Sabtu, Disember 26, 2009

ANALISIS E-VOTING & MASA DEPAN KAMPUS

JEMPUTAN KE FORUM (sila klik gambar )



ANALISIS E-VOTING (E-PUNGUNDIAN)


Apa itu E-Pengundian ?


E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) didalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya .Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual dan mengambil masa yang terlalu panjang.


Sistem Mudah Dimanipulasi.


Integriti ketua pusat mengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan kerana kejujuran seseorang sukar dibuktikan. Manakala Bahasa pengekodan (prgramming language) yang ditulis tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana calon atau agen calon tidak diberikan salinan bahasa tersebut walaupun telah diminta.


Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.


E-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang


Masalah Kebolehupayaan

Pengundian terpaksa ditangguhkan untuk beberapa ketika kerana masalah sistem undian yang sering tergendala.Gangguan pada sistem ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dan pencerobohan daripada luar.


Kawalan penuh oleh TNC dan HEP


Jawatankuasa – jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC(HEP dan Alumni) serta staf – staf HEP yang membantu calon aspirasi.Di UPM contohnya, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa yang lain. Mungkin Di UM kali inia agak berbeza , di mana Kawalan penuh adalah pada Naib. Canselor, namun perkara ini masih dalam perbincangan.


Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E – Undi


PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar (MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap sistem e –undi.


Calon atau wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam pusat pembuangan undi.


Calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau egen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.


Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi.


Calon atau ajen calon tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.


Tiada senarai daftar pengundi


Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.


Kos untuk membangunkan sistem E – Undi adalah sangat tinggi.


Penggunaan wang yang sangat besar adalah satu pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan pelajar.Pengurusan wang yang banyak secara tidak sistematik memungkinkan berlakunya penyelewengan di kalangan pegawai universiti.


Sekiranya sistem ini ingin di laksanakan , sewajibnya pegawai HEP perlu memikirkan beberapa perkara. Calon perlulah dibenarkan untuk mendapatkan salinan bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membuat sistem e-undi. Mereka dan wakilnya perlu diberi penerangan khusus berkaitan perjalanan sistem e-undi termasuklah bagaimana mengenalpasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian.


Sewaktu Pengiraan undi perlu dilakukan kali pertama di pusat pembuangan undi dan penjumlahan keseluruhan di lakukan di pusat pengiraan undi utama. Selain itu perlunya ‘standard procedure’ ditetapkan oleh organisasi tertentu supaya tafsiran berkaitan e-undi dan perjalanan sistem adalah sama antara kampus bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak lain.


Dalam masa yang sama, Jawatankuasa bebas daripada pihak luar perlu dilantik untuk memantau perjalanan pilihanraya kampus dari segi perjalanan sistem dan ‘networking system’. Pihak Jawatankuasa perlu melakukan penerangan yang jelas kepada mahasiswa agar perlaksanaan


Namun saya berpandangan tidak semudah itu mereka akan mengikuti apa yang di sarankan , kerana sistem e-voting adalah agenda tersembunyi untuk mereka perolehi kemenangan dengan mudah. Walaubagaimanapun, Mahasiswa akan terus menutut dan membantah sistem ini. Jika negara maju di luar sana sendiri menolak pelaksanaan sistem ini , hatta parti politik di Malaysia pun begitu juga, Apa relevannya sistem ini ingin di laksanakan, jika atas alasan hanya untuk memudahkan jawatankuasa membuat kiraan undi dengan cepat.


Islam mengutamakan konsep keadilan dengan semua perkara . Islam mengutamakan yang mendatangkan manfaat daripada perkara yang mendatang mafsadah atau kemudhoratan kepada massa.


Sifirnya mudah, jika sistem ini tidak mampu menjamin ketelusan dan keadilan dalam pemilihan MPP , tidak ada individu yang akan berpeluk tubuh dengan membiarkan demokrasi mahasiswa di kampus ini di ‘najis’ kan.




Oleh: Mohd Syafie Hasyim

Beliau ialah bekas pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional merangkap Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


  1. GMUKM mengajak mahasiswa UKM terutamanya berfikir secara kritis asbab kepada perlunya ketegasan membantah E-voting ini. Bukanlah semata-mata kita melihat pada AGM UMNO pada sesi lepas juga membantah dengan keras proses pengundian undi secara elektronik ini. Kesedaran dan kefahaman amat penting dalam memastikan keintelektualan mahasiswa mencakna "the main problem" seperti yang dilatih di dewan kuliah. Dan kita patut bersyukur kerana sistem ini tidak jadi dilaksanakan di UKM kerana kos yang menelan belanja yang amat besar.


  2. Secara dasarnya, Forum sebegini diadakan bukanlah semata-mata berkepentingan politik kampus tetapi kita mahukan mahasiswa mendengar sendiri pandangan dan pendapat daripada tokoh-tokoh akademik yang langsung tidak mempunyai ideologi politik seperti Prof. Dr. Aziz Bari.


  3. Selain itu, beliau juga akan mengupas dari sudut perundangan bilamana sistem E-Voting ini dijalankan secara menyeluruh dan penerapan undang-undang termasuklah AUKU yang digunapakai di dalam sistem ini.


  4. 2 orang tokoh lagi dijemput untuk menerangkan bagaimana sistem E-Voting ini berjalan dari sudut perisian teknologi dan kita juga mahu melihat berapa peratus kecekapan dan ketelusan sistem ciptaan manusia mampu memberikan suatu kepuasan terhadap mahasiswa dan wujudkan kebobrokan akibat daripada tangan-tangan manusia yang akan mencemari penggunaan sistem ini.


  5. Biarlah mahasiswa bertanding di atas satu landasan yang rata sesama mahasiswa manakala Pentadbiran Universiti hanyalah sekadar Pengadil yang akan mengadili dengan adil dan bijaksana.


  6. Kita tidak mahu pilihanraya kampus ini menjadi gelangang silap mata tetapi mata tidak silap lihat segala propaganda yang memungkinkan ketelusan di dalam pilihanraya ini diragui. Kita juga mahukan jaminan ketelusan dan keadilan di dalam pilihanraya kampus yang akan diadakan. Buat apa mengadakan pilihanraya jika berlakunya kepincangan dan keraguan sebelum sistem dilaksanakan?.


  7. Selain itu, kami di peringkat GMUKM ingin menyeru kepada seluruh Mahasiswa supaya memandang isu ini sebagai suatu perkara yang serius kerana melibatkan kepimpinan di peringkat Universiti. Kita tidak mahu pemimpin yang dilantik nanti akan menjadi ‘Lembu Dicucuk Hidung’ dan tidak mampu membuat keputusan yang berasaskan Mahasiswa tetapi mengikut telunjuk sesetengah pihak yang berkepentingan.

    Pemimpin Mahasiswa adalah bebas dari sudut membawa mahasiswa ke arah yang lebih produktif dan menjaga kebajikan Mahasiswa adalah satu tanggungjawab yang paling utama.



  8. Akhir sekali, kami menyeru kepada seluruh Mahasiswa untuk bersama-sama menghadiri Forum Terbuka yang BANTAH adakan secara ilmiah bagi membuka minda mahasiswa terhadap Sistem E-Voting ini dengan jelas berdasarkan prinsip keadilan sejagat buat mahasiswa.


  9. Jadikanlah forum ini sebagai wadah yang baik dan bermakna kepada seluruh mahasiswa untuk mengenal Sistem E-Voting ini dengan lebih mendalam. Seluruh Mahasiswa dijemput hadir.



    "Bersama MAHASISWA, memimpin KECEMERLANGAN"
    http://gm-ukm.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites