Khamis, Disember 30, 2010

Himpunan 1111 : 300 mahasiswa daripada UKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyasarkan akan dapat menghantar seramai 250 - 300 orang mahasiswa-mahasiswa UKM dari kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur ke program Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia 1.1.11 pada hari Sabtu ini.

Jurucakap GMUKM yang juga Pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, saudara Fadhlan bin Sugiman berkata, "Setakat kini (daripada) maklumat yang kita peroleh daripada 'front-front' sama ada di Bangi, Cheras dan KL (Kuala Lumpur) mendapat respon yang positif.

" Mobilasi ahli-ahli daripada GMLN, AKSIS, MAMPU, KAMI dan di segenap lain-lain kawasan telah memberikan jaminan bahawa kita mampu mengumpul dan menghantar seramai kira-kira 250 hingga 300 mahasiswa. Itu tidak termasuk mahasiswa-mahasiswa yang tidak respon dan berdaftar dengan kita lagi. Tetapi jika masih ada mana-mana mahasiswa yang ingin menyertai himpunan ini juga masih dapat mendaftar dengan kami melalui Facebook.

" Kita percaya dengan semangat azam tahun baru di dekad baru ini; 2011 ini akan menyuntik dan memberi sedikit sebanyak semangat yang baru yang sinergi dan mantap. Kita percaya, sebagai salah sebuah universiti yang agak senior, jumlah seramai 250 atau 300 bukan sekadar itu sahaja, tetapi akan bertambah dalam sedikit masa lagi, " tambah beliau lagi.


Dalam pada itu, pengarah program himpunan ini, saudara Mohd Ezuan Saad, himpunan yang bakal disertai lebih daripada 50 buah institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta itu dan diharap akan dapat membawa mahasiswa turun ke lapangan masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.

"Himpunan ini diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa di seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih dinamik pada tahun baru 2011.

(Di peringkat) kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang dominan di dalam masyarakat serta politik dalam negara kita," ujar beliau lagi.

Sementara itu pula menurut jurucakap GAMIS, saudara Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam tersebut bermula seawal pukul 8.30 pagi itu bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Program ini juga antara lain telah menggariskan beberapa buah objektif yang ingin dicapai seperti;
i. Menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme
ii. Merangka deklarasi Mahasiswa Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011
iii. Memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia
iv. Memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara.

Menurut saudara Ahmad Shukri lagi, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, Pidato Mahasiswa 'berantai' dan pengisytiharanDeklarasi Mahasiswa 1.1.11

Pelajar Tahun 1 : Taklimat Ko-Kurikulum UKM



Semua Pelajar Tahun I Sesi pengambilan 2010-2011 akan didaftarkan secara automatik bagi kod baru iaitu HHHC9118 – Kokurikulum, taklimat berkaitan pelaksanaan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran ini akan diadakan seperti maklumat berikut :


Kampus KL & Cheras 
Tarikh: 7 Januari 2011 
Masa: 8.00 malam 
Tempat: Dewan Serbaguna, KTSN




Rabu, Disember 29, 2010

~AYUH SEMARAKKAN GELOMBANG UNGU~

Ayuh kita semarakkan gelombang ungu dengan berpakaian ungu setiap hari Rabu di sekitar kolej dan fakulti! 
Sebagai tanda sokongan anda kepada GMUKM!

~Mahasiswa memimpin perubahan~




TAHNIAH BUAT PASUKAN MALAYSIA!!

GMUKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah memenangi Piala Suzuki AFF buat julung kalinya walaupun telah tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

Dengan keputusan itu telah menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Sudah tentu, seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi atas pasukan Malaysia.Betul tak? Akhirnya mereka tidak mengecewakan kita dengan membawa kemenangan tersebut.Maju Sukan untuk Negara!

Bola, bola jugak..Tapi solat janganlah diabaikan dan jangan sampai lalai ye..




Penjelasan isu JPA, PTPTN, dan Yuran

Bagi menjawab kekeliruan mengenai isu JPA, PTPTN dan yuran, berikut penjelasan daripada MPP Nur Ili Mohamad Tarmizi.

Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera

Dalam masa 2 minggu pembukaan semester baru ini, terdapat pelbagai isu yang timbul dan fokusnya tentu sekali tidak akan lari daripada masalah KEWANGAN : isu JPA,PTPTN dan yuran. Kami di pihak MPP berusaha mendapatkan penjelasan dan juga seharusnya ingin membantu mengatasi masalah yang anda hadapi. Sila teliti penjelasan berikut:

JPA: Berdasarkan panggilan yang dilakukan kepada Bahagian Kewangan Pelajar (BKP), pihak JPA telah melakukan pembayaran untuk pelajar tahun satu dan pembayaran bagi pelajar-pelajar lain akan berlaku agak lewat berikutan masalah di pihak JPA sendiri.

Sumber dari MPP di UKM Bangi: Pegawai Bendahari UKM menyatakan bahawa pihak JPA telah melakukan proses pembayaran biasiswa secara berperingkat dengan menyelesaikan bayaran kepada semua pelajar-pelajar tahun 1 & 2 dahulu, dan akan disusuli bayaran kepada pelajar-pelajar tajaan biasiswa tahun 3 dan 4 secara berperingkat.

Buat mahasiswa tahun akhir yang sedang berhempas-pulas dengan tesis dan bagi mereka yang berada di kolej semasa cuti semester terutamanya, diharapkan anda semua dapat betul-betul bersabar. Dugaan sebegini sememangnya menguji daya rintangan kita terhadap masalah yang lebih besar di masa akan datang. Kuatkan semangat 'survival'!


PTPTN : Rata-rata pemerhatian yang saya lakukan, pelajar yang menerima PTPTN telah pun menerima transaksi pembayaran. Bagi mereka yang masih belum menerima sebarang transaksi dari pihak PTPTN, sila berikan no matrik anda kepada saya untuk dirujuk kepada Bahagian Kewangan Pelajar (BKP) UKM. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berhubung masalah PTPTN anda sendiri kepada BKP di talian 03-89213113 atau 03-89213180.


Yuran: Pelbagai masalah yuran yang dialami pelajar merangkumi masalah yuran pengajian dan yuran penginapan kolej. Sekiranya masalah yang dialami oleh pelajar adalah kes yang sama, saya boleh merujuk hal ini kepada pihak yang berkenaan secara serentak. Namun, disebabkan masalah yang diterima dari pelajar adalah pelbagai, saya mengesyorkan anda merujuk terus kepada pihak yang berkenaan.
  • Masalah yuran pengajian: Pihak BAKA menyarankan anda merujuk masalah ini ke Bahagian Kewangan Pelajar (BKP) di talian 03-89213113 atau 03-89213180. Beri penjelasan tentang kes anda seperti berapa yuran yang sepatutnya dibayar, berapa bayaran jam per unit bagi kursus anda dan sebagainya.
  • Masalah yuran kolej: Isu ini perlu dirujuk ke pihak pengurusan kolej. Beri penjelasan tentang kes anda di kaunter pejabat kolej. Sebagai contoh, anda menginap di luar semester hanya untuk seminggu, namun anda dicaj untuk bayaran sebulan..beri penjelasan tentang tarikh menginap luar semester yang telah anda isi di dalam borang dan pada tarikh bila anda memulangkan kunci.

Secara jujurnya, pihak kami ingin membantu anda secara individu,case-by-case terutamanya dalam isu yuran,namun disebabkan terlalu banyak kes yang berbeza dan setiap kes memerlukan penjelasan yang berlainan,saya menyarankan anda merujuk sendiri kepada pihak-pihak seperti di atas bagi mempercepatkan proses penyelesaian.

Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penjelasan di atas dan atas sebarang kekurangan dalam membantu anda mengendalikan isu-isu ini. Semoga kita dapat sama-sama bertindak bagi mengatasi isu-isu ini bersama. Bagi mereka yang mahu berhubung dengan pihak pengurusan kewangan dan pengurusan kolej,pastikan anda berkomunikasi dan berhubung dengan mereka secara berhemah. Sekiranya mendapat respons yang kurang memberangsangkan,mengertilah bahawa mereka hanya insan biasa yang perlu melayani pertanyaan dan aduan dari ramai lagi orang seperti kita. Maka,bertindaklah dengan rasional.

Semoga anda semua memperoleh manfaat dan informasi dari post ini. Jika terdapat sebarang persoalan lagi, bolehlah adukan ke nurilimt@gmail.com atau ilipmukm@gmail.com. Sekian.


Melahirkan Mahasiswa Cakna!

http://www.ilimppfskb.blogspot.com/


http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/nur-ili-mohamad-tarmizi/penjelasan-isu-jpaptptn-dan-yuran/476689557095

XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011

Ayuh, sama-sama kita meriahkan XPDC Dakwah Tahun Baru 2011!! Bersama mendekati orang ramai pada malam itu.Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan sudah semestinya pengalaman yang ingin ditimba!




Tarikh : 31 Disember 2010

Masa : 6.30 pm

Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC

Aktiviti

6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC

7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah

9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)

11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat

di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)

12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC

1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC

4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL

6.00 am : Solat subuh berjemaah

6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)


Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)

                   Syahirah (013-3932657)



Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC

Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya



SEMUA MAHASISWA SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR!!!!

Isnin, Disember 27, 2010

MAKLUMAN BERKENAAN BIASISWA JPA SEM II

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keluhan pelajar-pelajar UKM telah sampai ke telinga pihak media GMUKM mengenai "biasiswa JPA lambat masuk" ke dalam akaun pelajar.Pada mulanya,ada khabar angin yang mengatakan bahawa pembayaran akan dibuat antara 23-25 Disember.Namun, kekecewaan pula yang menyelubungi mahasiswa.Oleh itu, atas dasar keprihatinan, pihak GMUKM telah berurusan dengan pihak bendahari dan telah mendapat jawapan dari mereka.

"Makluman untuk semua pemegang biasiswa JPA, pihak JPA telah melakukan proses pembayaran biasiswa secara berperingkat dengan menyelesaikan bayaran kepada semua pelajar-pelajar tahun 1 & 2 dahulu, dan akan disusuli bayaran kepada pelajar-pelajar tajaan biasiswa tahun 3 dan 4 secara berperingkat. Diharap kepada semua rakan-rakan pelajar agar dapat bersabar. Insyaallah proses pembayaran akan selesai tidak lama lagi".- Pegawai Bendahari UKM

Kami berharap agar semua mahasiswa dapat bersabar atas masalah ini dan wang yang diterima nanti dapat digunakan dan dibelanjakan pada jalan yang betul.

~MPP Mahasiswa :: ber-GM lebih baik!~

Sabtu, Disember 25, 2010

Jom Mahasiswa utk MALAYSIA!!!


Menurut pengarah program terbabit, Mohd Ezuan Saad, himpunan yang disertai lebih 50 institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta itu diharap dapat dapat membawa mahasiswa turun ke lapangan masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.

"Himpunan ini diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa di seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih dinamik pada tahun baru 2011.

"Maka kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang dominan di dalam masyarakat serta politik dalam negara kita," katanya ketika sidang media di Gazebo berdekatan Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites