Isnin, November 21, 2011

'Student Power' macam 'ultraman' ke?

Apa itu 'student power'?


Adakah manusia yang bergelar student itu ada 'power'? Mungkin seperti 'superman' atau 'ultraman'?


Jawapannya mestilah TIDAK.





'Student power' ini merujuk kepada kuasa seorang mahasiswa. Apakah kuasa seorang mahasiswa?
Ya, mahasiswa adalah antara golongan terpelajar, muda, bersemangat waja, proaktif dalam kalangan masyarakat. Kiranya mahasiswa adalah duta dalam masyarakat. Duta dalam menyampaikan apa keperluan masyarakat serta menyuarakan apa jua masalah yang dihadapi masyarakat disamping turun ke dalam masyarakat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Ya, itulah sebenarnya definisi mahasiswa menurut hukum serta fitrah alam. Bukanlah mahasiswa namanya andai hanya berkurung di bilik membaca buku tanpa mengambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat kini serta isu- isu yang berlaku di dalam negara.


Mungkin sememangnya telah menjadi hukum alam, jiwa anak-anak muda dimana-mana tempat di dunia bersifat memberontak. melawan untuk mencari yang terbaik. melawan walaupun ditekan. Oleh itu wujudnya pelbagai gerakan dan pertubuhan mahupun NGO untuk menyampaikan suara mahasiswa yang menjadi duta kepada masyarakat. Gerakan mahasiswa ini bukan ditubuhkan atas arahan atau cadangan pihak-pihak tertentu. Tetapi gerakan ini muncul dengan kesedaran mahasiswa itu sendiri, betapa perlunya mereka bersuara dan mempunyai prinsip serta pendirian sendiri berkenaan isu-isu yang ada dalam negara kita, dan tidak hanya mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu semata-mata.


Gerakan Mahasiswa bukan sekali-kali gerakan pemberontak, pembangkang. TIDAK  sekali-kali. Gerakan ini adalah gerakan yang akan menyokong sepenuh jiwa terhadap usaha-usaha kerajaan mahupun pembangkang yang dilihat bermanfaat untuk masyarakat, agama dan negara. Gerakan ini jugalah yang akan bersuara andai ada usul-usul oleh kerajaan mahupun pembangkang yang dilihat akan memudaratkan kesejahteraan masyarakat, agama dan negara.


Namun masih ada suara- suara sumbang yang meremehkan gerakan mahasiswa. Mahasiswa diingatkan supaya tidak memandai-mandai kerana mahasiswa hanyalah 'budak-budak' yang baru mengenal dunia. Satu persoalan pasti timbul bagi mereka yang rasional pemikirannya. Mengapa negara yang kaya dengan mahasiswa prihatin dan berjiwa besar, ikhlas memperjuangkan ideologi yang mereka yakin mampu memberi nafas baru kepada negara dihalang dan dikekang sekeras kerasnya?


Jawapannya mudah kerana kebangkitan mahasiswa mampu mengegarkan dunia, mampu menghentam kezaliman dan penindasan yang berlaku dalam sesebuah negara. Maka kerana itulah gerakan dan kebangkitan mahasiswa seboleh-bolehnya dicantas mati..tapi yakinlah kerana semangat anak muda bukan begitu mudah luntur!


Ayuh mahasiswa kita turun ke medan. Kita bukan turun untuk membangkang atau menggulingkan penguasa yang sah, tetapi kita turun sebagai kuasa ketiga yang memberi alternatif. Kita menyokong dengan prinsip, kita mengkritik untuk menegur.


Sumber: Diedit daripada tulisan Syed Azman.


Jom lawati blog-blog Gerakan Mahasiswa seluru negara. Ayuh kita bagi sokongan!
PKPIM
DEMA
SUARAM
PMRAM
GAMIS
SMM
KARISMA




0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites