Selasa, April 12, 2011

PERUTUSAN DARI MPM FAKULTI PRUBATAN 1/2


                                     

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi penyayang

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi nikmat untuk hidup dan kesenangan di bumi KTSN ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Disini, saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada mahasiswa/I fakulti perubatan khususnya dan semua warga UKM amnya, diatas bantuan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mewakili suara anda di dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(MPMUKM) bagi sesi 2010/2011.


Sahabat-sahabat sekalian,
Kemenangan yang diperolehi bukanlah sesuatu perkara untuk dibanggakan. ini kerana , disebalik kemenangan pada tempoh hari  ada sesuatu perkara yang besar dan berat untuk dipikul iaitu AMANAH, sesuatu yang boleh membantu kita ke syurga atau mengheret kita ke neraka. InsyaALLAH, dengan kudrat dan amanah saya sebagai pemimpin yang mewakili anda semua, saya akan berusaha memenuhi janji-janji saya pada anda semua.
Kearah Fakulti Cemerlang   merupakan manifesto yang saya bentangkan pada tempoh hari. Manifesto ini akan saya bawa dan pegang sebagai peringatan dan pengukur kepada diri saya  dalam menjalankan tugas sebagai suara anda di dalam PMUKM. Saya amat mengalu-alukan sebarang teguran, komen dan cadangan dari rakan mahasiswa sekalian dalam merealisasikan “Kearah Fakulti Cemerlang”. Marilah kita sama-sama doakan dan berusaha untuk menjadikan fakulti perubatan terus gemilang dan terkehadapan dalam menghasilkan graduan-graduan fakulti perubatan yang cemerlang dalam setiap aspek kehidupan.

Mahasiswa/I sekalian,
Saya amat mengharapkan kerjasama dan bantuan anda semua dalam membantu saya menggalas tanggungjawab saya sebagai salah seorang anggota PMUKM, agar selain fakulti kita, kita juga dapat memartabatkan universiti ke peringkat yang lebih tinggi dari segi keintelektualan mahupun sahsiah mahasiswa demi universiti yang kita cintai ini. Saya menyeru rakan-rakan agar menggunakan segala peluang yang ada untuk meningkatkan kualiti diri bukan hanya dalam bidang akademik  malah dalam setiap aspek kehidupan dengan harapan , ini menjadi nilai tambah bagi kita dalam menghadapi persaingan di alam kerjaya selepas ini.
Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi rakan-rakan mahasiswa/I, lakukanlah yang terbaik.
Sekian terima kasih.





“Kearah Fakulti Cemerlang”
“Bersama Mahasiswa Merealisasikan Varsiti”



KAMARUL HATEM BIN MUHAMMAD
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI PERUBATAN 2010/2011
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites