Isnin, November 12, 2012

Laporan perjumpaan bersama Encik Fairuz, Penolong Pendaftar UKMKL pada 31 oktober 2012




Tarikh: 31 Oktober 2012
Masa: 2.40-3.30 petang

Agenda:
1. Berbincang berkenaan parkir motor di sebelah kafe.
2. Berbincang berkenaan bas dari Bangunan Yayasan Selangor (BYS) ke fakulti.
3. Mengetengahkan isu projector di DK3.
4. Berbincang mengenai masalah bas dari PPUKM bagi pelajar perubatan yang lewat.

Keputusan menyuarat:

Agenda 1: Akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan dalam mendapatkan peruntukan oleh En Fairuz. Sudah dalam perancangan. Parkir tersebut mungkin akan dibina pada tahun 2013.

Agenda 2: Bas dari BYS ke Fakulti sudah boleh digunakan pada 5 november 2012. Pelajar diminta berada di hentian bas BYS sebelum 1.10 tengah hari kerana bas tidak akan tunggu lama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di hadapan BYS.

Agenda 3: projector akan diperbaiki pada minggu ini atau pada minggu hadapan.

Agenda 4: En Fairuz sudah mengambil tindakan dan akan memastikan bas pertama pada jam 1.00 tengahari dan bas kedua pada pukul 1.15 tengahari.


Terima kasih pada En Fairuz (Penolong Pendaftar UKMKL) dan En Raduan(staf yang menguruskan bas) atas kerjasama yang diberikan kepada pihak PMUKM.


Autonomi mahasiswa merialisasikan falsafah varsiti’


Laporan disediakan oleh:
MPP Mihammad Hazrin Bin Husin, 
PMUKM sesi 2012/2013


MPP Hazrin tekun mendengar penjelasan daripada pihak pengurusan



Khamis, September 13, 2012

Faktor dan Kesan Revolusi Mesir


Kebangkitan rakyat Mesir menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya. Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat.
Korupsi dan penyelewengan kuasa adalah isu yang mendapat perhatian dan menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat. Dan ia bukanlah perkara baru dalam mencetus kemarahan rakyat. Amalan korupsi memang terdapat di kedua-dua buah negara. Janji pemerintah untuk membasmi korupsi secara serius jika tidak dikotakan pasti akan menambahkan kebencian rakyat. Apatah lagi sekiranya yang mengamal rasuah dan kronisma adalah pemerintah itu sendiri.

Ahad, Ogos 12, 2012

SEDEKAH itu memBAHAGIAkan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Hanya Bagi Tuhan Sekalian Alam.
Selawat dan Salam atas Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat-sahabat baginda yang diredhai Allah.

Subhanallah, syukur masih diberi ruang dan peluang untuk berada pada hari ke-24 Ramadhan. Dalam kelalaian kita mentaatiNya, masih juga Dia mengizinkan kita untuk terus beramal dalam baki hari-hari dalam Ramadhan, bulan yang barakah ini.

23 Ramadhan, Masjid Ar-Ridhwan Ulu Kelang.

Sedekah. Semalam ada RM10 ditangan. Allahurobbi, memang tu saja duit untuk 'survive' di hutan batu Kuala Lumpur ini.
Semasa kuliah Ustaz Azhar Idrus,  pelajar- pelajar tahfiz bergerak di antara hadirin dengan membawa uncang besar untuk kutipan derma. Tergeraklah di hati untuk mengorbankan RM10 yang berada di tangan. Namun dalam hati, saya berdoa.

" Ya Allah, andai RM10 ini akan memberi aku manfaat besar di akhirat kelak, maka izinkanlah aku untuk menyedekahkannya pada jalanMu. Amin"

Nampaknya, Allah tidak mengizinkan untuk saya bersedekah waktu itu. Pelajar tahfiz yang datang mengutip derma tidak melalui tempat saya duduk. Seganlah pula untuk memanggilnya.

Rupa-rupanya duit RM10 tu, Allah takdirkan untuk saya beli makanan berbuka puasa dan bayar duit minyak kereta seorang teman yang menumpangkan saya dan kawan-kawan balik ke kolej.

credit to: Habibaty Zulkifli

Terlintas di hati; "Untunglah orang yang banyak duit, boleh sedekah buat pahala banyak-banyak."

24 Ramadhan, FSK, UKM Kampus KL.
Saya mengeluarkan wang dari mesin ATM. Wang yang seorang teman kirimkan untuk membeli labcoat. Dan baki wang yang ada dalam akaun tidak lebih RM10. 

Allahurobbi, sekali lagi telintas dalam hati; "Untunglah orang yang banyak duit, boleh sedekah buat pahala banyak-banyak."Dan jauh di sudut hati merasa rugi sekali tidak dapat melakukan ibadah sedekah sebanyak-banyaknya.

Nak diceritakan, balik ke kolej, tangan terus mencapai buku Hadis 40 karangan Imam Nawawi yang dicetak dalam bentuk ringkas dan menarik. Subhanallah. Allah yang telah menggerakkan tangan ini untuk mengambilnya ketika selesai tarawih di surau D.


Dan ketika membelek buku tersebut, terebukalah pada muka surat 117,Hadis 25: Bersedekah Bukan Sahaja Dengan Harta.

Daripada Abu Dzar r.a berkata, sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

" Wahai Rasulullah, orang-orang kaya pergi emmbawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan hartanya. Nabi S.A.W bersabda: 'Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Sesungguhnya setiap kali tasbih adalah sedekah, setiap kali tahmid adalah sedekah, setiap kali tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan jimaknya salah seorang diantara kamu jugaadalah sedekah.' Mereka bertanya:'Wahai Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi hajat syahwatnya berpahala?' Rasulullah S.A.W menjawab:' Menurutmu, bukankah jika dia menyalurkan syahwatnya pada yang haram, maka dia berdosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, dia mendapat pahala"

[Riwayat Ahmad no.21483 dan Muslim no. 1006]

Nikmat Allah mana lagi yang hendak kita dustakan apabila Dia menjawab terus persoalan hati kita yang seolah-olah menafikan sifatNya Yang Maha Adil.

Subhanallah. Sedekah itu Membahagiakan. Jika sedekah harta itu memberi kita kebahagian, maka sudah pastilah tasbih, tahmid, takbir dan zikir-zikir kita memberi kebahagian yang sama.

Perkara yang ingin saya tekankan:

1) Sentiasalah menghubungkan hati kita dengan Allah, agar disebalik apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita, mata hati kita melihat Allah disebaliknya. Kita melihat Allah yang merancang segalanya. Kita melihat begitu cantik sekali aturan yang Allah tetapkan untuk kita. Dan kita merasa bahagia kerana kita sentiasa merasa keberadaan Allah dalam hidup kita.

2) Apabila dikurniakan rezeki, keluarkanlah sebahagian daripadanya tanda syukur kita kerana nabi berpesan,Allah akan menarik nikmat hambaNya yang tidak tahu bersyukur. Tidak kira nikmat itu dari sudut harta atau kecemerlangan dalam akademik atau sebagainya. Dan sedekah itu juga tidak kira samada dengan harta, atau dengan zikir dan amal kebaikan yang kita lakukan.

4) Perhatikan niat kita. Untuk apakita bersedekah. Untuk dilihat sebagai orang yang dermawankah? Atau untuk dilihat Allah sebagai orang yang bersyukur. Pilihlah yang mana yang lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.

3) Sama-samalah kita mengamalkan doa yang diajarkan nabi kepada Muadz (kalau tak silap):

" Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati dan menyebut namaMu, bantulah kami untuk mensyukuri nikmatMu, dan bantulah kami untuk memperbaiki amal ibadah kami kepadaMu.Amin"

Ambillah sebanyak mana peluang yang ada selagi kita masih bernafas di buminya untuk bersedekah. Sungguh, SEDEKAH itu memBAHAGIAkan!

Wallahua'lam.


sumber:Salahuddin Al Ayoubi

Jumaat, Ogos 03, 2012

'Janji Ditepati'


KUALA LUMPUR - Lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini, kata penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub.

Beliau berkata lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

Rabu, Julai 18, 2012

KEJAYAAN MANIFESTO MPP GMUKMKL


Kejayaan Manifesto MPP GMUKM 2009/2010: Mesin ATM Bank Islam

Hasil perbincangan & kerjasama MPP GM UKMKL 2009/2010, saudari Nur Ili binti Mohammad Tarmizi dengan pihak pentadbiran UKM yang bermula sejak tahun 2010, maka kini pelajar-pelajar UKM Kampus Kuala Lumpur dapat menikmati kemudahan  Mesin ATM Bank Islam di dalam kawasan kampus.
Mewujudkan Mesin ATM di Kampus Kuala Lumpur khususnya mesin ATM Bank Islam & CIMB merupakan salah satu manifesto yang diperjuangkan oleh saudari Nur Ili binti Mohammad Tarmizi. Penempatan Mesin ATM Bank Islam ini agak memakan masa sebelum ini atas sebab proses pengubahsuaian di TIBE . Maka Mesin ATM CIMB diwujudkan terlebih dahulu sebelum Mesin ATM Bank Islam ditempatkan di UKM Kampus Kuala Lumpur.
Pihak GMUKM mengucapkan tahniah & terima kasih kepada MPP GM UKMKL 2009/2010, saudari Nur Ili binti Mohammad Tarmizi atas usaha & rasa komitednya dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar UKM Kampus Kuala Lumpur khususnya serta melunaskan manifesto yang telah dijanjikan buat seluruh warga kampus.


     
Mesin ATM Bank Islam & CIMB di TIBE






Khamis, Julai 12, 2012

Tiga Golongan Menyambut Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.


Subhanallah wal Hamdulillah.
Pejam celik, pejam celik, kita sudah menghampiri bulan Ramadhan 1433Hijrah. Begitu cepat masa berlalu. Dan tahun ini, insyaallah kita dipertemukan lagi dengan sebuah bulan yang menjadi bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya dengan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda apabila beramal didalamnya.


Ketibaan bulan Ramadhan ini, akan disambut oleh tiga golongan:


Golongan pertama.


Mereka adalah golongan yang merasa resah

Khamis, Mac 15, 2012

Penambahbaikan Kafe KTSN

14/3/2012 - Meninjau keadaan semula setelah hampir sebulan selepas pertemuan terakhir MPP Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM, Nurul Akma binti Zulkiefli, bersama dengan pemilik Kafe Ruzita (laporan rujuk sini), Pn Ropengah Sharif, pihak GMUKM sekali lagi membuat tinjauan untuk memastikan perkembangan kafe. Berikut merupakan perkembangan terkini:-

Ruang hidangan bufet beserta dengan kuih-muih

Kuih-miuh yang dijual di waktu petang bermula sekitar 3.30 pm hingga 4.00 pm



Susun atur meja dan kerusi yang kemas ketika ketiadaan siswa/i



Laksa yang menjadi berita gembira buat penggemar laksa

Kiosk masakan yee mee


Kiosk masakan burger dan masakan barat




Dua meja untuk memesan masakan ala carte memudahkan lelaki dan perempuan membuat pesanan tanpa bertembung.


Pihak GMUKM sangat berterimakasih kepada pihak kafe kerana mengambil setiap aduan kami di dalam perhatian mereka. Namun begitu, kami juga menerima aduan dari pelajar berkenaan sistem numbering ala carte yang tidak dijayakan sepenuhnya, harga yang masih diragui kesesuainya dan sebagainya. Oleh itu, kami di pihak MPP GMUKM akan berusaha untuk membawa aduan siswa/i yang terus kepada pihak yang sewajarnya. Setiap penjelasan yang diterangkan kepada kami, akan dihebahkan semula kepada semua masyarakat KTSN.

TERIMA KASIH DARI MPP MAHASISWA

11/3/2012 - Menghampiri saat-saat pilihan raya yang bakal mendatang, MPP GMUKM, Nurul Akma binti Zulkiefli telah turun padang untuk ke blok-blok bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada siswa/i yang telah membantunya di sepanjang perjalanan. Menjadi seorang pemimpin, bukan mudah. Perjalanannya jauh dan sukar. Tanpa bantuan yang dipimpin, seorang pemimpin akan rebah terkapai. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya sokongan dan bantuan siswa/i KTSN, MPP Akma telah mengedarkan risalah utama GMUKM, iaitu 'message for you' atau lebih dikenali dengan M4U. Selamat membaca.

MPP Akma pergi bilik ke bilik membuat edaran M4U




GMUKM tetap di hati


Ingin tahu lebih lanjut tentang isinya, dapatkan dari duta-duta GMUKM, MPP Akma dan MPP Hatem

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites