Sabtu, Julai 25, 2009

LAPORAN KEBAJIKAN 2 : KEMUDAHAN KAFETARIA


Isu Kafetaria Fakulti : ikuti pendedahannya oleh pemimpin anda.




Jumaat, 24 Julai - Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kebajikan dan Setiausaha Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan telah mengadakan pertemuan 3 mata bagi mengikuti perkembangan mengenai surat aduan yang telah ditujukan kepada wakil pengusaha kafetaria 2 hari yang lepas. (lihat sini)





Wakil kami bersama pengurus kafetaria fakulti, Hajah Rokiah binti Haji Mohd Said





Berikut adalah butiran aduan serta komen ataupun langkah penyelesaian dan cadangan yang telah pihak beliau perbincangkan dan akan dilaksanakan :




1. Makanan yang agak sama setiap hari.


"Kami sudah sediakan 7 jenis kuah yang berbeza yang paling disukai orang ramai. Setakat ini, tiada komen mengenai jenis lauk yang kami masak walaupun sama saja setiap hari. Cadangan ini kami akan ambil 50-50 untuk dilaksanakan. Kami sendiri pun tidak tahu nak masak apa lagi, harap mahasiswa ataupun pelanggan boleh beri cadangan lauk apa yang perlu kami masak".


2. Makanan yang berkuah cair selalu. Jangan pentingkan keuntungan semata-mata.


"Kami akan ubah selepas ini".

3. Pekerja kafe tidak mesra, susah nak senyum. Amalkan sikap mesra pelanggan dan berikan khidmat yang terbaik.


"Kami akan cuba berusaha untuk beri layanan yang baik, cuma kami harap mahasiswa faham jika keadaan sangat sibuk dan orang ramai dengan suasana yang bising".


4. Kadang-kadang makanan, pinggan dan sudu kurang bersih. Banyak pinggan yang kotor dan basuh tidak bersih

"Kami akan ambil tindakan selepas ini".


5. Sayur tidak dimasak dengan betul.

"Kami akan ambil tindakan selepas ini".


6. Makanan yang ditempah kena tunggu lama.


"Mahasiswa kena faham orang yang menempah lebih dari 10 orang dalam sesuatu masa, takkan kami nak ambil pekerja sampai 3 orang"

7. Harga makanan kadang-kadang agak mahal, tidak berpatutan dengan kemampuan pelajar.


'Mingu depan, kami akan tampal sticker harga untuk memudahkan mahasiswa bajet untuk membeli makanan. Contohnya, ikan keli = RM 3, ikan merah = RM 3.50. Adik boleh pantau kami nanti"


8. Air kosong selalu lambat ditambah jika habis dan kadang-kadang rasa semacam. Kami geli ada pekerja top up air dengan gunakan baldi dan gayung. Sila pentingkan kebersihan. Lebih-lebih lagi kita di fakulti kesihatan.


"Apakata mahasiswa tolong kami pula, jika air habis cepat, cakap dengan kami. Untuk isu menggunakan baldi ketika top up air, kami tidak gunakan sebarangan baldi ataupun gayung. (Sila lihat gambar di bawah). Bertahun lamanya, kami gunakan container khas yang sama untuk top up air".








9. Sila gunakan kain yang benar-benar bersih untuk lap sudu.


"Kami akan pantau displin pekerja kami".


10. Pinggan kotor dan basah. Ada sisa makanan.

*cadangan ; “tost”kan pinggan dan sudu selepas basuh, tidak perlu lap dengan kain yang belum tentu bersih.

"Kami akan pantau displin pekerja kami'.

11. Terdapat beberapa orang pekerja kafetaria tidak mengamalkan kebersihan,
seperti menyentuh makanan dengan tangan dan membuat air limau dengan memerah limau tanpa membersihkan tangan dahulu.


"Kami akan pantau displin pekerja kami".





12. Tidak ada sabun basuh tangan di singki dan ada singki yang kotor, tidak dibersihkan.


"Kami akan usahakan hari ini juga untuk sediakan sabun. Tentang kebersihan, sebelum dan selepas berniaga kafe ini bersih kami cuci, cuma ia kotor apabila mahasiswa ada. Jadi yang mengotorkannya mahasiswa, sebab mereka yang guna. Jadi, harap masing-masing dapat jaga kebersihan.


Untuk cadangan menyediakan poster 'mari menjaga kebersihan bersama' sebagai kesedaran dan peringatan akan kami usahakan pada minggu depan dan menampalnya".


13. Meja tidak di lap dengan bersih


"Kami akan berusaha perbaiki"

14. Tidak kemas meja dengan cepat apabila banyak pelajar hendak makan dan tidak cukup meja.


"Kami akan berusaha perbaiki. Cadangan lain untuk mengelakkan kesesakan dengan menambah kerusi dan meja oleh adik, kami akan usahakan selepas naik cuti raya, memang kami ada terfikir untuk berbuat demikian".






15. Ingin tahu sumber makanan yang digunakan, halal atau tidak.

16. Ingin tahu tukang masak adakah seorang muslim yang sentiasa menunaikan solat.



"Aduan bernombor 15 dan 16, bagi kami tak salah jika mahasiswa ingin tahu. Kami sendiri ada sediakan bilik solat di belakang kafe untuk kemudahan pekerja kami yang semuanya muslim. Kami sendiri akan menegur pekerja lelaki kami jika tidak solat jumaat".

17. TV selalu ditutup.

18. Perlahankan suara TV ketika azan. Terutamanya ketika azan zohor


"Aduan bernombor 17 dan 18, apakata mahasiswa sendiri yang tutup atau buka TV dan perlahankan suaranya ketika azan. Suis ada di depan TV.Takkan semua nak harapkan kami".

19. Jangan jadikan kafetaria sebagai tempat bermesra antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, walaupun bukan orang Islam.

"Cadangan untuk menampal poster 'sila jaga akhlak anda' akan kami cuba usahakan pada minggu depan. Tetapi untuk melarang adalah bukan atas kuasa kami".





Setakat ini sahaja laporan perkembangan daripada kami. Untuk pemantauan selanjutnya, kami akan laporkan dari semasa ke semasa. Ikuti perkembangan kami.


Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan Exco Kebajikan anda, saudari Nabihah di 013-3268894.



"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN KECEMERLANGAN"


"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI'




Dilaporkan oleh,


NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN,
Setiausaha,
Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.







LAPORAN : Majlis Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Khas

Reference : blog MPP FAKULTI PERUBATAN



Majlis Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Khas was held on Tuesday the 21st of July 2009 at DECTAR. Two events in one, whereby it would officiate the Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir as UKM's newest Canselor and to award an honorary PhD (ijazah kehormat doktor falsafah) for Islamic Civilizations to YABhg. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.




It is a rare occasion to see and witness a ceremony involving the Royal family. Just the logistics to organize it would be heavy. But it was a privilege and an honour for me to be there invited by JAKSA KTDI to witness such an event. I hope that the new Canselor would oversee UKM as the best university in the region and hope that the university would follow its philosophy towards better achievements.




"Panduan antara Iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti."



The ex-Prime Minister had received an honorary award during the special convocation; The Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Peradaban Islam). His administration had brought many things, both criticism and appraisal. What are your thoughts on Islam Hadhari?

What excited me the most was the assembly of the academicians for the ceremony. It makes me feel lively to see such high regarded icons of the university gather. Professors, lecturers, doctors are important not just at the university level but they represent the country's capabilities and competence. They produce research, innovations and ideas that support the country like other important assets to the country (such as the army and the economy).





So, everybody has a role in the society. Be the best in your field, whether your a student, nurse or doctor, a politician, a king, excel in everything you do! The country needs you!


"Ke Arah Fakulti Berintegriti"


Sincerely,

WaAN NURUDDIN SYAH BIN WAN JOHAN,
Wakil Fakulti Perubatan,
Majlis Perwakilan Pelajar UKM

PENGUMUMAN : BOARD PMUKM FPER




Jumaat, 24 Julai - Sebagai langkah penyelesaian dan perlaksanaan bagi aduan mahasiswa yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mengikuti perkembangan MPP PMUKM Fakulti Perubatan, maka Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan telah mengambil langkah drastik dengan mewujudkan papan kenyataan khas untuk mahasiswa Fakulti Perubatan.
Antara objektif penubuhan papan kenyataan ini adalah :

I. Sebagai medium penyampaian yang meluas kepada semua mahasiswa Fakulti Perubatan UKM terutamanya mahasiswa yang tinggal di kolej luar dan rumah sewa atau rumah sendiri.
II. Sebagai satu keperluan yang seharusnya ada bagi sebuah persatuan nombor satu di UKM.
III. Memperkasakan peranan PMUKM Fakulti Perubatan dalam mendekati warga UKM melalui program dan risalah.
IV. Sebagai salah satu langkah penyelesaian kepada aduan dan masalah mahasiswa yang tidak dapat mengetahui dan mengikuti program dan perkembangan semasa Wakil PMUKM Fakulti Perubatan.




Menurut saudara Taranjit Singh A/L Ram Singh, Exco Kebajikan Sekretariat Wakil PMUKM FPER,
"diharapkan dengan kemudahan yang diberikan ini, mahasiswa semua dapat menggunakannya seoptimum mungkin".
"Kami berjanji untuk sentiasa 'mengupdate' setiap gerak kerja kami untuk makluman kepada setiap mahasiswa. Tetapi selalulah kunjungi blog kami kerana penggunaan penyampaian maklumat melalui blog lebih efektif, cepat dan mudah".

LAPORAN : TAKLIMAT RINGKAS

Jumaat, 24 Julai - Dengan bertemakan "BERGERAK SEIRINGIN, MEMIMPIN KECEMERLANGAN" , Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan meneruskan langkah "HOPE and Change" dalam membumikan dasar perjuangan mereka, "Ke Arah Fakulti Berintegriti".

Suatu taklimat ringkas telah diadakan di Dewan Kuliah 1, berhubung halatuju PMUKM Fakulti Perubatan, program-program semasa dan organisasi kabinet PMUKM Fakulti Perubatan di PPUKM (Pusat Perubatan UKM) dan Kampus Kuala Lumpur telah disampaikan oleh saudari Na'imah, Setiausaha Agung PUMKM FPER Kampus Kuala Lumpur.


Seterusnya, borang aduan kebajikan mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun 1 beserta borang pemilihan SUK Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan juga turut diedarkan.



Turut hadir sama di taklimat tersebut, saudara Mohamad Idrul bin Mohamad Daud, Exco Akademik Wakil PMUKM Fakulti Perubatan merangkap ketua mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun 2.


Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk di papan kenyataan PMUKM Fakulti Perubatan.



Carta organisasi kabinet PMUKM Fakulti Perubatan di Pusat Perubatan UKM.



Carta organisasi Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan di UKM Kampus Kuala Lumpur.

ISU : HALALKAH KELAB ASPIRASI?

MISI : Mendedahkan kepincangan dan ketidakadilan ASPIRASI


Khamis, 23 Julai - Pengumuman mengenai hari MPPK (Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab) telah pun dibuat oleh pihak JAKSA kolej (Jawatankuasa Kebajikan Siswa/siswi) Kolej Tun Syed Nasir.




Semua badan persatuan berdaftar yang telah disenaraikan bakal "berentap" untuk menarik perhatian adik-adik Tahun 1 bagi menjadi ahli kelab mereka. Cuma yang peliknya, "KELAB ASPIRASI" juga telah tersenarai sama. Bukan 1 atau 2 kali, malah telah bertahun-tahun lamanya.





Kelab Aspirasi turut "tersenarai' sebagai badan persatuan yang berdaftar secara SAH! tanpa tiada tindakan undang-undang dikenakan buat bertahun lamanya.








Apakah objektif kewujudan mereka? Bukankah telah termaktub dalam perlembagaan UKM bahawa diharamkan penubuhan parti atau mana-mana kumpulan untuk terang-terangan mencari ahli secara terbuka?



Persoalannya sekarang layakkah mereka, ASPIRASI ini dilabelkan "halal" sebagai sebuah badan persatuan berdaftar? Samakah status mereka dengan PMUKM? Layakkah mereka dilabelkan sebagai PMUKM sepenuhnya?



ASPIRASI = PMUKM?

Umum mengetahui bahawa PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM) turut dianggotai oleh MPP MAHASISWA yang memperoleh undian tertinggi dalam PRK yang lepas.




Organisasi PMUKM pula terbentuk daripada semua calon-calon yang menang dalam Pilihanraya Kampus. Dan calon-calon yang mendapat undi tertinggi sepatutnya lebih LAYAK untuk mengepalai badan PMUKM itu sendiri, selari dengan majoriti suara mahasiswa yang mahukan calon tersebut menjadi Presiden, Timbalan dan berikutnya, terutamanya bagi calon UMUM dan bukannya calon FAKULTI.




Justeru, apabila dianalisiskan carta organisasi PMUKM begitu banyak kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku. Cuma kuasa menjadikan "mereka" buta dengan ketidakpuasan mahasiswa.




Jika benar KEADILAN itu masih ada, sepatutnya dan seharusnya, suara dan undi mahasiswa itu menjadi keutamaan dan bukannya dicampur tangan oleh "tangan-tangan ghaib" yang mencaturkan urusan-urusan mahasiswa.









Buat adik-adik Tahun 1 yang masih "fresh", mereka disuruh mendaftar sebagai ahli Kelab Aspirasi semata-mata untuk memangkah calon ASPIRASI menjelang Pilihan Raya Kampus nanti. Agak kelakar dan kesian........


Ke "HALAL"an Kelab Aspirasi ini sebagai badan persatuan berdaftar yang SAH telah merosakkan dan mencatatkan sistem perlembagaan UKM yang sepatutnya didukungi oleh semua mahasiswa dan warga UKM.

Jumaat, Julai 24, 2009

PENGUMUMAN : DAFTAR SEGERA!






BENGKEL LATIHAN SOLAT KETIKA SAKIT
9 Ogos 2009
Ahad
8.30AM-6.00PM
Dewan Kuliah 1 & 2 Jabatan Kejururawatan, Tingkat 5, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja'afar Pusat Perubatan UKM
Anjuran:

Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan,
MPP Fakulti Perubatan

dengan kerjasama
Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK)




PENYERTAAN:

Yuran: RM2.00
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar fakulti perubatan
Terhad 30 penyertaan dari KCKL
Terhad 30 penyertaan dari PPUKM
Tarikh tutup penyertaan: 4 Ogos 2009



Format Penyertaan Melalaui SMS:

BEDAH(ruang)NAMA PENUH(ruang)TAHUN(ruang)NO MATRIK(ruang)NO TELEFON
Hantar kepada:


Nur Na'imah bte Amarudin (013-3268894)


Nabihah binti Mohd Abdul Shani Alhad (019-3357064)


"Ibadah Solat Menjana Kesihatan Rohaniah"






Objektif program :


1. memberi pengetahuan mengenai cara solat ketika sakit kepada individu yang berkecimpung dalam bidang perubatan agar dapat berkongsi bersama pesakit.

2. membincangkan masalah -masalah serta gejala yang wujud di kalangan pesakit dan langkah mengatasinya.

3. Mempraktikkan ilmu yang dipelajari kepada pesakit di hospital.








Tentatif program :



0800 : Ketibaan dan pendaftaran para peserta Dewan Kuliah


0830 : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan doa

Ucapan Pengarah Program Bengkel Dakwah Hospital

Ucapan Perasmian Bengkel Dakwah Hospital oleh Wakil PMUKM : WAN NURUDDIN SHAH WAN JOHAN

0900 : Minum Pagi Dewan Kuliah

0930 : Slot 1 - Permasalahan Umum Mengenai Solat Ketika Sakit
Oleh Dr Abdul Rashid bin Abdul Kader (PPUKM)

1030 : Slot 2 - Motivasi : Keperluan Spiritual Pesakit
Oleh : Ustaz Yusri Hafiz Bin Yusoff Dewan Kuliah

1130 : Slot 3 - Rukhsah Solat dan Cara Pengendaliannya I
Oleh : Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin

1330 : Makan Tengahari

Solat zuhur Dewan Kuliah

1420 : Sesi amali berkumpulan


1600 : Bersurai

GMUKM : Perutusan Mahasiswa Lantang Negara


sumber : http://gm-ukm.blogspot.com/

Tahniah Dan Selamat Datang!


Terlebih dahulu, GMLN ingin mengucapkan tahniah dan selamat dating kepada semua Mahasiswa Baru UKM, bagi sesi pengajian 2009/2010 ke bumi bertuah UKM ini. Anda merupakan generasi yang bakal menyambung perjuangan kami untuk memartabatkan kembali budaya keilmuan dan pembangunan Mahasiswa di menara gading ini.

Justeru, kita perlu menghayati setiap saat dan waktu yang berlalu sepanjang keberadaan kita di UKM ini, agar setidak-tidaknya kita tidak tergolong di kalangan mereka yang mensia-siakan peluang keemasan mencabar sambil belajar. Berawaslah supaya kita tidak terjebak ke kancah kemusnahan dan tergolong di dalam kelompok yang menghancurkan budaya keilmuan dan meranapkan impian murni falsafah penubuhan UKM.





Kesuraman Gerakan Mahasiswa


Suasana kampus pada ketika ini boleh dikatakan terlalu suram. Walaupun usaha menghidupkan keceriaan “Student Power” masih berlaku dan diteruskan, namun sambutan Mahasiswa secara keseluruhan terhadap aktiviti dan isu yang diperjuangkan masih hambar dan menakutkan. Keadaan ini melanda hampir kesemua universiti lebih-lebih lagi UKM.

Mahasiswa sepatutnya aktif berpencak di dalam dan di luar bilik kuliah. Sentiasa hidup dan subur dengan idea yang bernas, manifestasi kefahaman melalui tindakan yang bersepadu seterusnya bergerak menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Mahasiswa sepatutnya bertindak sebagai mesin yang menggerakkan masyarakat.

Namun, Mahasiswa bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah masyarakat, bahkan mereka sudah gagal untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Bagaimana ingin disandarkan harapan untuk membaikpulih masyarakat sekiranya pemikiran mereka sendiri turut teruk terjejas dek kerakusan pemerintah mencipta dasar yang karut serta merugikan bangsa, agama dan Negara.





Masalah Kebajikan Yang Tidak Pernah Selesai


Isu kebajikan Mahasiswa sebenarnya sudah sekian lama dibiarkan tanpa penyelesaian. Tiada sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk bangun menyelesaikan masalah kebajikan ini. Berpunca daripada sikap acuh tidak acuh Mahasiswa terhadap penindasan yang menimpa mereka, di tambah pula dengan sikap negatif sesetengah pentadbir kolej dan universiti juga kroni yang dilantik sebagai JAKSA dan PMUKM menyebabkan tiada Mahasiswa yang berani memperjuangkan hak masing-masing. Sebagai Mahasiswa, kita sebenarnya adalah pelanggan yang perlu ditunaikan haknya. Kita membayar duit yuran yang sangat mahal, maka sebagai balasan pihak bertanggungjawab perlu memberikan layanan yang sewajarnya dan cocok dengan nilai yang kita bayar.

Sebagai Mahasiswa, selepas memperolehi segulung ijazah, kita akan memasuki dunia yang penuh mencabar. Kitalah yang akan bertindak menggantikan kepimpinan Negara di pelbagai sektor dan peringkat pada masa depan. Justeru, keupayaan untuk memimpin perlu bermula dari sekarang. Langkah terawal ialah memimpin diri sendiri dan berjuang untuk mendapatkan apa yang sepatutnya kita punyai.





Keraguan Konkrit ke atas SPKG


Akibat daripada kelesuan Mahasiswa, pentadbir Universiti dilihat menggunakan peluang yang ada untuk mengenakan pelbagai dasar yang karut-marut. Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) misalnya, sangat diragui tujuan dan keberkesanan perlaksanaannya di UKM. Daripada 100 orang pelajar tahun 2 yang ditemui, hanya 30% yang berjaya mendapatkan keputusan SPKG masing-masing. 40% gagal membuat semakan kerana penilai mereka tidak memasukkan markah. Bakinya langsung tidak tahu-menahu mengenai keputusan SPKG masing-masing.

Keraguan yang dicetuskan oleh majority Persatuan Mahasiswa yang ada di UKM pula mempertikaikan aspek pemarkahan sistem ini apabila ianya terlalu berat kepada kolej yang diketahui umum dikuasai oleh Aspirasi-TSB. Keraguan terhadap penilaian ini ada asasnya apabila semakin ramai Mahasiswa yang cenderung untuk terikat dengan aktiviti di Kolej berbanding memilih secara bebas persatuan yang mereka sukai.

Pentadbiran Universiti bukan sahaja gagal memberikan penerangan yang jelas dan tuntas mengenai SPKG ini, malah mereka juga gagal memastikan SPKG ini dilaksanakan dengan baik tanpa menjejaskan nilai-nilai keintelektualan Mahasiswa. Ramai meramalkan, SPKG ini hanya akan merobotkan Mahasiswa serta memperlekehkan budaya mencabar di universiti.





Pentadbir yang Bersikap Popularis dan komersialis


Walaupun Mahasiswa bersalah kerana kelesuan mereka, namun pentadbir juga sebenarnya adalah penyumbang saham terbesar dalam usaha menghancurkan masa depan Mahasiswa di UKM ini. Hal ini terjadi apabila sesetengah pentadbir hanya memikirkan mengenai soal nama, untuk meraih sebanyak mungkin populariti. Mereka terlalu berkejar-kejar untuk mendapatkan nama, dengan alasan kononya ingin menjaga status. Tidak kurang ada yang menganggap profesion sebagai pentadbir ini ibarat industry untuk mengaut keuntungan. Apabila sikap materialistik ini meracuni jiwa dan minda mereka, natijahnya lahirlah peraturan dan sistem yang menjerut Mahasiswa.

GMLN yakin, majoriti kakitangan akademik yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah di UKM sebenarnya merasai kelesuan yang terdapat pada Mahasiswa semasa di dalam kuliah. GMLN turut yakin bahawa Bumi UKM ini sudah lama menagih bakti dan budi Mahasiswa untuk berpencak menyuburkan suasana keilmuan di UKM ini.





Bersatu Berubah!!!


Tiada guna kita terus menyesal dan mengeluh menangisi hari-hari lalu yang tidak akan kembali. Yang lepas kita jadikan pengajaran untuk menghadapi hari muka dengan kesungguhan. Bulat tak datang bergolek, pipih tak terbang melayang. Kita tidak perlukan omongan kosong, apalagi jeritan kalau sekadar dilepaskan di hati. Mahasiswa perlu bangkit menjernihkan kembali keadaan. Kita bertanggungjawab memastikan sinar harapan terus menyinar di UKM.

Hindarkan dari segala prejudis, hapuskan segala hasad dengki, dan hindarkan dari sebarang hipokrasi.



BERSATU UNTUK MENGUBAH DAN BERUBAH!!


Khamis, Julai 23, 2009

LAPORAN KEBAJIKAN 1 : KEMUDAHAN KAFETARIA



22 Julai, Rabu - Satu penyerahan surat aduan kemudahan kafetaria fakulti telah diserahkan oleh saudara Nabihah, Exco Kebajikan, Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan kepada wakil pengurus kafetaria, Encik Mohd Noor Hakimi Shamsudin.


Dengan kerjasama baik yang diberikan oleh pihak beliau, kami sepakat untuk lebih melanjutkan perbincangan mengenai semua aduan yang diberikan.



"Kami bersetuju untuk meningkatkan kebersihan di sini terutamanya pinggan, gelas dan lantai. Tentang cadangan untuk mengelakkan kesesakan apabila waktu tengahari, kami akan memikirkan sama ada sesuai untuk menambah kerusi dan meja di luar kafe."



"Untuk aduan yang selebihnya, saya akan berbincang dahulu dengan pekerja kami. Segala maklumat dan tindakan selanjutnya kami akan maklumi segera yang mungkin."


Perbincangan kami ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pihak pengurusan kafetaria merancang dan melaksanakan tindakan di atas aduan tersebut.

Ikuti perkembangan kami di dalam laporan berikutnya. Di sini turut disertakan dengan surat aduan kemudahan kafetaria sebagi rujukan bersama. Segala permasalahan boleh menghubungi saudari Nabihah di 019-3357064.


Sekian, terima kasih.

"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"



Dilaporkan oleh,


NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN.
Setiausaha,
Wakil PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.



....................................................................................................................................................................


Rujukan UKM : 3.31/pmukm/fper/kckl/01
Tarikh : 22 Julai 2009

Wakil Pengurus Kafeteria Fakulti,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.



Encik/puan,

ADUAN KEMUDAHAN DI KAFETERIA FAKULTI

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Wakil Fakulti Perubatan bagi Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menjalankan pungutan suara semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan Tahun 2.untuk aduan kemudahan kafeteria di fakulti.

Berikut adalah butiran aduan kebajikan mahasiswa/i:

1. Makanan yang agak sama setiap hari.
2. Makanan yang berkuah cair selalu. Jangan pentingkan keuntungan semata-mata.
3. Pekerja kafe tidak mesra, susah nak senyum. Amalkan sikap mesra pelanggan dan berikan khidmat yang terbaik.
4. Kadang-kadang makanan, pinggan dan sudu kurang bersih. Banyak pinggan yang kotor dan basuh tidak bersih
5. Sayur tidak dimasak dengan betul.
6. Makanan yang ditempah kena tunggu lama.
7. Harga makanan kadang-kadang agak mahal, tidak berpatutan dengan kemampuan pelajar.
8. Air kosong selalu lambat ditambah jika habis dan kadang-kadang rasa semacam. Kami geli ada pekerja top up air dengan gunakan baldi dan gayung. Sila pentingkan kebersihan. Lebih-lebih lagi kita di fakulti kesihatan
9. Sila gunakan kain yang benar-benar bersih untuk lap sudu.
10. Pinggan kotor dan basah. Ada sisa makanan.
*cadangan ; “tost”kan pinggan dan sudu selepas basuh, tidak perlu lap dengan kain yang belum tentu bersih.
11. Terdapat beberapa orang pekerja kafetaria tidak mengamalkan kebersihan, seperti menyentuh makanan dengan tangan dan membuat air limau dengan memerah limau tanpa membersihkan tangan dahulu.
12. Tidak ada sabun basuh tangan di singki dan ada singki yang kotor, tidak dibersihkan.
13. Meja tidak di lap dengan bersih
14. Tidak kemas meja dengan cepat apabila banyak pelajar hendak makan dan tidak cukup meja.
15. Ingin tahu sumber makanan yang digunakan, halal atau tidak.
16. Ingin tahu tukang masak adakah seorang muslim yang sentiasa menunaikan solat.
17. TV selalu ditutup.
18. Perlahankan suara TV ketika azan. Terutamanya ketika azan zohor
19. Jangan jadikan kafetaria sebagai tempat bermesra antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, walaupun bukan orang Islam.
*cadangan : pihak pengurus kafe sendiri menampal poster kesedaran sila jaga akhlak anda.




Dengan itu, kami menyambut sebarang kerjasama dari pihak saudara/i yang dapat mewujudkan hubungan sinergistik dan sudi berkerjasama dengan kami.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan saya, 013-3268894. Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.









Sekian, terima kasih.


”Ke Arah Fakulti Berintegriti”


Yang benar,




………………........................................
(NABIHAH BINTI MOHD ABDUL SHANI ALHAD)
Sekretariat,
Wakil Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites