Selasa, Disember 06, 2011

FIESTA SINERGI INTELEK


Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KTSN sekalian. Dalam keadaan bahang peperiksaan akhir semester semakin terasa..kolej kita masih meriah dengan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pelbagai kelab dan persatuan yang berada di kolej kita. Pihak GMUKM ingin meluahkan rasa kagum serta ucapan tahniah kepada organisasi Fiesta Sinergi Intelek yang bertungkus- lumus memastikan setiap program yang dianjurkan berjalan dengan lancar.

Namun dalam kerja gigih organisasi FSI dalam mengendalikan program pasti ada jua masalah yang timbul. Inilah yang dikatakan belajar daripada pengalaman atau kesilapan masa lalu untuk kita melakukan yang tebaik pada masa hadapan. Semoga usaha keras kalian mendapat ganjaran disisi Allah. Apa yang kita harapkan adalah mahasiswa mahupun mahasiswi KTSN mendapat manfaat yang besar, ilmu mahupun pengalaman baru melalui program-program FSI ini.

Sebagai seorang mahasiswa, tugas kita bukan sekadar belajar, belajar dan belajar. Tetapi adalah penting untuk kita menambah kemahiran dalam diri kita serta pengalaman baru yang akan menjadikan kita graduan yang berkualiti pada masa hadapan, yang akan turun ke dalam masyarakat untuk berkhidmat. Disebabkan inilah, Bonda Pengetua kita serta felo-felo, mahupun pihak pentadbiran kole begitu bersungguh-sungguh memberi sokongan, komen membina serta pertolongan dalam menjayakan Fiesta Sinergi Intelek 2011.

Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA WARGA KTSN^_^"

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites