Jumaat, Oktober 02, 2009

PRESIDEN GAMIS PERSOAL ISU USRAH

Sumber : http://tintaduat.blogspot.com/


KENAPA TERLALU MEMUSUHI USRAH?


Apabila meletupnya isu denda yang dikenakan terhadap beberapa siswi di sebuah kolej di UKM pada 14 Ogos lalu, ramai yang melenting. Lebih sebulan berlalu, namun bila ianya ditimbul, semakin panas diperbincangkan. Bayangkan usrah yang hanya diadakan sementara menanti waktu Zohor diserbu seolah-olah menyerbu mereka yang sedang membuat bom. Sedangkan makulumat yang saya terima mereka berdiskusi berkaitan Ramadhan. Apa salahnya?

Serbuan felo pada hari itu telah dipanjangkan kepada pengetua kolej tersebut yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Islam. Maka siswi yang juga dikalangan penuntut di Fakulti Pengajian Islam pun telah didenda oleh pengetua yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam. Denda yang asalnya berjumlah RM50 setiap seorang untuk setiap kali aktiviti usrah diberi diskaun. RM50 x 4 kali usrah x 8 orang = RM1600. Mungkin kerana sempena Ramadhan yang akan tiba ketika itu, diskaun diberikan. RM50 seorang x 8 orang = RM400. Namun, denda tetap dikenakan.

"Usrah ni ape? Saya x tahu..."

Ada yang menimbulkan persoalan begini apabila timbulnya isu ini. Saya tidak salahkannya kerana tidak tahu. Mungkin ini kesan apabila usrah selalu disembnyikan. Dengan kata mudahnya, kalau kita tidak menghalang study group atau diskusi ilmiah, begitulah lebih kurangnya usrah. Mengapa hendak dihalang? Kalau ada yang membicarakan persoalan 1 Malaysia yang digagaskan oleh Dato' Seri Najib atau gagasan yasng dibawa oleh PMUKM sebagai "1 UKM, 1 keluarga" saya kira usrah lebih dari itu. Dari sudut bahasanya, usrah dalam Bahasa Arab bermaksud "keluarga". Bukankah baik aktiviti yang boleh merapatkan perpaduan yang diimpi-impikan. Saya kira, orang yang menggagaskan "1 UKM, 1 keluarga" sepatutnya menjadi orang prtama yang kehadapan membela sahabat-sahabat saya ini.

Kalaulah yang nak dibicarakan berkaitan akta yang menghalang himpunan melebihi 5 orang kecuali mendapat keizinan Naib Canselor, maka saya kira mungkin perlu diberikan kepada setiap pelajar buku rekod seperti rekod keluar masuk asrama di sekolah satu ketika dahulu. Maka setiap kali mahu melaksanakan study group termasuklah makan di kafetaria, beraturlah mahasiswa beramai-ramai di depan bilik Naib Canselor atau wakilnya untuk meminta tandatangan keizinan "menyertai himpunan melebihi 5 orang".

Kalaulah begini, saya rasa, kayalah pengurusan kolej. Mendenda mereka yang sedang makan di kafetaria beramai-ramai. Begitu juga mereka yang bermain futsal dan lain-lain lagi. Entah-entah, hendak solat jemaah pun kena minta kelulusan kertas kerja terlebih dahulu atau mesti dikerjakan bergilir-gilir. 4 orang, 4 orang, 4 orang...... Aduh..... RM50 x seorang x setiap perjumpaan.........

Saya sangat optimis, sahabat-sahabat saya tadi bukanlah merekrut pengganas dalam usrah yang dijalankan. Pandangan stereotaip oleh beberapa individu perlu dibuang. Saya rasa, sekiranya masih berpandangan demikian, mungkin mereka yang sedemikian perlu juga menyertai usrah yang dijalankan. Saya juga mengalu-alukan mereka untuk menyertai usrah bersama saya. Kita lihat, dan kita diskusikan apa yang tidak kenanya.

Sebab itu saya memandang, mari kita zahirkan usrah beramai-ramai. Kita lihat, siapa lagi yang hendak menghalang. Justeru, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, kita zahirkan usrah di mana-mana, biar ia menjadi syiar. Siapa yang tidak berpuas hati dan masih berpandangan negatif terhadap usrah, kita ajak mereka duduk bersama. Kita berbicara secara intelektual.

Saya seru sekali lagi kepada barisan nuqaba', kita bumikan usrah secara besar-besaran. Biar orang tahu apakah itu usrah......



Mohd Idris Bin Mohd Yussoff merupakan Presiden ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) sebuah Persatuan Mahasiswa Islam di UKM, merangkap Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia), sebuah badan pertubuhan NGO mengetuai semua Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti seluruh Malaysia.


Beliau juga merupakan seorang MPP GMUKM bagi Fakulti Pengajian Islam UKM.

2 comments:

Assalamualaikum.....
saya amat berstuju skali dengan pendapat saudara Idris. mengapakah perbuatan-perbuatan yang baik dihalang sedangkan perbuatan maksiat berleluasa tanpa pantauan. Mengapa orang yang berjubah lebih dipandang pelik oleh masyarakat berbanding orang yang memakai skirt pendek mahupun seluar ketat di pust2 mmbeli belah. Mengapa orang yang ikut cara nabi didenda, dihina, dipandang janggal berbanding mereka yang melanggar syariat Allah. Mengapa isu khalwat seorang pelajar disembunyikan pihak pentadbir berbanding isu pelajar ber'usrah' terus diumumkan pada pihak atasan dan media. Dimanakah KEADILANnya dunia ALLAH ini. Igatlah! Bumi ini Allah punya. Ana doakan Allah akan kembalikan keadilan di Bumi ini. QS (17:81) Jzk....

salam.. ana juga sgt setuju dgn pendapat Ustaz Idris dan juga Tanpa nama.. ana sendiri hairan bin pelik, dunia skrg ni dh trbalik agaknya.. maksiat berleluasa, gejala sosial merata2 kat universiti, knape itu yang tidak ditekankan? benda baik plak yang nak disibuk2kan.. klu gejala2 sosial sume tuh didenda, lg kaya UKM.. yang pkai terdedah sana sini,yang dating, yang membuat maksiat, brape rmai? denda sja, mesti lagi untung klu btul nk mencari keuntungan..

itu baru situasi di UKM.. blum lg tgk keadaan MALAYSIA sekarang yang kononnya SALAH SATU DASAR ialah ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.. Benarkah Malaysia nih negara Islam? sdgkan bermcm2 pkra maksiat x trbndung.. SIS (sister in Islam) contohnya.. Dah terang lg bersuluh menyesatkan Aqidah, IFC yang baru diluluskan pun menyesatkan Aqidah, tapi kenapa bnde2 spt ni dipndang ringan? sdgkan masalah2 kecil plak yg disibuk2kan... Sedarlah Mahasiswa sekalian.. dan sedarlah mereka2 yang rasa dirinya bergelar ISLAM..

Jgn sampai Allah turunkan bala spt di Padang, Indon atau di mana2 tmpat lain didunia baru kita nk sedar kembali ke tikar sejadah...

Wallahua'lam..
wassalam...

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites