Ahad, April 14, 2013

[UPDATE] Laporan perbincangan bersama Pusat Teknologi Maklumat UKMKL



LAPORAN HASIL PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UKM KL

Tarikh: 12 April 2013

Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur

Isu mengenai perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah diambil tindakan berikutan daripada aduan seorang pelajar di Voice of UKM KL di Facebook. Pelajar tersebut mempersoalkan "mengapa Pusat Teknologi Maklumat tidak melayan beliau untuk perkhidmatan meng-install software untuk kegunaan pelajar".





MPP Nur Lailatul Fitri (MPP Perubatan) dan MPP Ahmad Khidhir (MPP Farmasi) telah pergi berjumpa dengan pegawai di Pejabat Pusat Teknologi Maklumat untuk mendapat kepastian mengenai isu ini. 

Hasil perbincangan mendapati kekeliruan mengenai perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat telah timbul .

Perkhidmatan  PTM hanyalah kepada staff dan kakitangan akademik termasuk pensyarah. Perkhidmatan ini merangkumi install software atau membetulkan komputer bagi tujuan yang berkaitan urusan kerja dan bukan urusan individu. Perkhidmatan yang disediakan oleh PTM boleh dirujuk di laman web PTM UKM http://www.ptm.ukm.my/



Perkhidmatan untuk pelajar hanyalah untuk menginstall software SPSS  tetapi mesti disertakan surat kebenaran daripada pensyarah. Perisian yang lain tidak disediakan kerana ianya memerlukan licence (Bendahari UKM hanya menyediakan kepada kakitangan). Namun, pelajar boleh meminta bantuan daripada staff di PTM di luar waktu pejabat  jika hal yang berkaitan individu seperti membaiki laptop tetapi di atas budi bicara staff tersebut. 



Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP laila, MPP Hazrin dan MPP Khidir bersedia untuk membantu pelajar. 


“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”

[UPDATE] KAFETARIA FAKULTI UKM KL.


LAPORAN HASIL PERBINCANGAN BERSAMA PENGUSAHA KAFETARIA FAKULTI UKM KL

Tarikh: 5 April 2013

Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur

Satu perjumpaan  telah diadakan antara MPP Nur Lailatul Fitri (MPP Fakulti Perubatan) dan MPP Ahmad Khidir (MPP Farmasi) bersama  pengusaha kafetaria fakulti UKM KL untuk membincangkan lagi tentang aduan-aduan yang telah diterima oleh MPP dan juga hasil survey kafetaria secara online yang telah dijalankan baru-baru ini. 

Hasil survey yang telah dijalankan, kami mendapati masalah yang paling ketara adalah harga makanan yang terlalu mahal, tidak berpatutan, dan tidak tetap. Jawapan yang kami terima daripada pengusaha kafe tersebut adalah sama, iaitu harga makanan yg ditetapkan sebegitu kerana harga bahan mentah telah meningkat. Kuantiti makanan yang diambil juga menjadi salah satu kayu ukur terhadap harga makanan yang telah diberikan. Solusi bagi masalah ini adalah pengusaha kafe akan memaparkan harga makanan di tempat yang mudah dilihat oleh semua mahasiswa/i dalam masa terdekat. Para pengunjung kafetaria boleh merujuk harga makanan di situ dan jika masih tidak berpuas hati dengan harga yang diberikan, pelajar boleh mendapatkan penjelasan sendiri di kaunter.

Selain itu, masalah tahap kebersihan kafetaria  yang sangat tidak memuaskan juga telah diajukan. Pihak kafe akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kebersihan kafe bertambah baik. Pihak kafe juga telah mengadukan kepada kami mengenai sikap sesetengah mahasiswa/i dan pengunjung kafetaria yang lain yang tidak menghantar pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam tong yang disediakan. Hal ini merupakan salah satu faktor burung yang banyak masuk ke kafe untuk makan makanan yang ditinggalkan di atas meja. Jadi, sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya dapat menikmati keselesaan bersama.

Masalah sikap cashier yang tidak mesra dan memberikan harga makanan yang tidak sama juga telah kami adukan dan pihak pengurusan kafe akan menegur dan cuba untuk  mengatasi masalah berikut.
Cadangan untuk menyediakan sudu dan garfu besi juga telah kami ajukan. Pihak kafe telah menyediakan sudu dan garfu besi pada awal perkhidmatannya di kafetaria fakulti UKMKL. Tetapi sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung kafe dan beberapa pihak lain telah menyebabkan terlalu banyak sudu dan garfu yang hilang. Atas sebab itulah sudu dan garfu plastik telah digunakan sehingga sekarang.



Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP laila, MPP Hazrin dan MPP Khidir bersedia untuk membantu pelajar. 


“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites