Sabtu, Oktober 12, 2013

Kenapa HEP tidak layak kendali pilihan raya kampus?

Bismillah.

Anda tentu boleh faham mengapa proses dan perjalanan pilihan raya di negara ini sukar sangat dijalankan secara adil, telus dan bebas, 'kan?  Elit pemerintah, apatah yang sudah begitu lama "berkuku", terutama yang bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, malah menerajui takhta secara zalim dan menindas, tentu akan berusaha sedaya mungkin mempertahankan singgahsana dengan apa kaedah jua

Selasa, Oktober 08, 2013

Perutusan MPP Khidir

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan berada dalam keadaan sihat selalu, ribuan terima kasih kepada pihak Dekan Fakulti, Timbalan Dekan, Pensyarah, Staff akademik, dan juga seuruh warga pejabat pentadbiran Fakulti Farmasi atas menerima saya sebagai perantara dan juga anak angkat di dalam Fakulti Farmasi.

Ahad, April 14, 2013

[UPDATE] Laporan perbincangan bersama Pusat Teknologi Maklumat UKMKL



LAPORAN HASIL PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UKM KL

Tarikh: 12 April 2013

Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur

Isu mengenai perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah diambil tindakan berikutan daripada aduan seorang pelajar di Voice of UKM KL di Facebook. Pelajar tersebut mempersoalkan "mengapa Pusat Teknologi Maklumat tidak melayan beliau untuk perkhidmatan meng-install software untuk kegunaan pelajar".





MPP Nur Lailatul Fitri (MPP Perubatan) dan MPP Ahmad Khidhir (MPP Farmasi) telah pergi berjumpa dengan pegawai di Pejabat Pusat Teknologi Maklumat untuk mendapat kepastian mengenai isu ini. 

Hasil perbincangan mendapati kekeliruan mengenai perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat telah timbul .

Perkhidmatan  PTM hanyalah kepada staff dan kakitangan akademik termasuk pensyarah. Perkhidmatan ini merangkumi install software atau membetulkan komputer bagi tujuan yang berkaitan urusan kerja dan bukan urusan individu. Perkhidmatan yang disediakan oleh PTM boleh dirujuk di laman web PTM UKM http://www.ptm.ukm.my/



Perkhidmatan untuk pelajar hanyalah untuk menginstall software SPSS  tetapi mesti disertakan surat kebenaran daripada pensyarah. Perisian yang lain tidak disediakan kerana ianya memerlukan licence (Bendahari UKM hanya menyediakan kepada kakitangan). Namun, pelajar boleh meminta bantuan daripada staff di PTM di luar waktu pejabat  jika hal yang berkaitan individu seperti membaiki laptop tetapi di atas budi bicara staff tersebut. 



Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP laila, MPP Hazrin dan MPP Khidir bersedia untuk membantu pelajar. 


“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”

[UPDATE] KAFETARIA FAKULTI UKM KL.


LAPORAN HASIL PERBINCANGAN BERSAMA PENGUSAHA KAFETARIA FAKULTI UKM KL

Tarikh: 5 April 2013

Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur

Satu perjumpaan  telah diadakan antara MPP Nur Lailatul Fitri (MPP Fakulti Perubatan) dan MPP Ahmad Khidir (MPP Farmasi) bersama  pengusaha kafetaria fakulti UKM KL untuk membincangkan lagi tentang aduan-aduan yang telah diterima oleh MPP dan juga hasil survey kafetaria secara online yang telah dijalankan baru-baru ini. 

Hasil survey yang telah dijalankan, kami mendapati masalah yang paling ketara adalah harga makanan yang terlalu mahal, tidak berpatutan, dan tidak tetap. Jawapan yang kami terima daripada pengusaha kafe tersebut adalah sama, iaitu harga makanan yg ditetapkan sebegitu kerana harga bahan mentah telah meningkat. Kuantiti makanan yang diambil juga menjadi salah satu kayu ukur terhadap harga makanan yang telah diberikan. Solusi bagi masalah ini adalah pengusaha kafe akan memaparkan harga makanan di tempat yang mudah dilihat oleh semua mahasiswa/i dalam masa terdekat. Para pengunjung kafetaria boleh merujuk harga makanan di situ dan jika masih tidak berpuas hati dengan harga yang diberikan, pelajar boleh mendapatkan penjelasan sendiri di kaunter.

Selain itu, masalah tahap kebersihan kafetaria  yang sangat tidak memuaskan juga telah diajukan. Pihak kafe akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kebersihan kafe bertambah baik. Pihak kafe juga telah mengadukan kepada kami mengenai sikap sesetengah mahasiswa/i dan pengunjung kafetaria yang lain yang tidak menghantar pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam tong yang disediakan. Hal ini merupakan salah satu faktor burung yang banyak masuk ke kafe untuk makan makanan yang ditinggalkan di atas meja. Jadi, sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya dapat menikmati keselesaan bersama.

Masalah sikap cashier yang tidak mesra dan memberikan harga makanan yang tidak sama juga telah kami adukan dan pihak pengurusan kafe akan menegur dan cuba untuk  mengatasi masalah berikut.
Cadangan untuk menyediakan sudu dan garfu besi juga telah kami ajukan. Pihak kafe telah menyediakan sudu dan garfu besi pada awal perkhidmatannya di kafetaria fakulti UKMKL. Tetapi sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung kafe dan beberapa pihak lain telah menyebabkan terlalu banyak sudu dan garfu yang hilang. Atas sebab itulah sudu dan garfu plastik telah digunakan sehingga sekarang.



Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP laila, MPP Hazrin dan MPP Khidir bersedia untuk membantu pelajar. 


“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”

Khamis, Januari 24, 2013

Laporan Perjumpaan bersama En Roslan dari Unit UKP


23 Jan 2013, MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP Laila telah bersama dengan En Roslan dari Unit kebajikan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kak wan juga turut hadir dalam mesyuarat yang hampir 2 jam tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai isu berkaitan kebajikan yang telah kami bangkitkan demi menjaga kebajikan mahasiswa terutama mahasiswa di kampus Kuala Lumpur.  antara isu yang telah dibangkitkan adalah:

1.      Isu pihak JPPel di kampus Kuala Lumpur
·         Kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran kerana kak wan dari JPPel hanya ada setiap hari rabu setiap minggu. Jadi kami usulkan dan bersetuju supaya pihak JPPel akan hadir 2 hari dalam seminggu bagi setiap minggu, iaitu hari selasa dan khamis.
·         Kami bertiga juga telah usulkan supaya wakil dari pihak unit pembangunan insaniah turut hadir setiap minggu dalam membantu dalam urusan program pelajar.
·         MPP Laila juga mencadangkan supaya pihak JPPel diadakan di PPUKM yang sebelum ini tiada. Pihak UKP bersetuju untuk menghantar wakil di sana setiap minggu pada hari yang akan diberitahu kemudian

2.      Isu Klinik
·         MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP Laila telah menerima beberapa aduan berkaitan perkhidmatan klinik panel (Klinik Reddy) yang agak kritikal. Sudahlah jauh, perkhidmatannya pula kurang baik, jadi kami mengusulkan untuk perkhidmatan klinik panel tersebut disemak semula dan mungkin ditukar.

3.      Isu Bajet program
·         Seperti yang kita tahu, kertas kerja program bagi sem 2 sesi 2012/2013 perlu  dihantar sebelum 21 januari 2013. Mulai tahun ini, pihak JPPel hanya memberikan bajet kepada program yang memberi impak yang besar pada pelajar UKM. “Dana bagi program terpaksa di hadkan kerana bajet kepada Universiti untuk aktiviti pelajar telah di hadkan”’ kata en Roslan. Kita juga tidak terlepas dengan isu politik Negara kini yang university awam juga turut terkena tempiasnya.

4.      Isu kewangan pelajar tajaan
·         Pelajar tajaan JPA diingatkan supaya mencapai PNG 2.50 dan keatas. Hal ini kerana, pelajar yang di bawah PNG 2.50 akan ditahan pembayaran duit tajaan sehingga pelajar mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JPA. Ia berkuatkuasa mulai sem depan iaitu semasa pembayaran tajaan sem 1 sesi 2013/2014.
·         Pelajar yang mengalami kemalangan, kamatian keluarga, dan kehilangan barang. Anda boleh memohon sumbangan dari unit kebajikan pelajar. Pelajar boleh terus merujuk terus kepada kak wan atau MPP kampus Kuala Lumpur.
·         En roslan telah menegaskan bahawa apabila pembayaran JPA atau PTPTN berlaku kelewatan. Pelajar boleh memohon duit pendahuluan dari pihak UKP bagi pembelanjaan sementara dan ia perlu dibayar semula.

Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP laila bersedia untuk membantu pelajar. Selamat bercuti kepada mahasiswa UKM.


“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”

Isnin, Disember 31, 2012

SELAMAT MENGAHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2012/2013

EDARAN KISMIS SEMPENA PEPERIKSAAN OLEH MPP LAILA, MPP HAZRIN DAN MPP KHIDIR 

Pada 31 Disember 2012 iaitu pada hari Isnin, sekitar 12.00 tengah hari, ketiga-tiga mpp kita iaitu mpp Laila (dari Fakulti Perubatan tahun 2), mpp Hazrin (Fakulti Sains Kesihatan tahun 2) dan mpp Khidir (Fakulti Farmasi tahun 2) telah sama-sama mengedar kismis kepada mahasiswa-mahasiswi UKM KL.

Bertempat di kafe Kolej Tun Syed Nasir, mereka bersama penyokong Gabungan Mahasiswa ukmkl telah  memberikan kismis dan mengambil kesempatan tersebut untuk beramah mesra bersama mahasiswa-mahasiswi yang berada di kafe.

Edaran kismis kepada mahasiswa/i ini adalah bersempena peperiksaan akhir semester satu dan sebagai h salah satu agenda kebajikan yang dibawa oleh MPP Gabungan Mahasiswa kampus Kuala Lumpur.

MPP Khidir

MPP Hazrin

MPP Laila
Lain-lain gambar di Facebook Gabungan Mahasiswa UKMKL.





Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Selasa, Disember 04, 2012

Laporan berkenaan isu bas di UKM kampus KL


Tarikh: 22 November 2012
Hari: Isnin

Satu perbincangan telah diadakan antara PMUKM bersama wakil pegawai daripada Pengurusan Kampus  Kuala Lumpur (En. Raduan) berkenaan masalah bas yang timbul, terutamanya berkenaan pengangkutan pelajar iaitu:
- dari kolej ke fakulti pada waktu pagi 
- dari fakulti ke PPUKM

Resolusi:

1)Isu kelambatan bas daripada kolej ke fakulti pada waktu pagi

-Isu yang timbul ini sangat ketara apabila ada beberapa fakulti yang mempunyai pelajar yang ramai yang mengadakan kelas pada waktu pagi secara serentak dengan pelajar fakulti lain. Jadi, selain bas Eltabina, bas UKM juga akan sentiasa bersedia untuk bergerak jika diperlukan.

- Jadual kelas untuk Fakulti yang ramai ahlinya telah diserahkan sebagai rujukan mengenai tarikh dan masa yang memerlukan bilangan bas yang banyak untuk mengangkut pelajar.

2)Isu kelewatan bas daripada fakulti ke PPUKM

-Isu ini timbulsetelah bas yang pertama bergerak pada pukul 1.15 tgh hari dan bas yang kedua pula pada pukul 1.30 tngahari. Bukan sahaja sampai lambat di PPUKM, malahan kebiasaannya, pelajar akan masuk lewat ke kelas yang bermula pada pukul 2 petang. Jadi, setelah perbincangan dibuat, bas yang pertama akan bergerak pada pukul 1.00 tengah hari. Jika bas tersebut telah penuh, bas akan terus bergerak dan bas yang kedua akan dibuka tanpa menunggu pukul 1.15 tnghari.

- Kami juga telah diberikan nombor telefon untuk mengadu jika masalah ini terjadi lagi.

Jadi, jika ada masalah berkenaan bas lagi, jangan teragak-agak untuk maklumkan kepada saya, MPP Nur Lailatul Fitri Binti Othman (013-5823742). Aduan akan terus dibuat.

Terima kasih kepada En Raduan atas kerjasama yang diberikan kepada pihak PMUKM.


Autonomi mahasiswa merialisasikan falsafah varsiti’


Laporan disediakan oleh:
MPP Nur Lailatul Fitri Binti Othman
PMUKM sesi 2012/2013








Isnin, November 12, 2012

Selamat bercuti dan Selamat menyambut Hari Deepavali


Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites