungutan suara semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan Tahun 2.untuk aduan kebajikan kolej.

Berikut adalah butiran aduan kebajikan mahasiswa/i:

1. Perabot yang disediakan kurang memuaskan (almari kanvas sahaja)
2. Haiwan terbiar (kucing) berkeliaran dan membuang najis merata-rata menyebabkan kawasan penginapan kotor dan tidak selesa.
3. Harta benda pelajar (pakaian) dicuri kemungkinan pekerja yang mengambilnya sebab ketika itu semua pelajar berada di fakulti
4. Ada pekerja yang tidur di dalam surau, bermain handset di tepi tangga dan ada juga duduk melepak sambil membuka lagu yang kuat ketika waktu bekerja,di asrama perempuan hingga menimbulkan pencemaran bunyi.
5. Teksi tidak dibenarkan masuk menyusahkan pelajar terutamanya apabila membawa banyak barang
6. Pihak pengurusan kolej lambat mengambil tindakan dalam urusan pertukaran bilik sehingga menyusahkan pelajar yang terpaksa berkongsi bilik.
7. Pengurusan merit pelajar sangat tidak munasabah dan banyak kecuaian, serta tidak telus.
8. Tandas di sesetengah aras sangat kotor kerana tidak kerap dibersihkan
9. Banyak paip di dalam tandas tersekat dan tidak boleh berfungsi. Juga tandas tersumbat. Tiada pembaikan, dari 2 semester lepas juga masih sama.
*Cadangan supaya pekerja yang membersihkan tandas agar supaya terus mencatit aduan kerosakan dengan segera kerana pelajar agak sibuk dan jadual kelas yang penuh.
10. Pembaik pulihan tandas sangat lambat menimbulkan keadaan yang tidak selesa
11. Pelajar tidak ditempatkan mengikut jurusan menyebabkan kesukaran untuk berbincang dan belajar. *Cadangan supaya menyusun penginapan pelajar secara teratur mengikut jurusan yang diambil dan pilihan serta kewangan pelajar tersebut pada masa akan datang.
12. Pelajar yang menginap di kolej luar tidak dikumpulkan di satu aras boleh membahayakan.
13. Kemudahan wifi di kolej luar kurang memuaskan dan ada kolej yang tiada kemudahan wifi tetapi masih perlu membayar mahal
14. Keselamatan pelajar yang tinggal di aras bawah KTSN 1 tidak terjamin
15. Yuran tidak dinyatakan dengan terperinci.
16. Yuran tidak berpatutan dengan apa yang telah diubahsuai.





- Plaza Rah :
1. Keadaan rumah yang sangat tidak memuaskan dimana kawasan bilik yang sempit.
2. Perabot (meja belajar) sangat kecil
3. Tempat basuh baju kecil, dan tidak ada paip.
4. Yuran terlalu mahal, tidak diperincikan dan tidak berbaloi.

Dengan itu, kami menyambut sebarang kerjasama dari pihak saudara/i yang dapat mewujudkan hubungan sinergistik dan sudi berkerjasama dengan kami.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan saya, 013-3268894. Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”Ke Arah Fakulti Berintegriti”


Yang benar,




………………........................................
(NUR NA’IMAH BTE AMARUDIN)
Sekretariat,
Wakil Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites