Sabtu, Ogos 15, 2009

LAPORAN : DIALOG BERSAMA MAHASISWA SIRI 2




12 Ogos, Rabu - Siri jelajah MPP Fakulti Farmasi semakin tiba ke puncaknya setelah bertemu sua dengan mahasiswa Fakulti Farmasi Tahun 3 dan Tahun 4 dalam program "Dialog Bersama Mahasiswa". Sebelum ini, siri jelajah beliau telah diadakan pada 5 Ogos bersama mahasiswa Tahun 1 dan selepas ini kan diteruskan pada 19 Ogos bersama mahasiswa Tahun 2 pula.





Senior Fakulti Farmasi amat gembira dengan perkembangan Amin selaku wakil suara kebajikan mereka.


Selain membentangkan segala kerja saudara Amin sepanjang perkhidmatanya sebagai MPP Fakulti Farmasi, terdapat juga sesi bersoal jawab bersama mahasiswa dan pembahagian cenderamata berupa penanda buku yang disediakan oleh majlis sekretariat MPP Fakulti Farmasi.


Dalam temubualnya bersama wartawan GMUKM, beliau mengulas lanjut mengenai perancangan gerak kerjanya dengan penuh keyakinan dan iltizam, "untuk tiga bulan yang mendatang, fasa terakhir untuk saya menjalankan tugas.Fasa keilmuan dan falsafah yang telah dirancang."


Program-program yang telah dirancang diharapkan dapat memberi sumber ilmu dan manfaat untuk semua mahasiswa selain dapat mengukuhkan jalinan hubungan dan integrasi antara mahasiwa Fakulti Farmasi.




Program “ dialog bersama mahasiswa” telah dirangka untuk semua tahun , pelancaran kempen etika pemakaian dan program “ one week , one article” telah dirancang serta sambutan ke-200 saya sebagai MPP diharapkan dapat memberi gambaran dan input-input yang berguna untuk mahasiswa/I Fakulti Farmasi .


Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi semangat dan usaha untuk mengembangkan potensi diri, meningkat kredibiliti Fakulti Farmasi seterusnya menaikkan nama universiti ke persada antarabangsa.



Dengan demikian, saya mengharapkan mahasiswa/i Fakulti Farmasi dan mahasiswa UKM umumnya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran generik yang lain termasuklah keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan berfikiran kritikal. Dengan menyertai pelbagai program di peringkat kolej, fakulti dan universiti , diharapkan kita dapat menambah ‘nilai-nilai profesionalisma ’ dan "soft skill" diri masing-masing, sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang yang semakin mencabar.


“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN”

Rabu, Ogos 12, 2009

LAPORAN : MPP GMUKM MELAWAT SAHABAT TERANIYA

Saudara Ng sedang berehat selepas melakukan pembedahan pada sebelah paginya.


12 Ogos, Kolej Tun Syed Nasir – Rombongan MPP Mahasiswa berjaya menghulurkan bantuan yang dihulurkan oleh mahasiswa/I UKM kepada saudara Ng See Hoe. Sejurus selepas menjalankan kutipan derma kilat dan MPP GMUKM berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 356.25 pada pagi tersebut. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada saudara Ng See Hoe dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang.



Rombongan MPP Mahasiswa yang bermula pada jam 5 petang itu adalah terdiri daripada Hisyamuddin Che Ali (MPP Umum Tahun 3), Phoon Kar Liang (MPP FUU), Muhammad Hafizul Amin bin Khalid (MPP Fakulti Farmasi) dan juga Nur Na'imah bte Amarudin, wakil saudara Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan (MPP Fakulti Perubatan).




Wakil MPP Umum, Saudara Hisyamuddin Che Ali menyatakan bahawa ‘‘ Kami akan terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan demi amanah yang diberikan oleh mahasiswa dan ini adalah tanggungjawab kami. Kami serius dan kami komited”. Tambahnya lagi bahawa keprihatinan dan kebajikan perlu dihulurkan oleh mahasiswa UKM bagi membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi jika ada mahasiswa yang ditindas dek kerana sikap ketidakperimanusiaan sesetengah orang.






Sumbangan ikhlas daripada semua mahasiswa yang menyumbang.



Sementara itu, Phoon Kar Liang (MPP FUU), yang dihubungi turut melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan Ng See Hoe dan berjanji untuk membantunya sedaya yang mungkin.
“ Kami di barisan MPP Mahasiswa memandang isu kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan dan akan bertindak sebagai orang pertama dalam menjaga kebajikan mahasiswa terutamanya mereka yang ditimpa musibah ”, ujarnya.


Saudara Amin juga mengingatkan bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin dengan ini, boleh merasakan kehidupan sebenar dan makanan di hospital. Sama ada cukup zat makanannya, seimbang dan berkhasiat. Sejajar dengan apa yang dipelajarinya di kuliah Jabatan Diet. Beliau juga mengharapkan saudara Ng semakin sihat dan dapat pergi ke kuliah seperti sedia kala.

Selasa, Ogos 11, 2009

ZALIM : GMUKM MAHU PEMBELAAN

Dirodok sebab RM60


KUALA LUMPUR: Hanya kerana wang RM60, seorang pelajar hampir kehilangan nyawa apabila dirodok dengan pisau Rambo di rusuk kiri sehingga terkena paru-paru angkara dua penjenayah jalanan yang merompaknya ketika melalui jejantas di kawasan stesen monorel Dang Wangi di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar berusia 20 tahun itu yang diserang di kawasan awam tidak dipedulikan orang ramai walaupun berulang kali menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah.

Ng See Hoe, pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diselamatkan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Nyawa mangsa diselamatkan selepas menjalani pembedahan bagi menghentikan pendarahan selain menjahit semula luka tikaman berkenaan.


Ng yang ditemui ketika masih dalam keadaan lemah di HKL semalam, memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sesi temu duga untuk memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran di UKM.


“Saya berhasrat pulang menghadiri kuliah dengan menaiki LRT, tapi tersesat di Stesen Dang Wangi. Berikutan itu, saya segera turun di stesen berkenaan dan bercadang mencari stesen monorel terdekat untuk pulang ke kampus.

“Ketika melintas jejantas, tiba-tiba muncul dua lelaki yang saya perasaan dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, saya tidak peduli kerana mahu segera tiba di kampus,” katanya.

Menurut Ng, firasat buruknya menjadi kenyataan apabila kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya sebelum seorang daripada mereka memaksanya menyerahkan wang.

“Seorang daripada mereka terus mengeluarkan pisau Rambo dan cuba menikam saya dari arah hadapan. Namun, dalam keadaan cemas saya terus menepis dan menggenggam mata pisau berkenaan dengan tangan kanan bagi mengelak dia menikam tubuh saya.

“Dalam keadaan kesakitan dan tangan berlumuran darah, seorang lagi lelaki merampas dompet berisi wang RM60 dan telefon bimbit saya sebelum kedua-dua penjenayah berusia 20-an itu melarikan diri,” katanya.

Menurut pelajar itu, dalam keadaan kesakitan, dia mengejar penjenayah terbabit sebelum membaling beg sandangnya ke arah seorang daripada mereka.

“Bagaimanapun, lelaki itu yang bersenjatakan pisau Rambo berpaling dan meluru ke arah saya lalu menikam rusuk kiri.

“Saya hanya mampu menjerit kesakitan sebelum tersungkur berlumuran darah. Ketika itu saya menjerit ‘Perompak! Perompak!...’, namun beberapa orang awam yang melalui jejantas itu enggan memberikan bantuan,” katanya.

Ng berkata, nasibnya baik apabila selang beberapa minit kemudian sepasang kekasih yang melalui kawasan jejantas berkenaan bersimpati dan membantunya dengan menghubungi abangnya serta talian kecemasan (999).

“Saya tidak sedarkan diri dan hanya mengetahui dibawa ke Wad Kecemasan HKL dengan menaiki ambulans. Difahamkan, anggota polis peronda yang tiba ke lokasi kejadian segera menghubungi HKL sebaik mendapati keadaan saya yang kritikal ketika itu.

“Saya kemudian menjalani pembedahan. Keadaan saya kini stabil dan amat berterima kasih kepada doktor serta kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Ng See Fai, 25, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian rompakan berkenaan yang turut menyebabkan telefon bimbit adiknya bernilai RM350 dilarikan penjenayah.

“Saya terlalu sayangkan dia (See Hoe) kerana kami hanya dua beradik selain dia penghibur serta seorang yang bijak dalam akademik.

“Saya puji sifat kentalnya walaupun dalam keadaan lemah dia masih boleh bergurau dan bersemangat untuk kembali memulakan sesi pelajarannya di UKM,” katanya.

sumber : harian metro



UCAPAN TAKZIAH
DIUCAPKAN KEPADA SAHABAT , NG SEE HOE ,
YANG MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA YANG SEMAKIN TIDAK BERMORAL ..
MOGA2 CEPAT SEMBUH DAN SAYA SERTA SAHABAT LAIN MENGHARAPKAN NG DALAM KEADAAN SELAMAT DAN
PEROMPAK TERSEBUT DAPAT DITANGKAP SECEPAT YANG MUNGKIN.

MOGA2 KEADAAN YANG TERJADI MEMBERI PERINGATAN UNTUK KITA SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI DAN BERWASPADA

" SETIAP PERKARA YANG TERJADI
ADALAH PERINGATAN UNTUK KITA "

SALAM UKHWAH

AMIN



Manakala di peringkat GMUKM kami akan bersegera membantu mengambil tindakan pembelaan terhadap mahasiswa yang ditindas. Tetapi untuk yang terdekat kami akan melawat keadaan beliau dan memberikan pertolongan berbentuk material dan sokongan. Ikuti kami selepas ini.

-GMUKM

"Bersama Mahasiswa, Memimpin Perubahan".

Isnin, Ogos 10, 2009

TAHNIAH MPP PERUBATAN!

Isnin, 10 Ogos - Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit anjuran MPP Fakulti Perubatan UKM,Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan, dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK) telah diadakan pada ahad, 9 Ogos bertempat di Dewan Kuliah 1 & 2 Jabatan Kejururawatan, Tingkat 5, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja'afar Pusat Perubatan UKM.







Bengkel yang diadakan khas untuk mahasiswa Fakulti Perubatan ini telah melibatkan mahasiswa dari jurusan Perubatan dan Kejururawatan yang mana bukan sahaja untuk memperkasakan inter-fakulti malah melihat kepentingan berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi antara pengamal ilmu perubatan dengan pesakit.






Sebagai contoh, masalah yang seringkali timbul sama ada :

1. pesakit mahu solat tetapi tidak tahu bagaimana.
2. pesakit tidak tahu solat ketika sakit.
3. pesakit tidak tahu pun ketika sakit perlu solat.
4. pesakit memang tidak mengamalkan solat.


Melihatkan senario sebegini, di pihak PMUKM Fakulti Perubatan mengambil inisiatif untuk membantu membekalkan ilmu walaupun tidak sebanyak mana kepada mahasiswa agar doktor-doktor dan jururawat kelahiran UKM bukan sahaja mampu menolong mengubati pesakit dari segi fizikal malahan spiritual, rohani dan jasmani.


Perlu disedari, selain tuntutan Fardhu Kifayyah, seorang doktor muslim perlu menjadi pro-aktif doktor, tidak hanya tertumpu kepada ilmu perubatan semata-mata tetapi haruslah selari dengan kewajipan sebagai seorang muslim.


Bayangkanlah perasaan seorang pesakit yang sedang terlantar menunggu saat nafasnya yang terakhir akibat penderitaan penyakitnya yang kronik dan semakin kritikal. Sebagai seorang doktor muslim ini adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sama ada memberi kata-kata semangat mahupun penawar "dakwah" secara berhikmah. Konsep kembali Tuhan perlu dititikberatkan dalam segenap hal. Baik dari segi budaya memberi salam paling mudah, mendoakan kesejahteraan kepada pesakit yang sedang sakit datang menemui doktor.


Justeru itu, dalam proses jangka panjang, kami mentargetkan PPUKM (Pusat Perubatan UKM) bakal dikenali sebagai "Hospital Mesra Ibadah" suatu hari nanti dengan suasana ceria dan damai, ia pasti dan bakal diteruskan oleh generasi pemangkin ummah di bumi varsiti tercinta ini.


"Bersama Mahasiswa, Memimpin Perubahan"

"Ke Arah Fakulti Berintegriti"






Berikut adalah laporan penuh Bengkel Solat Ketika Sakit.

Sesi pendaftaran peserta bermual seawal pukul 8 pagi



Majlis yang bermula pada pukul 8 pagi ini telah dirasmikan oleh PMUKM Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Shah Wan Johan.


Khusyuk dan tekun mendengar taklimat yang diberikan.





Slot 1 - Permasalahan Umum Mengenai Solat Ketika Sakit, yang disampaikan oleh Dr Abdul Rashid bin Abdul Kader (PPUKM)







Sarapan sebentar menambah tenaga......






Slot 3 - Rukhsah Solat dan Cara Pengendaliannya I yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin


Sama-sama berlatih secara praktikal mengambil tayamum



Demonstrasi solat ketika sakit.



Sesungguhnya solat itu tidak membebankan malah meringankan.



Solat itu wajib kerana menyembah Allah dan menunjukkan kita sebagai hambaNya.


Sungguh bersemangat ustaz didatangkan dari JAKIM ini.





Kenangan.....saudara Wan Nuruddin bersama Ustaz Muhammad.




Slot 2 - Motivasi : Keperluan Spiritual Pesakit yang disampaikan oleh Ustaz Yusri Hafiz Bin Yusoff.


Shukran ustaz di atas ilmunya. Ingat dalam setiap hal, niat perlu betul dan ikhlas. Membantu menyembuhkan penyakit bukanlah bermakna doktor itu Tuhan tetapi hanya sebagai "alat" bagi menunjukkan KebesaranNya.


Slot Amali Solat Secara Berkumpulan


SITUASI 1

Encik Shazni baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya dan kaki kanan beliau perlu dipasang Plaster of Paris (POP) kerana terdapat keretakan pada tulang femur dan tulang fibula beliau. Beliau mengalami kesukaran untuk membengkokkan kaki kerana prosedur tersebut. Terangkan bagaimana Encik Shazni boleh melakukan ibadah solat dalam keadaan beliau yang sebegitu.

























SITUASI 2

Encik Aiman menghidapi kanser usus dan mengalami intestinal obstruction. Baru-baru ini beliau baru sahaja menjalani pembedahan colostomy bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi beliau tidak tahu bagaimana untuk bersolat dengan beg stoma pada bahagian abdomen beliau. Terangkan kepada beliau bagaimana beliau menggunakan beg stoma boleh melakukan ibadah solat.







SITUASI 3

Puan Najihah mengalami cystitis dan mengalami pendarahan pada bahagian perineum. Doktor melakukan continuous bladder irrigation pada beliau. Sepanjang tempoh irigasi, beliau dinasihatkan untuk berehat sahaja di katil. Beliau keliru bagaimana untuk melakukan ibadah solat dalam keadaan beliau yang sebegitu. Terangkan kepada Puan Najihah bagaimana beliau boleh bersolat tanpa menjejaskan regim rawatan yang telah dirancang untuk beliau.






< /strong>
SITUASI 4

Encik Syahrin baru sahaja menjalani pembedahan extracapsular cataract extraction (ECCE) dan beliau dinasihatkan untuk tidak menundukkan kepala bagi mengelakkan tekanan pada kawasan pembedahan. Beliau tidak tahu bagaimana hendak bersolat tanpa menundukkan kepala. Terangkan kepada Encik Syahrin bagaimana beliau boleh bersolat tanpa member komplikasi pada kawasan pembedahan tersebut.



















SITUASI 5

Cik Alyah mengalami masalah retinal detachment dan baru sahaja menjalani pembedahan vitrectomy dan pneumatic retinopexy. Selepas pembedahan beliau dikehendaki berbaring dalam posisi meniarap (prone with face down) untuk beberapa hari lagi bagi mempercepatkan proses pemulihan retina. Cik Alyah mahu bersolat tetapi beliau tidak tahu bagaimana untuk bersolat tanpa menjejaskan proses penyembuhan retina tersebut. Terangkan kepada Cik Alyah bagaimana untuk melakukan ibadah solat dalam keadaan begitu.








SITUASI 6

Puan Suriani mengandung dengan usia kandungan beliau 34 minggu. Beliau mempunyai kesukaran untuk bangun dari posisi duduk keran sakit belakang dan beliau juga berasa pening setiap kali cuba untuk berdiri. Beliau ingin tahu bagaimana hendak bersolat tanpa perlu risau keselmatan beliau dan bayi beliau terancam. Terangkan.









SITUASI 7

Encik Arash mengalami masalah pleural effusion dan beliau baru sahaj menjalani prosedur chest tube insertion. Belaiu mengadu sakit pada bahagian yang ditebuk setiap kali cuba bergerak. Beliau ingin bersolat tetapi rasa sakit membuatkan beliau tidak begitu selesa untuk solat. Terangkan kepada Encik Arash bagaimana untuk bersolat dalam keaadaan tersebut.













Ahad, Ogos 09, 2009

LAPORAN : "Zero Repeaters Campaign"

7 Ogos, Jumaat - PERSIAP (Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program "Zero Repeaters Campaign" dan Forum "How To Be A Proactive Medical Student in Your Clinical Years", bertempat di Auditorium PPUKM (Pusat Perubatan UKM).






Tahniah kepada organisasi PERSIAP dan semua mahasiswa Fakulti Perubatan dalam menjayakan program bercorak ilmiah ini.


Majlis yang dimulakan pada pukul 8.15 malam tersebut telah dihadiri oleh mahasiswa Fakulti Perubatan terutamanya Tahun 1 dan Tahun 2 yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan mendengar tips-tips berguna daripada panel-panel jemputan.




Saudara Wan Nuruddin sedang menerima cenderamata sebagai moderator Forum "How To Be A Proactive Medical Student in Your Clinical Years", yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Sharir Mohamed Said, Penasihat II PERSIAP.




Antara objektif program ini ialah :

1. Memberi latih tubi kepada pelajar perubatan melalui koleksi soalan terkumpul.

2. Memperkenalkan kepada pelajar-pelajar sistem belajar secara berkumpulan.

3. Menjalankan penyelidikan mengenai masalah-masalah akademik dan sahsiah mahasiswa perubatan dan berkongsi hasil penyelidikan dengan pihak pentadbiran.



Dengan ini diharapkan dengan usaha bersungguh-sungguh daripada PERSIAP yang ditunjangi oleh Yang Dipertua PERSIAP, saudara Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi demi menjaga kebajikan mahasiswa Fakulti Perubatan dapat dihadamkan dan diaplikasikan di semua peringkat.


Kami di peringkat PMUKM Fakulti Perubatan akan lebih agresif dalam memperkasakan hubungan antara persatuan fakulti sama ada perubatan dan kejururawatn demi menzahirkan dasar perjuangan kami , yang mana tidak hanya tertumpu dengan kerjasama antara persatuan-persatuan yang sedia ada malah menaiktarafkan komunikasi 2 hala antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti.



Lantaran itu, suara mahasiswa akan direalisasikan selaras dengan motto PMUKM Fakulti Perubatan pada sesi ini iaitu “Ke Arah Fakulti Berintegriti” . Ikuti kami selepas ini dengan wajah-wajah baru mencorakkan kesungguhan kami, Gabungan Mahasiswa UKM bersama mahasiswa. Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa.


Tahniah dan syabas sekali lagi PERSIAP!



"Ke Arah Fakulti Berintegriti"

"Bersama Mahasiswa, Memimpin Perubahan"


Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites