Rabu, Julai 15, 2009

PENGUMUMAN : Kursus Pengurusan Kewangan

Kursus Pengurusan Kewangan: Borang Penyertaan Ahli Jawatankuasa





Borang Penyertaan sebagai ahli jawatankuasa bagi Kursus Pengurusan Kewangan telah dibuka.

Tarikh: 22 Ogos 2009
Tempat: PPUKM
Anjuran: Wakil Fakulti Perubatan, PMUKM
Anjuran Bersama: Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) KTDI
Tarikh Tutup Borang: 3 Julai 2009

Borang boleh didapati di Board PMUKM atau boleh dimuatturun di sini


"Ke Arah Fakulti Berintegriti"


Wan Nuruddin Wan Syah,
MPP Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selasa, Julai 14, 2009

KEBAJIKAN MENJADI KEUTAMAAN



8 Julai , Rabu - Sesi dialog antara MPP Fakulti Farmasi dan mahasiswa/i tahun pertama yang berlansung di BSH4 selama satu jam untuk membincangkan berkenaan kebajikan mahasiswa/i tahun 1 di kolej dan fakulti.

Pelbagai aduan dan cadangan telah dilaporkan melalui borang yang telah diedarkan.

Kebanyakkan aduan yang banyak diterima mengenai kemudahan bilik di kolej seperti pintu tidak boleh ditutup , almari rosak dan lampu rosak serta pelbagai lagi.

Sesi dialog berakhir dengan penerangan tentang laporan segala aduan kerosakan di pejabat KTSN.

MPP FARMASI BERSAMA ADIK TAHUN 1


6 Julai, Isnin - Sesi suai kenal antara pelajar tahun 1 dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi ( PMFF ) , PMUKM Fakulti Farmasi dan wakil setiap tahun ( class representative) telah diadakan di BSH 4 pada pukul 2 hingga 5 petang.


Sesi dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Prof. Madya Dr Jamia Azdina Jamal , timbalan dekan akademik dan siswazah. seterusnya sesi pengenalan PMFF serta penerangan tugas daripada MT dan setiap exco .

Sesi disambung dengan ucapan setiap wakil tahun kepada pelajar tahun 1. banyak amanat dan nasihat telah disampaikan daripada setiap wakil terutamanya wakil tahun 4.

Seterusnya persembahan media dilakukan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PMFF pada sesi lepas yang bertujuan pendedahan awal kepada adik-adik berkenaan program yang akan dijalankan untuk sesi akan datang.

Sesi diteruskan dengan pengenalan PMUKM fakulti farmasi berkenaan visi, misi dan organisasi persatuan . Sesi terakhir iaitu sesi pengenalan adik-adik kepada kami semua.

Menurut saudara Mohd Amin, beliau amat berpuas hati dengan program yang berjalan lancar dan beliau berharap agar adik-adik Tahun 1 serta semua Mahasiswa Fakulti Farmasi memperoleh input yang berguna dan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim.

"Misi telah pun tercapai dan ini adalah permulaan... insyaAllah , selepas ini akan diadakan lagi program yang akan mengeratkan hubungan antara junior dan senior seperti interaksi farmasi dan sebagainya.. ", ujarnya dengan gembira.


sumber : Blog MPP Fakulti Farmasi, Muhammad Hafizul Amin Khalid.

A WORD FROM MPP FPER




29th June, Dewan Gemilang, UKM Bangi -"welcome to all first year medical doctor and nursing undergraduates! ", said MPP Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Wan Syah.


"We would also like to welcome the 2nd year students who have started their academic year on the same date. It is a very rare occasion to meet our dean, so it was actually a treat hearing him





talk on the faculty's visions and purpose: to create excellent doctors and nurses and to make our medical faculty the best in the region.

"Our actions are only by our intentions." - hadith sahih


"So, early in this stage of beginning the faculty; try thinking about the doctor/nurse that you want to be!".

"Again, welcome to our medical faculty and enjoy your time being here!"



MPP FPER : BENGKEL SOLAT KETIKA SAKIT



Bengkel yang dianjurkan oleh saudara Wan Nuruddin Wan Syah, MPP Fakulti Perubatan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i dan yuran yang dikenakan sebanyak RM5.00 bagi 50 peserta pertama. Jika peserta melebihi 50 orang, perlu berdaftar dengan menggunakan borang yang diedarkan melalui agen-agen rasmi PMUKM Fakulti Perubatan.

Antara slot yang menarik iaitu slot "exploruksah" yang berbentuk explore race, dengan objektifnya untuk mendidik mahasiswa/i mengenai topik rukhsah dan beribadah di hospital bagi pesakit.

Bengkel ini akan diadakan dua kali,iaitu pada 23-24 Jun dan 11-12 Julai. Dijemput hadir.




"Bengkel solat ketika sakit" memberikan pendedahan kepada bakal-bakal doktor Muslim dalam mengaplikasikan konsep dakwah dalam kerjaya.



Penerangan oleh ustaz dengan kerjasama JAWI (Jabatan Agama Wilayah Persekutuan) sangat bermanfaat supaya mahasiswa/i tidak leka tugas sebagai seorang dai'e kepada mad'u nya.

Sumber : Blog MPP Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Wan Syah

PENGUMUMAN : KURSUS KAHWIN



Kursus Kahwin anjuran MPP Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Wan Syah akan diadakan pada 5-6 September 2009 bertempat di PPUKM (Pusat Perubatan UKM), Cheras. Sijil akan disediakan.
Bayaran bagi kursus masih belum ditetapkan, kami akan menghebahkannya tidak lama lagi. Iklan akan ditampal di board fakulti.







Borang Penyertaan bagi organisasi Kursus Kahwin telah dibuka dan boleh didapati di Board PMUKM, PPUKM atau muat turun borang di blog beliau.


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi beliau di - wanpointwan@yahoo.com atau 012-2909802.




Untuk pre-register sebagai peserta kursus kahwin bagi mahasiswa/i UKM Kampus Kuala Lumpur anda boleh menghubungi saudari Naimah dengan menggunakan Sistem SMS.

Berikut adalah cara-cara menggunakan Sistem SMS untuk pre-register:


(No.Matrik)(Nama Penuh)(Daftar Kursus)

"Ke Arah Fakulti Berintegriti"



  1. Menjaga kebajikan mahasiswa/i fakulti perubatan


  2. Merancang dan melaksanakan program - program di fakulti perubatan.


  3. Menyelaras dan bekerjasama dengan persatuan-persatuan di fakulti perubatan


  4. Menggalakkan penyertaan pelajar fakulti perubatan bagi menyertai aktiviti di peringkat kolej kediaman, fakulti, universiti dan kebangsaan.


  5. Menjadi penghubung antara mahasiswa/i fakulti perubatan dan pihak pentadbiran universiti.


  6. Menerima dan menjalankan arahan daripada pihak pengurusan universiti.


  7. Menjalin hubungan antara pihak luar dengan mahasiswa/i di fakulti perubatan.




Dalam merealisasikan motto “Ke Arah Fakulti Berintegriti” . Saya akan berusaha memperjuangkan suara mahasiswa/i dalam merealisasikan matlamat pentadbiran Fakulti Perubatan, melalui:


- Kerjasama dengan persatuan-persatuan sedia ada
- Menaiktarafkan komunikasi 2 hala antara mahasiswa/i dan pentadbiran
- Mewujudkan hubungan inter-universiti antara mahasiswa/i



Wan Nuruddin Wan Syah,
MPP Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jumaat, Julai 10, 2009

MARI KENALI GMUKM......




 SIAPA NI??

Merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan semua Mahasiswa UKM tanpa mengira bangsa dan agama. Gabungan Mahasiswa bukanlah sebuah pertubuhan yang bersifat "pertism" semata-mata dalam Pilihan raya Kampus seperti mana yang dianggap oleh warga UKM khususnya.










SIAPA LAGI DALAM GMUKM??

a. Membina Mahasiswa Peradaban Ummah (MAMPU)

b. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

c. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

d. Malaysia Democratic Student & Youth Movement (DEMA)

e. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/Mahasiswi (JKMI)

f. Persatuan-persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF)

g. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)



 SEJAK BILA WUJUD??

Gabungan Mahasiswa ditubuhkan pada tahun 2004



 APA DASAR-DASAR GMUKM??

1. Memperjuangkan falsafah UKM iaitu Ilmu, Iman dan Amal.

2. Memperjuangkan kebajikan semua mahasiswa dan masyarakat UKM

3. Berusaha memartabatkan kembali nilai keintelektualan dan keilmuan universiti.



KENAPA PERLU TUBUH??

Selama beberapa tahun, terlalu banyak isu yang timbul tetapi tidak diperjuangkan secara serius oleh pihak yang bertanggungjwab, khususnya isu yang melibatkan mahasiswa/i UKM. Oleh itu, mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk memperjuangkan isu-isu yang timbul, kerana suara-suara mahasiswa tidak akan didengari sekiranya tidak bersepadu dan bersatu.

Maka dengan itu, wujudlah Gabungan Mahasiswa yang dianggotai oleh golongan-golongan yang sedar akan kepentingan untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai mahasiswa. \\

Selain itu, penubuhan Gabungan Mahasiswa bertujuan untuk mewujudkan jaringan hubungan yang baik dengan seluruh warga UKM, tidak tertumpu  hanya kepada mahasiswa UKM. Dalam usaha menjaga keamanan dan keharmonian di bumi UKM, kerjasama secara bersepadu yang melibatkan pelbagai kaum dan pelbagai lapisan masyarakat perlu diwujudkan.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites